Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, September 26, 2009

Zuraidah gagal serah MEMO kepada TKM Sarawak.

Cubaan Ketua Wanita PKR Kebangsaan YB Zuraidah Kamaruddin untuk memasuki pejabat Timbalan Ketua Menteri Sarawak YAB Tan Sri Alfred Jabu di Bangunan Wisma Bapa Malaysia Petra Jaya Kuching gagal setelah dihalang oleh pengawal keselamatan yang bertugas disitu.

MEMO itu dikatakan mengandungi laporan siasatan kes berhubung dengan dakwaan sesetengah pihak sebelum ini yang mengatakan terdapat wanita dan anak gadis Penan telah dirogol oleh pekerja-pekerja kem pembalakan di Ulu Baram.

Difahamkan bahawa Zuraidah adalah diantara mereka yang mengangotai jawatankuasa bertindak kebangsaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Seperti yang telah kita sedia maklum bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menterinya adalah Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dulunya beliau adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Ini bermakna bidang kuasa untuk menentukan tindakan yang boleh dan yang tidak boleh adalah terletak ditangan Datuk Seri Shahrizat. Ertinya, jika beliau berkata okay..maka jalan tetapi jika beliau kata tidak maka tidak jalanlah.

Dalam kes Zuraidah hendak masuk ke pejabat Tan Sri Alfred Jabu, apakah peranan Datuk Seri Shahrizat disitu ? Apakah Zuraidah mengikut arahan Datuk Seri Shahrizat atau Zuraidah sendiri memandai hendak menjaga tepi kain orang lain ?

Sebagai Ahli Yang Berhormat serta Ahli Parlimen mereka adalah pembuat dasar serta mereka juga penggubal undang-undang maka sepatutnya mereka lebih arif tentang undang-undang, jangan main langgar saja.

Kes yang mengatakan terdapat wanita Penan telah menjadi mangsa rogol para pekerja kem pembalakan di Ulu Baram telah pun menjadi satu kes polis, justeru itu biarkanlah polis yang membuat siasatan tetapi mengapa harus mengganggu kerja polis.

Ahli Yang Berhormat harus ingat bahawa polis menjalankan tugas mereka adalah berlandaskan undang-undang yang sedia ada, yang telah dibahas, digubal, digaris dan yang telah diluluskan oleh para Ahli Yang Berhormat sendiri ketika sessi Dewan Parlimen diadakan.

Kepada YB Zuraidah Kamaruddin, apakah beliau benar-benar faham apakah ertinya istilah "rogol" bagi masyarakat Penan itu sendiri ? Wanita Penan akan menggunakan perkataan "rogol" bagi merujuk kepada kes mereka yang telah ditinggalkan oleh "suami sementara" mereka iaitu sesetengah daripada pekerja-pekerja kem pembalakan yang telah mengambil wanita atau gadis Penan untuk dijadikan sebagai "isteri sementara" iaitu ketika para pekerja tersebut masih lagi bertugas dengan syarikat-syarikat pembalakan tertentu.

Jadi apabila sesebuah syarikat pembalakan menghentikan operasi mereka kerana berbagai sebab seperti tarikh lesen syarikat sudah hampir tamat, kawasan coupe atau block sudah kekurangan kayu dan sebagainya maka sudah pasti para pekerja syarikat terbabit akan turut sama berpindah ke kawasan lain dan akan meninggalkan "isteri sementara" mereka didalam hutan dengan anak-anak yang masih kecil.

Kes seperti itu bukan saja melibatkan pekerja syarikat pembalakan dari kalangan warga tempatan saja, malah kebanyakan pekerja warga asing juga mempunyai keluarga atau anak-anak dengan wanita Penan ketika mereka masih lagi bekerja dengan syarikat-syarikat pembalakan yang tertentu dikawasan yang mana terdapat adanya minoriti Penan tinggal.

Seperti rakyat tempatan juga, rakyat asing yang mengahwini wanita Penan ini apabila mereka sudah berhenti kerja dengan sesuatu syarikat pembalakan itu atau mengikut syarikat pembalakan tempat mereka bekerja berpindah ke kawasan lain, maka mereka juga akan turut berpindah dan akan meninggalkan "isteri sementara" mereka bersama dengan anak-anak mereka sekali didalam hutan.

Bila disebut sebagai kes "dirogol" mungkin juga ada tetapi bilangannya adalah kecil sama juga dengan apa yang pernah berlaku ditempat-tempat lain di negara ini tak kira samada ianya berlaku di kampung-kampung, dirumah panjang, dibandar-bandar, di pekan, di ibu kota, di estet-estet ataupun diladang-ladang.

Perkara ini terjadi adalah disebabkan oleh sikap kedua-dua belah pihak itu sendiri, mula-mula kerana perasaan suka sama suka maka terjalinlah sebuah ikatan yang tidak sah dan apabila sesuatu ikatan yang telah terjalin itu menjadi pula satu hubungan seperti satu keluarga maka akan lahirlah satu generasi dari hubungan itu yang akan menjadi pengikat kepada "ikatan sementara" tersebut.

Bermula dan berakhir dengan kesemuanya itulah, maka pihak yang telah merasakan diri mereka telah diperdaya(wanita Penan) akan berusaha untuk menuntut sesuatu yang hak bagi mereka namun oleh kerana mereka(wanita Penan) tidak faham bagaimana cara untuk memperjuangkan hak itu, maka dengan mengambil jalan mudah mereka akan meminta bantuan dari mana-mana pihak yang sudi membantu mereka bagi tujuan itu.

Apabila wanita-wanita Penan ini yang kononnya telah dianiaya telah ada pihak yang sudi untuk menghulurkan bantuan, tanpa wanita Penan ini sedar bahawa sebenarnya mereka akan diperalatkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan yang suka mengambil kesempatan diatas masalah yang menimpa mereka.

Begitulah keadaannya apabila ada pihak luar yang tidak tahu menahu dengan apa yang sebenarnya berlaku dalam negeri Sarawak berkenaan dengan mana-mana kaum di negeri ini tetapi cuba untuk menjadi wira. Penglibatan pihak luar bukannya untuk menjernihkan keadaan malah akan menambahkan lagi kekusutan yang sebenarnya tidaklah seteruk seperti apa yang didakwa.

Kepada YB Zuraidah Kamaruddin, tidak payahlah anda bersusah payah pergi ke Sarawak ini semata-mata untuk menunjukan sikap prihatin terhadap wanita Penan yang dibuat-buat. Lebih baik gunakan masa dan tenaga anda untuk menjaga rakyat dikawasan yang anda sekarang menjadi wakil mereka. Di Sarawak biarkan kami sendiri yang uruskan, kami di Sarawak juga hanya akan mengalu-alukan BN dan UMNO untuk membantu kerajaan Negeri dalam apa juga masalah. Kami tidak memerlukan DAP/PKR/PAS. Harap maklum.

Arkib Blog