Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Jun 05, 2011

PAS gugur negara Islam dan hudud kerana Mohamad Syabu menang !

Itulah yang dapat saya fahami kenapa tiba-tiba saja Parti Islam SeMalaysia (PAS) boleh menukar dasar perjuangan parti mereka yang sebelum ini sangat menekan negara Islam yang menjadi tonggak utama perjuangan PAS disamping Hudud sebagai undang-undang yang akan ditegak namun sebaik sahaja selesai Muktamar PAS ke-57 dasar tersebut terus diketepikan dan diganti pula dengan dasar baru "negara berkebajikan."

Kalau bukan kerana Mohamad Syabu yang menang jawatan Timbalan Presiden PAS belum tentu lagi DS Hj Abdul Hadi mahu menggantikan dasar "negara Islam" dengan "negara berkebajikan" tetapi oleh kerana Mohamad Syabu sudah menang apabila berjaya menewas Ustaz Nasharuddin Mat Isa maka terpaksalah DS Hj Abdul Hadi berbuat demikian kerana bersimpati dengan Mohamad Syabu yang seketika dulu pernah kena "tangkap basah" gara-gara berkhalwat dengan seorang wanita bukan muhrim dalam sebuah bilik Hotel Perdana bernombor 121.

Itulah, untuk mempertahankan maruah serta moral Mohamad Syabu yang sudah begitu teruk sekali tercalar akibat peristiwa berkenaan maka mahu tidak mahu DS Hj Abdul Hadi terpaksa mengorbankan dasar yang telah begitu lama diperjuangkan oleh PAS walaupun langkah yang diambil itu sebenarnya amat pahit untuk ditelan oleh ahli-ahli PAS yang lainnya tetapi demi untuk menjaga air muka Mohamad Syabu dari terus menanggung rasa malu dan bersalah, adalah lebih baik bagi DS Hj Abdul Hadi menukar saja dasar parti sedia ada dengan dasar serupa yang telah lama diperjuangkan oleh UMNO dan Barisan Nasional iaitu 'kebajikkan untuk rakyat.'

Itulah yang saya fikir kenapa PAS membuat keputusan secara mengejut apabila menukar asas perjuangan parti tetapi tidak mencari kaedah lain untuk mempertahankan konsep 'negara Islam dan Hukum Hudud" yang dibawa oleh PAS sekian lama sejak 57 tahun yang lampau agar ianya terus kekal walaupun pemimpin-pemimpinnya sentiasa datang silih berganti tanpa perlu mengorban atau menggugurkan perjuangan asal parti.

Arkib Blog