Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, September 11, 2009

Jalan menuju keadilan bagi Bumiputera semakin terhakis...

Gambar di atas ini memang semua orang tahu iaitu sebatang jalanraya yang telah mengalami hakisan tebing yang agak teruk. Keadaan ini memerlukan usaha yang giat untuk memperbaikinya. Jika jalan ini tidak dibaiki dengan seberapa segera bimbang ianya akan mengundang lebih banyak masalah kepada para penggunanya terutamanya penduduk disekitar kawasan itu.

Apabila saya merenung lama keadaan yang jalan yang terhakis begini, saya terus teringat dengan nasib kaum Bumiputera di Negara ini. Apakah nasib kaum Bumiputera di Malaysia akan menerima nasib yang serupa dengan keadaan jalan ini pada masa depan jika ianya juga dibaiki dengan segera ? Saya berpikiran sebegini sebab sejak akhir-akhir ini, perkembangan yang telah berlaku didalam negara kita seakan-akan memerlukan usaha yang bersepadu serta lebih gigih lagi dalam soal mempertahan hak-hak kaum Bumiputera yang kita miliki selama ini.

Masyarakat Melayu iaitu bangsa yang terbesar sekali jumlahnya dikalangan kaum dalam kelompok Bumiputera yang lainnya dan mereka sebagai majoriti seringkali kita mendapati hak-hak mereka ini cuba untuk disentuh dan dipersoalkan oleh kaum Cina dan India dari parti DAP dan PKR sendiri atau juga dari pertubuhan-pertubuhan yang tertentu.

Jika hak-hak kaum Melayu sudah mampu untuk dipertikaikan oleh masyarakat Cina dan India tanpa rasa segan silu, bagaimana pula dengan hak-hak kaum Bumiputera lainnya seperti Iban, Bidayuh, Melanau, Kedayan, Kelabit, Kenyah, Kayan, Bisaya, Sebup, Kiput, Kejaman, Ukit, Jekitan, Berawan, Murut dan lain-lain lagi di Sarawak serta kaum Kadazan, Bajau, Rungus, Murut dan lainnya di Sabah ?

Sebenarnya masyarakat kaum Bumiputera di Sarawak dan Sabah sangat memerlukan kekuatan berterusan kaum Melayu di Negara ini dalam semua perkara seperti kuasa, ekonomi serta budaya supaya dapat terus bertahan di kedudukan yang ada sekarang. Maknanya, jika kuasa orang Melayu di Negara ini lemah dan mudah untuk dipijak oleh kaum bukan Bumiputera, maka dimana lagi tempat untuk kaum Bumiputera yang lainnya menyandarkan harapan agar hak-hak keistimewaan mereka sebagai Bumiputera terus berkekalan ?

Pandangan saya mengenai perkara ini sangat terbuka kerana hakikatnya adalah memang sedemikian. Perpaduan bangsa Melayu adalah sangat penting kepada semua kaum Bumiputera lainnya yang jumlahnya kecil ataupun minoriti di Negara ini, oleh itu ketuanan Melayu di Malaysia ini adalah sangat perlu dan harus berterusan demi untuk menjaminkan kesejahteraan kaum Bumiputera yang lainnya akan kekal.

Dalam soal perpaduan Melayu saya berpendapat, adalah menjadi tanggungjawab kaum Bumiputera yang lainnya juga untuk menjayakannya. Jika mahu hak-hak mereka sebagai kaum Bumiputera minoriti terus kekal terpelihara, maka adalah wajib bagi mereka untuk bersama-sama berusaha agar perpecahan dikalangan bangsa Melayu pada ketika ini dapat disatukan kembali, biarpun mungkin akan memakan masa yang agak lama. Tetapi jika peribahasa "dimana ada kemahuan maka disitu ada jalan" dijadikan sebagai panduan, maka saya yakin sangat ianya akan berjaya juga pada akhirnya.

Mungkin ada yang bertanya, "bagaimana caranya kita nak membantu supaya orang Melayu kembali bersatu?"...jawapanya mudah saja...tolak pemimpin PAS, tolak pemimpin PKR dan tolak DAP...jangan pandang belakang ! ...terus lihat ke depan, sokong UMNO...kaum Melayu dan Islam ada disitu.

Berbalik kepada tajuk artikel "Jalan menuju keadilan bagi Bumiputera semakin terhakis"...saya sengaja memilih tajuk itu sebab bagi saya tajuk ini bersesuaian dengan masalah yang sedang berlaku terhadap penduduk Melayu di Seksyen 23 Shah Alam Selangor.

Bagi saya mungkin apa yang telah dialami oleh penduduk disitu sehingga mereka terpaksa diheret ke mahkamah atas tuduhan yang tidak masuk akal bagi saya iaitu "menghasut" serta "menghina atau menyinggung perasaan orang lain" adalah satu tanda permulaan bahawa nasib kita sebagai kaum Bumiputera didalam mempertahankan apa saja hak-hak yang kita miliki akan berdepan dengan tindakan yang serupa dengan nasib penduduk di Seksyen 23 itu suatu masa kelak.

Dalam kes itu saja saya telah melihat bagaimana tergesa-gesanya tindakan telah diambil tanpa memikirkan kesannya terhadap keyakinan masyarakat Bumiputera terhadap keadilan di negara ini. Pasti ada diantaranya yang akan bertanya, "bagaimana lagi caranya untuk kami mempertahankan apa yang kami ada? ..kami bangkit, kami bersuara, apa yang kami buat semuanya salah...harus bagaimana ?

Sebelum inipun kita selalu melihat perkara yang sama timbul dan memang sengaja dibuat oleh masyarakat bukan Bumiputera dengan tujuan untuk mencabar kedaulatan undang-undang negara tanpa mereka peduli bagaimana tergurisnya hati dan perasaan orang Melayu serta Bumiputera lain diatas perbuatan mereka itu, tetapi tiada sama sekali tindakan setegas yang telah dikenakan ke atas penduduk Melayu seksyen 23 itu oleh pihak yang sama.

Sukar untuk saya membayangkan jika suatu hari nanti jika perkara seperti ini terus akan berulang juga, apakah senjata yang sepatutnya diguna untuk melindungi diri kita dari segala malapetaka, bencana atau dari segala kemungkinan akan memakan diri kita sendiri ? Wajarkah bagi kita untuk berdiam diri sahaja apabila melihat keadaan seperti ini daripada terus berleluasa ?

Oleh itu saya sangat berharap akan ada tindakan yang adil, samarata atau seimbang dikenakan kepada semua rakyat Malaysia tanpa pilih kasih jika benar mereka ada melakukan apa-apa juga kesalahan. Jangan hanya berani bertindak terhadap masyarakat yang punya budi pekerti seperti berbudi bahasa, yang punya nilai sopan-santun yang tinggi serta bersifat lemah lembut TETAPI takut hendak bertindak terhadap masyarakat yang tidak kenal tentang sejarah negara, yang mengamalkan cara hidup "gua... gua..., lu... lu...

Arkib Blog