Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Oktober 31, 2010

Tukar posisi: Zaid di depan, Azmin di belakang.. baru ada ummmph!

Dengan jumlah pencalonan yang semakin meningkat kepada Datuk Zaid Ibrahim sebanyak 706 undi setakat jam 2 petang tadi ini bermakna beliau telah jauh meninggalkan YB Azmin Ali di belakang yang hanya mampu memperolehi 477 sokongan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR sementara bekas Pengerusi Perhubungan PKR Sarawak Mustafa Kamil Ayub pula hanya berjaya mendapat 67 pencalonan sekadar cukup makan saja.

Sekiranya proses pemilihan PKR terus berlangsung dengan teratur mengikut amalan demokrasi serta penuh tatatertib juga tidak dicemari dengan adegan jeling-menjeling, tampar menampar, tumbuk menumbuk, tendang kerusi, tendang pasu bunga, makan karipap, bancuh kopi, sapu KY Jelly dan sebagainya yang sangat menggelikan maka saya sangat yakin bahawa Datuk Zaid akan berjaya membuat YB Azmin Ali jatuh 'tersungkur' sehingga terduduk di hujung kaki beliau.

Setelah menang dan duduk sebagai Timbalan Presiden PKR sudah tentu ada sesuatu yang kita mahu lihat Datuk Zaid lakukan sebagaimana beliau pernah buat semasa masih berada di dalam UMNO seketika dulu. Ketika berada dengan UMNO iaitu beberapa bulan sebelum beliau dipecat dari parti, Datuk Zaid telah berjaya mempengaruhi kerajaan Tun Abdullah Ahmad Badawi agar membuat pembayaran ex-gratia bernilai RM10.5 juta kepada 6 individu termasuk seorang bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas.

Jadi apabila Datuk Zaid sudah berada di dalam PKR dan mungkin pasti akan duduk di sebelah Presiden parti Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalannya maka beliau harus juga membuat perkara yang sama agar mempengaruhi serta mendesak kepimpinan tertinggi PKR terutamanya Datuk Seri Anwar segera membuat pembayaran ala x-gratia kepada mangsa-mangsa xxxxxxx yang agak ramai jumlahnya supaya mangsa-mangsa itu juga akan mendapatkan keADILan yang sama rata tanpa memilih bulu.

N45 Galas: Nik Aziz & Dr Zulkifli memburu undi sehingga ke Kuala Lumpur...

Belum pernah terjadi dalam sejarah mana-mana Pilihan Raya Kecil di negara ini baik ianya untuk Dewan Parlimen atau untuk Dewan Undangan Negeri berlakunya kejadian seperti yang telah dibuat oleh Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat serta calon PAS Dr Zulkifli yang sanggup meninggalkan jentera kempen pilihan raya parti mereka keluar dari kawasan DUN yang ditandingi semata-mata untuk memujuk pengundi-pengundi yang kini sedang bekerja di sekitar Lembah Klang dan Johor agar balik dan mengundi calon PAS pada 4hb November depan.

Apakah PAS sudah sangat terdesak untuk menang sehingga terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lebih bagi menampung kos untuk mempelawa rakyat Galas yang sedang mencari rezeki untuk pulang ke kampung masing-masing menjelang PRK DUN Galas pada Khamis minggu depan ?

Tidak yakinkah PAS kepada tawaran atau umpan sebanyak RM200-RM250 untuk menarik minat golongan yang disasarkan sehingga memaksa mereka keluar kawasan untuk memburu dan mengesan kedudukkan pengundi Galas yang kini dikatakn seramai 1557 orang berada di sekitar Selangor dan Johor ?

PKR gila debat! kejar kuasa, mau undi, mau karipap ajak lawan debat!

Bagi orang Islam terutamanya di dalam masyarakat Melayu, apabila ada di antara salah seorang daripada pasangan yang sudah berkahwin tidak kiralah samada mereka itu sudah dikurniakan dengan anak-anak ataupun tidak dan sekiranya berlaku perceraian diantara kedua pasangan ini iaini setelah lafaz cerai dibuat oleh si suami namun demikian untuk jangka waktu yang tertentu selepas itu sekiranya bekas suami mahu rujuk semula dengan bekas isteri dia lalu orang akan gelar bekas suami wanita berkenaan sebagai telah "gila talak."

Saya saja selitkan sedikit kisah tentang kes-kes perkahwinan yang berakhir dengan perceraian yang bukan saja seperti sudah menjadi budaya dalam dunia artis Malaysia sekarang ini tetapi seperti sudah menjadi ikutan pula kepada keluarga dalam masyarakat umum di negara ini apabila kisah-kisah perceraian mereka turut mendapat liputan di dalam akhbar-akhbar tempatan hampir setiap hari.

Itu kisah orang yang sudah berkahwin tetapi selepas itu bercerai dan selepas itu mau rujuk kembali dan mungkin selepas itu mau bercerai lagi maka memang padan dan layaklah si suami digelar sebagai "gila talak" kerna tidak memikirkan kesan jangka panjang daripada tindakan mereka itu terhadap anak-anak di masa depan. Anak-anak sudah pasti turut menjadi mangsa keadaan apabila terjadinya perkara seumpama itu didalam rumahtangga.

Tetapi lain pula dengan kisah dalam rumahtangga PKR ini, selain berhadapan dengan krisis kepercayaan yang berterusan daripada anggota parti mereka sendiri, PKR juga sedang bergelut dengan perebutan untuk jawatan tertinggi didalam parti dengan cara yang paling tidak sihat sekali iaitu apabila berlakunya penyelewengan serta penipuan semasa pemilihan jawatan parti dilangsungkan.

Tidak lengkap juga rasanya apabila memperkatakan tentang masalah dalaman serta luaran PKR tanpa menyentuh soal moral, akhlak serta disiplin pemimpin tertinggi PKR lainnya terutama sekali Penasihat Parti KeADILan Rakyat YB Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana semua tahu bahawa saat ini beliau sedang terbabit langsung dengan kes peribadi di mahkamah.

Bila menyebut tentang DEBAT, tentu kita semua akan ingat kepada DS Anwar. Kita semua memang masih ingat dengan satu Debat Khas telah dianjurkan oleh TV9 serta Astro pada 15hb Julai 2008 dengan tajuk "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" yang mempertemukan Menteri Penerangan ketika itu YB Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dengan Penasihat Parti KeADILan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Debat diadakan atas permintaan serta desakan oleh pihak pembangkang sebagai sebahagian daripada promosi mereka untuk menjayakan kempen merampas Putra Jaya dari tangan Barisan Nasional melalui sistem lompat parti bilamana kononnya ada lebih 30 Ahli Parlimen BN akan berpaling tadah lalu akan menyertai Pakatan Pembangkang untuk menubuh kerajaan baru pada 16hb September 2008.

Sejak dari program debat yang pernah diadakan itulah maka kita lihat sekarang "ketagihan berdebat" seolah-olah telah menjadi satu penyakit atau wabak baru dalam politik PKR apabila hampir separuh daripada pemimpin-pemimpin dalam PKR sejak kebelakangan ini sering tampil mencabar pihak lawan mereka untuk berdebat bagi menegakkan hujah masing-masing berhubung dengan sesuatu perkara yang dipertikaikan.

Lihatlah betapa YB Nurul Izzah wakil rakyat Lembah Pantai yang baru saja setahun jagung walaupun dia tiada jagung menjadi seorang ahli parlimen, tanpa mengukur baju dibadan sendiri terlebih dahulu, telah mencabar Negarawan Agung YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berdebat dengan beliau berkenaan dengan isu hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

Begitu juga dengan YB Khairy Jamaluddin ahli parlimen BN yang turut terbawa-bawa dengan badi PKR telah mencabar Presiden PERKASA untuk berdebat dengan beliau pasal perjuangan membela hak kaum Melayu dan Bumiputera pergerakan pertubuhan bukan kerajaan itu.

Dan baru-baru ini pulak, calon PKR Dr Ansari Abdullah untuk PRK P185 Batu Sapi yang turut ketagih untuk berdebat telah mencabar calon dari SAPP Datuk Yong Teck Lee yang sebelum itu juga telah turut mencabar calon daripada BN/PBS Datin Linda Tsen bagi menguji sejauh mana sokongan rakyat terhadap mereka.

Apakah perlu semua itu diadakan? Perlukah debat diadakan bagi menentukan siapa yang layak dan siapa yang tidak untuk jadi pemimpin? Sudah ada sistem demokrasi pilihanraya, maka tak payahlah buat kerja-kerja yang tak berfaedah seperti itu. Tunggu sajalah 4hb November depan, rakyat Batu Sapi akan menentukan siapa yang akan menjadi pemimpin mereka disana. Debat tidak akan membawa apa-apa maknapun, lihatlah apa kesudahannya dengan debat yang diadakan antara DS Anwar dengan DS Ahmad Shabery yang tidak ubah sama seperti program lawak biasa di kaca tv.

Bijak berdebat belum tentu bijak memimpin negara ! Negara tidak akan maju sekiranya pemimpin hanya pandai berkata-kata seperti dalam DAP/ PKR/ PAS buat janji tapi tidak ditepati, lain di mulut lain di hati...lagi parah "cakap tak serupa bikin"... PAS bagi RM200-RM250 seorang kepada 1557 pengundi DUN Galas yang berada di luar Kelantan sebagai umpan pilihanraya N45 DUN Galas ! !!!RASUAH TU!!!

UNDILAH CALON BN!

Arkib Blog