Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Mei 30, 2011

Soalan Allah turut dibocorkan???



Ingatkan hanya soalan SPTM, SPM, PMR, UPSR dan soalan untuk ujian temuduga saja yang mudah mengalami kebocoran tetapi dengan pendedahan terbaru oleh boneka DAP ini iaitu Mohd Nizar Jamaluddin bekas Menteri Besar Perak mengenai soalan yang bakal ditanya oleh Tuhan kepada orang-orang UMNO sekiranya mereka sudah meninggal dunia suatu masa nanti, bermakna soalan apa yang akan ditanyakan Tuhan kepada setiap orang UMNO diakhirat kelak sudahpun diketahui.

Jadi, apakah fatwa yang bakal dikeluarkan oleh Nujumursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat bagi mempertahankan Nizar Jamaluddin sekiranya isu ucapan yang paling tidak bertamadun oleh bekas MB Perak itu akan menjadi satu isu agama dan juga isu politik yang hangat nanti??? ...hangat kerana Nizar berlagak seolah-olah dia bagaikan seorang Nabi atau malaikat yang dekat dengan Tuhan, tahu segala kehendak Tuhan.

Konspirasi terbaru BN: Lelaki Y meliwat lagi !!!

KUALA KRAI Kelantan 29 Mei - Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah maahad tahfiz berusia 13 tahun mendakwa diliwat oleh pelajar senior dalam satu kejadian di asrama sekolah persendirian itu disini baru-baru ini.

Selain menjadi mangsa liwat, pelajar terbabit turut mendakwa dibuli dan diugut dengan senjata tajam oleh beberapa orang seniornya sehingga dia nekad melarikan diri dari asrama sekolah itu.

Berikutan kejadian itu, ibubapa pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Lakloh dekat sini, selasa lalu.

Ibu pelajar berkenaan yang mahu dikenali sebagai Yah, 48, mendakwa kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengah malam 10 Mei lalu ketika anaknya tidur di asrama sekolah berkenaan yang terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Kuala Krai.

Semasa memberitahu pemberita disini, Yah menyatakan, anaknya diliwat ketika tidur meniarap dan tidak dapat bertindak kerana badannya ditindih dari belakang - Utusan Malaysia

Ulasan;

Jadi bagaimanakan nanti Ahli Parlimen Kuala Krai YB Dr Hatta Ramli nak jawab benda-benda seperti ini, berlaku pula didalam kawasan Parlimen yang beliau wakili? ...takkanlah nak menyalahkan Barisan Nasional pula.

Dan yang keduanya kita nak tengok apa perkembangan kes ini selepas laporan polis dibuat oleh keluarga mangsa, adakah pelakunya akan turut melarikan diri dan bersembunyi ke pejabat Kedutaan Turki atau negara lain seperti yang pernah Anwar Ibrahim buat seketika dulu?

Ketiganya pula apabila kes ini sudah menjadi satu kes dimahkamah, apakah layanan istimewa yang sentiasa diberi kepada Ketua Pembangkang juga akan turut diberikan kepada peliwat muda yang meliwat rakan mereka dengan benda tumpul serta mengugutnya dengan benda tajam?

Arkib Blog