Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, November 14, 2009

Saham RM8juta: Sandiwara terbaru PKR


...nak tambah lagi, jangan risau...banyak Azwan masak tadi ! ...makan, makan...jangan malu-malu...buatlah macam biasa hehehe... tak payahlah nak tunggu orang nak suapkan hehehe...
Gambar menceritakan bagaimana YB Azmin Ali telah sudi bertandang ke rumah Azwan Ali setelah lebih kurang 10 tahun tidak menjejakkan kaki ke rumah keluarga beliau sejak ber"reformasi" pada tahun 1998 dulu. Bersama dengan YB Azmin dan Azwan disitu adalah isteri Azmin Ali puan Shamsidar.
Kelihatan Azwan sedang menambah nasi kedalam pinggan didepan YB Azmin Ali. Tak tau lah pulak nasi apa yang disajikan oleh Chef Azwan kepada abang serta kakak ipar beliau itu, nampak seperti nasi goreng adabi saja. Apa-apapun yang penting asalkan sumber itu datangnya dari sumber yang halal dan sah.
Apa kata kita tinggalkan bab-bab YB Azmin yang sedang menjamu selera dengan ahli keluarga yang telah lama beliau tidak kunjungi dan kita buka satu cerita yang tidak harus dipercayai. Ya, betul tidak harus dipercayai... YB Azmin sendiri juga kata bahawa berita itu memang tidak berasas. Azmin bersama dengan isteri beliau Shamsidar serta seorang lagi ipar dia telah didakwa memiliki sejumlah saham yang bernilai lebih kurang RM8juta.
Jadi apabila Azmin kata benda itu iaitu tuduhan yang mengatakan beliau memiliki saham sebanyak RM8juta adalah tidak berasas sama sekali dan seterusnya beliau menyifatkan perkara itu adalah satu usaha "pihak tertentu" untuk menjatuhkannya atau untuk menjahanamkan karier politik beliau sebagai seorang Anggota Parlimen Gombak, Selangor dan juga sebagai seorang Naib Presiden PKR.
"Pihak tertentu" yang dimaksudkan oleh Azmin itu besar kemungkinannya orang UMNO dan Barisan Nasional lah, tak lain dan tak bukan lah tu. Mana mungkin Azmin akan tuduh orang-orang PAS atau orang-orang DAP yang buat semua angkara itu. Lagi pula sasaran Pakatan Pembangkang sekarang adalah Barisan Nasional serta juga serangan secara peribadi ke atas PM Datuk Seri Najib sebagai matlamat akhir sebelum mereka memasang angan-angan yang tak sudah untuk menubuhkan sebuah Kerajaan baru di negara ini bagi menggantikan BN.
Maka, itulah yang cuba untuk kita rungkaikan apabila perkara ini timbul serentak dengan perlantikan Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi bagi kerajaan Negeri Selangor dengan kadar gaji serendah RM1 untuk sebulan. Macam tiru strategi syarikat penerbangan Air Asia saja yang telah memperkenalkan tambang murah serendah-rendahnya kepada para penumpang ke destinasi-destinasi yang telah ditentukan.
Sudah lama berlalu drama-drama yang terdahulu dan drama yang terbaru telah ditayangkan kepada umum dua tiga hari yang lepas di mana drama berat ringan lakonan Zul Kifli (bukan Zul Yahya) serta R. Sivarasa telah berjaya melakonkan watak yang telah diberikan kepada mereka berdua sehingga banyak orang hampir berjaya ditipu apabila melihat gaya lakonan kedua-duanya seperti perkara yang benar-benar terjadi.
Dan begitu juga dengan perkembangan terbaru dalam PKR yang melibatkan YB Azmin Ali, Shamsidar serta abang ke adik ipar Azmin. Saya rasa apa yang telah didedahkan oleh Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia, S. A. Vickneswaran seolah-olah satu perancangan yang telah disusun rapi bagi mengalihkan tumpuan rakyat dan orang ramai daripada isu-isu besar yang masih membelenggu Penasihat Umum PKR serta juga masalah dalaman parti yang sedang dihadapi oleh parti PKR sendiri sejak beberapa hari yang lalu.

Arkib Blog