Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Jun 01, 2011

Mana dia kata dua Pemuda PBB/BN Sarawak terhadap Francis Sia???

Hari sudah 1 Jun 2011. Hari cuti umum bagi negeri Sarawak sempena dengan Pesta Gawai yang dirayakan oleh Masyarakat Dayak seluruh Bumi Kenyalang. Ada berita apa yang menarik dari Sarawak hari ini selain dari Pesta Gawai? Ada, tentu ada...seperti amalan biasa masyarakat di Malaysia ditempat lain di negara ini iaitu amalan kunjung-mengunjung ke rumah terbuka sahabat-handai yang menyambut perayaan masing-masing dan itu juga yang berlaku pada hari ini, Hari Gawai Dayak. Semua berpesta. Tapi jangan lupa, elak dari memandu jika masih dibawah pengaruh alkohol. Pandu cermat jiwa selamat! ingat orang yang tersayang!

Sekitar 20 Mei yang lalu, Pemuda BN Sarawak yang diketuai oleh Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) YB Datuk Hj Fadhillah Hj Yusof telah memberi amaran keras atau kata dua kepada Pengerusi Gerakan Perubahan untuk Sarawak (MoCS) iaitu Francis Paul Sia supaya meminta maaf kepada Ketua Menteri Sarawak dan juga kepada seluruh rakyat Sarawak atas tindakan Francis Sia yang terus mendesak agar Pehin Sri Taib Mahmud berundur dari jawatannya serta akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran pada 13 Ogos akan datang di Ibu Negeri sekiranya Pehin Sri Taib masih enggan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Antara lain kata dua yang telah diberikan oleh YB Datuk Hj Fadhillah kepada Francis Sia ialah memberi beliau masa selama 7 hari bermula dari 20 Mei untuk memohon maaf daripada Pehin Sri Taib serta seluruh rakyat Sarawak dan menarik balik hasrat beliau yang mahu menganjurkan demonstrasi pada 13 Ogos dan sekiranya Francis Sia gagal berbuat demikian maka beliau sebagai Ketua Pemuda PBB/BN Sarawak serta beberapa exco pemudanya akan berangkat ke Semenanjung Malaysia untuk bertemu dengan Menteri Amaran Dalam Negeri YB Datuk Seri Hishamuddin bagi mendapatkan nasihat undang-undang agaknya daripada menteri berkenaan mengenai bentuk tindakan yang sesuai diambil ke atas Francis Sia sekiranya beliau masih berdegil serta masih lagi mahu terus dengan niatnya.

Masuk hari ini bukan lagi sudah berlalu tempoh 7 hari seperti yang diberikan kepada Francis Sia malahan sudah hampir dua minggu dah tetapi mana agaknya suara-suara Pemuda PBB/BN yang sebelum ini saya sudah dapat bayangkan bagaimana nanti suara mereka boleh mengakibatkan gelombang atau ombak besar setinggi 7 meter di Laut China Selatan pada 28 Mei sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini apabila mereka menyeberangi laut dari Pulau Borneo menuju ke Tanah Melayu di Semenanjung untuk bertemu dengan Menteri Amaran Dalam Negeri.

Atau,,,,,apakah rombongan Pemuda PBB/BN Sarawak sudah diam-diam pergi berjumpa dengan Datuk Seri Hishamuddin di Putrajaya dan telah diberikan tips-tips tertentu oleh Menteri Amaran Dalam Negeri berkenaan bagamaimana cara hendak menangani atau berdepan dengan masalah seperti yang cuba ditimbulkan oleh Francis Sia itu dan agaknya Datuk Seri Hisham sudah nasihatkan mereka supaya gunakan petua seperti yang selalu dia pakai selama ini iaitu Amaran!Amaran!Amaran demi amaran tanpa tindakan.

Tetapi Francis Sia setakat ini tak pernahpun meminta maaf daripada sesiapapun jua!!! ...bagaimana ni Datuk ?

Arkib Blog