Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Julai 31, 2012

Kes jenayah berat mulai melanda Bahagian Miri

Ini merupakan kes jenayah pertama yang berlaku di Bahagian Miri Sarawak melibatkan penggunaan senjata api untuk membunuh individu yang menjadi sasaran pihak yang tertentu. Kejadian berlaku petang semalam hari Isnin ketika pergerakan trafik mulai menjadi sibuk.

Seorang ahli perniagaan yang berusia 48 tahun telah menjadi mangsa tembakan penembak curi ketika beliau sedang berhenti di lampu isyarat berhampiran Jalan Bendahara di tengah bandar Miri di mana tembakan dilepas hingga menembusi cermin kereta yang dipandu mangsa dan mengena bahagian leher serta kepala sebelah kanan beliau.

Untuk seterusnya bolehlah KLIK di sini dan berita ini sungguh menggemparkan penduduk Miri.

Punyalah ramai TPM dan KM negeri2 jika Anwar jadi PM

Setiap wakil-wakil rakyat dari Barisan Nasional baik Ahli Parlimennya mahupun mereka yang duduk di kerusi Dewan Undangan Negeri masing-masing di seluruh negara, tentunya mereka yang sanggup meninggalkan perjuangan BN dan bertindak keluar parti untuk bersama-sama berjuang dengan Pakatan Pembangkang menentang kerajaan telahpun dijanjikan dengan imbuhan yang bukan sedikit nilainya bagi mereka.

Di Sabah sebelum ini contohnya, Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee telah membawa partinya keluar daripada Barisan Nasional dan kemudian menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Haram Pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim. Yong Teck Lee dijanjikan dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga sebagai Ketua Menteri Sabah jika Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya.

Kemudian Datuk Zaid Ibrahim, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri terpaksa keluar daripada UMNO demi mencapai cita-cita untuk dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Tak lama selepas itu, Tan Sri Kadiq Sheikh Fadzir bekas Menteri Penerangan pula ikut jejak Zaid Ibrahim keluar UMNO untuk bersama-sama menentang kerajaan Barisan Nasional setelah termakan dengan janji jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Sebelum itu juga, bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Chua Jui Meng masuk PKR kerana percaya dengan janji serupa yang dibuat Anwar iaitu akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri jika impian mereka untuk menawan Putaraya tercapai.

Selepas Mat Syabu menang menewaskan YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa pada Muktamar PAS yang ke-57, Mat Syabu juga ditawarkan dengan jatawan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan sehingga kini Mat Syabu terus berkhayal mengenai janji-janji Anwar itu.

Terbaru apabila seorang Timbalan Menteri yang sedang bertugas dalam kabinet kerajaan yang diterajui Datuk Seri Mohd. Najib akhirnya terpaksa akur dan menyerah kalah sebum berjuang apabila tergamak meninggalkan UMNO dan BN semata-mata percaya dengan janji akan ditabal sebagai Timbalan Perdana Menteri selain jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah sekiranya Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Wilfred Boom Boring pula terpaksa meninggalkan BN hanya kerana percaya dengan janji akan dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah dan sebagai Timbalan Perdana Menteri jika Anwar dan Pakatan Pembangkang berjaya menumbang Barisan Nasional serta mengambilalih pusat pentadbiran negara di Putrayaja.

"Lajim, kalau kau keluar UMNO dan BN, saya janji saya akan beri jawatan paling kanan dalam kerajaan kepada awak setelah menyertai kami ," - Anwar Ibrahim.

"Bolehhh... tapi aku enda mau dikasi jawatan menteri biasa sebab kalau boleh bagilah jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia atau sekurang-kuranya sebagai.Ketua Menteri Sabah" - Lajim Hj Ukin.

Isnin, Julai 30, 2012

Lajim & Bumbu Ring; dua biji bisul yang pecah awal sebelum PRU13 !

 Memang ada baiknya juga apabila Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd. Najib melambat-lambat tarikh pembubaran Parlimen seluruh Malaysia dan juga DUN bagi Semenanjung Malaysia serta Sabah.
Tindakan PM melewat-lewatkan pembubaran Parlimen serta DUN dilihat bagi memberi ruang sepenuhnya kepada mana-mana wakil rakyat khususnya dalam komponen BN untuk menunjukkan kepada rakyat akan kesetiaan mereka terhadap dasar dan juga perjuangan parti.

Ini memang perlu juga dilakukan agar tidak akan berlaku mereka yang mengkhianati parti apabila sudah tiba masanya pilihan raya diadakan. Ini juga bagi mengelak berlakunya calon-calon parti BN yang buat kejutan di saat akhir dengan menyertai Parti Pakatan Pembangkang menentang kerajaan sedia ada.

Belumpun Parlimen dan DUN Semenanjung serta Sabah dibubarkan, sudah seperti tidak tertahan-tahan Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Lajim Hj. Ukin mencabar UMNO dan Barisan Nasional yang diwakilinya selama 18 tahun dengan meletak semua jawatan dalam parti dan juga Wilfred Bumbu Ring apabila bertindak keluar daripada UPKO dan Barisan Nasional hanya kerana termakan dengan janji Anwar Ibrahim.

Cuba kita bayangkan, misal kata mereka berdua ini Lajim dan Bumbu Ring melakukan khianat terhadap Barisan Nasional selepas Parlimen dibubarkan apabila nama mereka dicalon semula oleh parti bagi mewakili Barisan Nasional untuk sepenggal lagi, tentu menggelabah pemimpin tertinggi BN untuk menyelesaikan perkara yang tidak terduga boleh dilakukan oleh calon-calon BN sendiri yang nama mereka telah didaftar mewakili parti berkenaan.

Ini setelah kedua-dua mereka ini keluar parti dan kembali bertanding mewakili pembangkang bagi menentang calon daripada BN, maka secara tidak langsung ini akan memudahkan lagi kerja Barisan Nasional untuk mempertahankan lagi kedua-dua kerusi Parlimen Beaufort juga Parlimen Tuaran dengan meletakkan calon muda yang lebih bertenaga jika dibanding dengan kedua mereka yang sudahpun berumur dan sudah menjadi "Ayam Pencen" makin tua makin murah harganya.

Ahad, Julai 29, 2012

Rakyat Sarawak usah biarkan diri dikelirukan oleh Dr. Jeffery Kitingan !

Bebagai dakwaan atau tanggapan oleh segelintir pihak khususnya di Sarawak mahupun di Sabah sejak dulu kononnya begitu banyak sudah hasil-hasil bumi yang bersumber dari kedua-dua negeri ini telah dibawa ke Semenanjung Malaysia untuk diagih-agihkan kepada setiap negeri yang ada di Semenanjung.

Bagi mereka yang mudah percaya dengan dakyah sedemikian sudah pastilah mereka akan menyokong setiap kenyataan yang dibuat tentangnya oleh pihak-pihak yang memang suka melihat perpaduan rakyat di negara ini terus bergelora, berkocak dan tidak tenang sepanjang masa.

Namun saya yakin bahawa masih ramai rakyat di Sarawak ataupun di Sabah yang percaya dengan dakwaan sedemikian dan rasanya masih ramai juga yang belum mengerti tentang tanggungjawab setiap satu negeri yang bergabung dalam Persekutuan Malaysia terhadap negara ini.

Daripada 13 negeri yang berada dalam Malaysia setiap satunya mempunyai tanggungjawab yang serupa untuk Malaysia dan dalam beberapa perkara seperti menyumbang hasil keluaran dalam negara kasar untuk Malaysia, cukai dan sebagainya. Itu antara yang saya fahami, dan saya tidak percaya dengan dakwaan kononnya banyak hasil-makhsul dari kedua-dua negeri di Malaysia Timur telah dibawa ke Malaysia Barat hingga menyebabkan Sarawak dan juga Sabah hilang banyak hasil bumi untuk rakyatnya.

Mana-mana rakyat kedua-dua negeri Sarawak serta Sabah yang terdidik, yang punya pelajaran atau yang arif tentang perjalanan semasa pentadbiran Malaysia iaitu sejak Persekutuan Malaysia wujud hasil pergabungan antara Tanah Melayu dengan Sarawak dan Sabah padab 16 September 1963, boleh kiranya golongan ini mengadakan sessi penerangan kepada rakyat teramai di seluruh pelusuk kedua-dua negeri ini bagi menangkis tuduhan tidak berasas pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja menggunakan isu berkenaan untuk menjayakan agenda politik kotor mereka.

Kerajaan Sarawak perlu memantau setiap siri ceramah Datuk Dr. Jeffery Kitingan di negeri ini agar beliau tidak terus diberi kebebasan tanpa hadnya sehingga dibenarkan pula untuk membangkitkan perkara-perkara yang tidak betul tentang Malaysia di mana akhirnya dikhuatiri akan meracuni pemikiran generasi muda. Rakyat Sarawak tidak boleh menerima dasar perjuangan yang dibawa oleh Dr. Jeffery Kitingan itu yang bukan saja banyak bertentangan dengan dasar kerajaan sedia ada malah perjuangan beliau seringkali dilihat sengaja mahu menimbulkan pertelingkahan antara Semenanjung Malaysia dengan Sarawak/Sabah.

Khamis, Julai 26, 2012

Dr. Jeffery Kitingan giat sebar sentimen anti-Semenanjung di Sarawak !

Kekerapan bekas Naib Presiden PKR, Datuk Dr. Jeffery Kitingan berulang-alik dari Sabah ke Sarawak sejak kebelakangan ini nyata mempunyai niat yang tertentu selain menjalinkan kerjasama dengan beberapa parti politik pembangkang di Bumi Kenyalang.

Mungkin menyedari pengaruh politiknya di Sabah tidaklah semegah dulu atau semakin ditolak oleh rakyat Sabah, kini Dr. Jeffery kelihatan cuba beralih arah ke Sarawak pula.

Mengutip parti STAR yang telah dibakulsampahkan oleh bekas menteri kabinet negeri Datuk Dr. Patau Rubis, beliau dilihat cuba mempengaruhi rakyat Sarawak berbekalkan isu-isu yang sama yang pernah beliau gunakan satu masa dulu dalam menarik sokongan rakyat Sabah terhadap perjuangannya yang kini nyata semakin gagal.

Untuk beberapa hari sewaktu berada di Sarawak, Pengerusi Parti Reformasi Negeri Sabah/Sarawak Dr. Jeffery Kitingan merangkap Pengerusi Yayasan Warisan Borneo mulai meniup perasaan kebencian rakyat Sarawak kepada pihak-pihak di Semenanjung Malaysia khususnya UMNO yang beliau dakwa bertindak bagaikan penjajah di negeri Sabah.

Sambil mengingatkan pihak tertentu yang hadir pada perjumpaan dengan beliau terutamanya rakyat Sarawak betapa pentingnya rakyat negeri ini mempertahankan Perjanjian 18 Perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan agar mereka tidak menerima nasib serupa dengan yang menimpa rakyat serta negeri Sabah yang menurutnya semakin hilang beberapa perkara dari Perjanjian 20 Perkara antara Sabah dengan kerajaan Pusat sebaik saja UMNO bertapak di Negeri Di Bawah Bayu itu.

Selain itu, Dr. Jeffery juga memberi amaran kepada Barisan Nasional serta Pakatan Pembangkang DAP, PKR dan PAS yang berpusat di Semenanjung Malaysia tidak mengganggu kerusi-kerusi Parlimen parti tempatan di kedua-dua negeri Sarawak dan Sabah. Merujuk kepada bilangan kerusi Parlimen di negara ini yang kesemuanya telahpun berjumlah 222 kerusi, Dr. Jeffery tidak mahu BN dan PR Pusat mencampuri urusan pemimpin tempatan untuk 56 kerusi Parlimen yang selebihnya iaitu 31 kerusi di Sarawak dan 25 di negeri Sabah.

Namun demikian, Dr. Jeffery tidak sedar bahawa Sarawak sebenarnya tidaklah sama sepertimana Sabah yang boleh dikatakan sebahagian besar jumlah kerusi Parlimennya terdiri daripada parti-parti politik yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia seperti UMNO, MCA dan juga Gerakan sedangkan Sarawak hanya Ahli Parlimen Pembangkangnya saja dari parti yang berasal dari Semenanjung iaitu DAP tetapi parti kerajaan PBB, PRS, SPDP dan SUPP parti tempatan yang mendapat dokongan kuat daripada rakan gabungan BN di Semenanjung Malaysia.

Apa yang saya lihat dari kehadiran Dr. Jeffery Kitingan yang kerap ke negeri Sarawak adalah semata-mata untuk membina pengaruhnya dikalangan pengundi walaupun terpaksa menggunakan pendekatan yang terlalu asing bagi rakyat Sarawak apabila beliau cuba mengajar rakyat negeri ini tentang hak-hak mereka dalam Malaysia namun dalam pada itu juga beliau turut menyemai semangat anti-Semenanjung di kalangan penduduk Sarawak sambil mendakwa Sabah kini umpama di bawah penjajahan pihak dari Semenanjung.

Apa pula pandangan pihak kerajaan negeri Sarawak tentang perbuatan Dr. Jeffery Kitingan ini, adakah perlu dikenakan tindakan dihalang memasuki negeri ini menggunakan Akta Imigresen kerana secara halus cuba menghasut penduduk Sarawak agar membenci Kerajaan Persekutuan dan jika kerajaan negeri gagal bertindak awal, apabila sentimen anti-Semenanjung telah meresapi pemikiran penduduk negeri ini adakah saat itu baru kerajaan negeri sedar bahawa kedatangan Dr. Jeffery Kitingan ke Bumi Kenyalang sebenarnya membawa bersamanya racun yang boleh memusnahkan semua apa yang telah dibina bersama selama ini.

Rabu, Julai 25, 2012

Mat Syabu "call" Rais Yatim jam 1:21 pagi. Apa kes?

Ketika jarum jam menunjuk tepat 1:21 pagi, tiba-tiba telefon bimbit yang diletak atas meja kecil sebelah katil berbunyi dengan nada dering lagu "Semalam di Malaysia."

DS Maznah: bang! bang!...handphone tu, ada pemanggil...

DS Rais: hheerrrmmmmmm...siapa ling?

DS Maznah: manalah I tau bang..

DS Rais: meh sini handphone tu ling...

DS Maznah: ini dia bang...

DS Rais: makasih ling. Hello...! siapa ni?

Si Pemanggil: selamat malam Datuk Seri...ini saya ni..Mat Syabu...maaf Datuk Seri, ganggu orang tengah-tengah malam macam ni hehehe..

DS Rais: malam apanye, sudah pagi lah...awak call saya dari mana ni? haaa..apa pulak mimpi awak call saya pagi-pagi buta macam ni Mat?

Mat Syabu: alaaa maaflah Datuk Seri hehehe, saya kat Hotel Perdana Kota Bharu ni... ini saya ada hajat besar ni Datuk Seri..

DS Rais: hajat besarrr? hajat besar apa Mat.., awak nak pinang anak gadis saya pagi-pagi kelat macam ni?

Mat Syabu: eh! bukanlah Datuk Seri...sebenarnya...hermmm... sebenarnya, sebenarnya saya nak minta jasa baik Datuk Seri kalau boleh RTM mainkan semula drama Gerak Khas kat TV1 atau TV2...

DS Rais: pelik juga...biasanya orang-orang PAS tidak sukakan RTM, apesal pulak tetiba saja awak yang beriya-iya nak minta RTM ulang tayang drama tu..

Mat Syabu: iya..betul Datuk Seri..itu dulu tapi sekarang, sejak dua menjak ni saya entah kenapa minat sangat dengan program-program kat RTM tu..

DS Rais: ...ada-ada sajalah awak ni Mat...oklah, nantilah saya fikirkan..ni, nak tidor dulu...

Mat Syabu: hehehe..ok, ok..terima kasih Datuk Seri...selamat malam dan saya doakan moga Datuk Seri menang PRU13 nanti...muuuaaahhh...muaah..

Datuk Seri Utama Rais Yatim kelihatan masih kebingungan dengan permitaan daripada Timbalan Presiden PAS itu. Sebelum berbaring untuk kembali masuk tidur, DS Rais sempat melontarkan persoalan mengenai hajat Mat Syabu itu kepada isterinya yang tersayang, DS Maznah Rais.

DS Rais: Ling, rasa macam pelik juga abang dengan permintaan Mat Syabu tu tadi...

DS Maznah: aa..aa..aalah bang..buang tabiat agaknya orang tua tu... eh bang!..jangan, jangan Mat Syabu dah syok dengan Inspektor Aleeza dalam drama tu tak?

DS Rais: Ohhhhyaaa... ya tak ya juga...Inspektor Aleeza...Abby Abadi ! ...baru abang faham ling...

Isnin, Julai 23, 2012

Ariel Peterpan bebas dan pasti akan kembali popular..!

Pembebasan vokalis kumpulan Peterpan hari ini, Mohd. Nazriel Ilham atau Ariel lebih awal dari jadual sebenar jumlah hukuman yang dikenakan ke atas beliau oleh mahkamah Indonesia bersabit kes moral yang beliau hadapi telah disambut dengan gembira oleh sebilangan besar para peminatnya yang telah berkumpul sejak pagi di luar perkarangan mahkamah.

Reaksi segera daripada para peminat terhadap pembebasan Ariel itu bukan saja sebagai satu dorongan semangat untuk beliau kembali berkarya dalam dunia seni yang terhenti semenjak beliau ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia tetapi lebih sebagai petanda bahawa pembebasan beliau bukan saja dilihat akan kembali mengubati kerinduan peminatnya malahan populariti beliau sebagai penyanyi berkumpulan akan lebih menyerlah dan digemari ramai.

Rasanya tentu ramai peminat yang tidak peduli dengan isu yang pernah menyelubungi Ariel sehingga membawanya ke penjara sebab kalangan mereka lebih suka melihat kepada bakatnya sebagai seorang penghibur. Dan bagi mereka apa yang berlaku ke atas Ariel itu adalah masalah peribadinya yang tidak harus dicampur aduk dengan aktiviti seni yang beliau ceburi.

Perkara sebegini juga pernah berlaku dalam dunia politik di Malaysia apabila terdapat beberapa tokoh politik yang pernah terlibat dengan skandal tertentu malah siap dengan video seks masing-masing namun tetap juga menjadi pilihan sesetengah orang contoh seperti Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Mat Syabu dan lain-lain lagi.

Datuk Seri Chua walaupun pernah menimbulkan kontroversi ekoran video seksnya dengan seorang serta telah mengaku bahawa individu di dalam video itu adalah dirinya namun pada pemilihan MCA beliau tetap menang setelah sebahagian besar para perwakilan pada perhimpunan agung MCA memilihnya untuk menjadi Presiden MCA yang baru selepas menewaskan Datuk Seri Ong Tee Kiet. Sebilangan besar perwakilan tidak kisah dengan isu video seks Datuk Seri Dr. Chua kerana mereka lebih suka melihat kepada kesungguhan bekas Menteri Kesihatan itu bekerja untuk parti dan rakyat.

Jadi apabila perkara seperti itu yang turut melibatkan penggiat seni seperti Ariel, sudah pasti para peminatnya meletak perkara yang telah dilakukan oleh penyanyi itu dulu ke tepi dan apa yang mereka utamakan adalah bakatnya sebagai seorang penyanyi yang punya pengaruh tersendiri dikalangan peminat setianya bukan saja di Indonesia tetapi juga di Malaysia, Brunei Darussalam serta Singapura. Selamat kembali kepada Peterpan !

Ahad, Julai 22, 2012

Satu demi satu pemimpin negara Islam gugur angkara kekejaman Barat !

 Pengasas Hamas, Asyahid Sheikh Ahmed Yassin dibunuh oleh tentera Israel ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas selesai solat Subuh pada pagi 22 Mac 2004. Sheikh Yassin menjadi sasaran pihak Barat dengan bantuan rejim Israel bagi mematahkan pengaruh besar beliau yang nyata berjaya meniup semangat juang rakyat Palestine dalam menentang penaklukan rejim Zionis serta pembebasan tanahair mereka.
 Bekas Presiden Iraq, Allahyarham Saddam Hussein yang menyokong kuat perjuangan rakyat Palestine untuk melepaskan negara mereka daripada cengkaman negara pengganas Israel turut menjadi buruan Barat. Difitnah dengan tuduhan memiliki senjata pemusnah besar-besaran maka pihak Barat sudah ada alasan untuk menyerang Iraq yang dipimpin Saddam.

Pada 20 Mac 2003, Iraq telah diserang oleh tentera bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat serta Britain setelah Presiden Bush berjaya meyakinkan pihak Majlis Keselamatan PBB bahawa Iraq menyembunyikan senjata pemusnah di satu lokasi yang dirahsiakan.

Dengan itu, untuk membuktikan yang dakwaannya benar maka Iraq diceroboh dan diserang dari pelbagai penjuru hingga memaksa Saddam Hussein bersembunyi yang kemudiannya berjaya ditangkap oleh tentera penceroboh pada 8 January 2004 kemudiannya dibicarakan lalu dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Boneka Barat pada 30 Disember 2006 namun bukti senjata pemusnah milik Saddam seperti yang didakwa oleh Bush dan Blair masih gagal untuk dibuktikan sehingga ke saat ini.
 Begitu juga dengan apa yang dihadapi oleh bekas pemimpin Libya, Allahyarham Muammar Al-Ghadafi apabila beliau juga akhirnya berjaya diguling serta dibunuh oleh kuasa Barat menerusi pemberontak rakyat tempatan tajaan Amerika Syarikat. Kelantangan dan keberanian Ghadafi membidas kuasa Barat terutama berkaitan isu Palestine memang amat tidak disenangi oleh Amerika Syarikat serta rejim Israel.

Pemimpin negara Barat seakan berpesta sebaik saja berita tentang penangkapan Presiden Muammar Ghadafi pada 20 Oktober 2011 diketahui dan bagi mereka adalah satu kemenangan apabila Ghadafi telah maut ditangan rakyatnya sendiri yang telah menembak tepat di kepala pemimpin berkenaan ketika beliau diarak keliling bandar sejurus berjaya di tangkap dari tempat persembunyiannya.
 Mana-mana pemimpin negara Islam yang berani mengkritik atau membidas negara kuasa Barat terutamanya Amerika Syarikat telah dikira sebagai musuh yang harus dihapuskan. Bekas Presiden Tunissia, Zine El Abidine Ben Ali adalah antara pemimpin yang telah menjadi mangsa kezaliman Barat apabila beliau kini berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah negaranya sendiri atas desakan Amerika Syarikat dan negara sekutunya.
Syria, yang diperintah oleh Presiden Bashar Al-Assad sebuah lagi negara Islam yang memang tidak disukai oleh Barat dan bagi memaksa Syria agar tunduk kepada segala kemahuan ataupun sentiasa mengikut acuan Barat dari segi pemerintahan maka presidennya perlu ditangani terlebih dahulu.

Amerika Syarikat yang memusuhi Assad sejak beliau mengambilalih jawatan Presiden Syria kerana pendiriannya yang sering menentang dan tidak menyebelahi Barat terutama dalam isu Palestine-Israel telah membuat pemimpin negara kuasa Barat sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menjatuhkan Assad walau dengan apa jua cara sekalipun.

Kini pihak Barat nyata semakin berjaya dengan agenda keji mereka untuk menjahanamkan seberapa banyak yang boleh negara Islam dan negara Syria merupakan satu lagi negara Islam yang sedang dalam proses itu. Presiden Bashar Al Assad yang kini masih diketahui kedudukan beliau dijangka akan menerima nasib serupa dengan keadaan yang ditempuhi oleh Saddam Hussein, Muammar Ghadafi, Hosni Mubarak, Zen El Abidine selama mereka bersembunyi dari buruan para pemberontak tajaan Barat.

Inilah yang terpaksa umat Islam, pemimpin-pemimpin serta negara-negara Islam seluruh dunia harus hadapi sekiranya terus gagal untuk bersatu padu. Pertentangan pendapat dikalangan pemimpin negara-negara Islam sendiri memudahkan lagi musuh-musuh Islam untuk masuk mempengaruhi serta menghasut rakyat agar bangkit menentang kerajaan mereka sendiri dan niat kotor Barat akan menjadi lebih mudah untuk dicapai dengan kerjasama pengkhianat yang bersedia untuk bangun memberontak terhadap kerajaan yang memerintah negaranya sendiri.

Sabtu, Julai 21, 2012

Nahas heli, Naib Pengerusi PKR Sarawak maut. Salah BN lagi?

Helikopter yang jatuh terhempas di muara Sungai Triso Batang Lupar di Sri Aman pada jam 9:30 pagi semalam adalah milik Syarikat Sebiro Holding iaitu sebuah syarikat kepunyaan Datuk S'ng Chee Hua bapa kepada Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWAP) Larry S'ng juga bekas ADUN Pelagus yang sangat dibenci oleh Tan Sri James Massing Presiden PRS namun sangat disayangi oleh Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud Ketua Menteri Sarawak.

Pesawat model Eurocopter EC 120 itu dikendalikan oleh juruterbang Riko Steger warga Jerman turut membawa bekas calon PKR untuk kerusi DUN Tarat, Peter Ato Mayau menentang calon Barisan Nasional YB Roland Sagah pada PRN ke-10 tahun lepas namun tewas dan sehingga nahas berlaku beliau adalah Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Sarawak.

Penasihat Umum PKR Anwar Ibrahim seketika dulu adalah sahabat baik kepada Datuk Seri S'ng Chee Hua tetapi sejak anak lelaki beliau bekerja dalam kabinet kerajaan Sarawak sewaktu masih menjadi ADUN Pelagus hubungan beliau dengan Anwar semakin dingin ini mungkin disebabkan projek yang beliau perolehi dari kerajaan lebih bernilai jika dibandingkan persahabatannya dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang nyata tidak boleh memberi apa-apa projek berimpak besar.

Pada PRU-13 nanti besar kemungkinan Peter Ato Mayau akan bertanding dan pastinya atas tiket Parti PKR di kawasan yang rasanya juga diidamkan oleh Parti Pekerja Sarawak (SWAP) bertanding. Untuk menang di situ SWAP akan menentang calon parti PRS dari komponen BN tentulah SWAP tidak mahu bertembung dengan calon-calon parti pembangkang lain. Dan oleh itu maka SWAP perlu lakukan sesuatu lebih awal agar cita-cita SWAP untuk meranap PRS akan berjaya tanpa sebarang halangan dari mana-mana pihak.

Peter Ato adalah seorang jurutera. Selain beliau dalam penerbangan itu adalah Siti Khuzaimah Anwar seorang juruukur bahan serta seorang arkitek Hnery Loh. Destinasi Helikopter yang dipandu oleh Riko Steger menuju ke Nanga Merit di Kapit dalam misi untuk melakukan pemeriksaan ke atas satu projek pembinaan sekolah dan tentulah ini satu projek di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia yang dibiayai oleh Kerajaan Barisan Nasional dan bukannya projek Pakatan Pembangkang.

Syarikat Sebiro Holding banyak dapat manfaat dari projek-projek yang diperolehi daripada kerajaan negeri mahupun projek-projek kerajaan pusat maka inilah sebabnya mengapa SWAP seringkali menyatakan kepada rakyat Sarawak bahawa mereka tidak berniat untuk menentang kerajaan Barisan Nasional tetapi mereka akan tetap melawan Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang diterajui oleh YB Tan Sri James Massing walaupun sedar bahawa PRS berada di dalam gabungan BN Negeri dan juga BN Pusat.

SWAP tetap beri jaminan bahawa mereka mesra BN tetapi benci PRS. Ramai pemimpin BN Negeri yang gelisah dengan kewujudan SWAP ini terutama sekali mereka dalam team Tan Sri James Masing. Bagi mereka yang telah disingkir oleh Tan Sri James dari PRS, dengan adanya SWAP mereka kini telah ada pilihan lain selain hanya menjadi wakil rakyat Bebas yang berjawatan Menteri di dalam Kabinet Negeri. Dalam Kabinet Pehin Sri Taib kini ramai menterinya yang duduk di kerusi DUN Bebas setelah masing dipecat dari dua parti bermasalah iaitu SPDP dan PRS.

Kenapa juruterbang Riko Steger meneruskan juga penerbangan menuju ke Nanga Merit walaupun sedar cuaca sangat buruk dan tidak berpatah balik. Helikopter dalam keadaan apa jua keadaan adalah agak mudah untuk dikendalikan dan tidak sama dengan pesawat lain seperti Twin Otter ataupun Fokker 50 dan sebagainya  Sekiranya Riko Steger ingin mendaratkan helikopter itu ditempat yang agak terhad keluasannya maka beliau bolehlah menggunakan kepakaran menurunkan helikopter dengan selamat dan tidak perlu menunggu arahan dari pusat kawalan jika keadaan sudah terlalu mendesak. Lihat saja filem Barat kan. Atas bumbung rumah pun boleh.

Yang peliknya mengapa hanya Riko Steger yang terselamat? Peralatan keselamatan seperti jaket kecemasan dan sebagainya tak cukup ke dibawa dalam helikopter itu? Kalau helikopter terhempas di darat memang sangat sukarlah bagi mereka yang didalam untuk bertindak menyelamatkan diri tetapi ini terhempas dalam sungai adalah sukar untuk dipercayai mereka boleh terperangkap hingga tidak mampu untuk membuka pintu pesawat. Adakah Riko seorang yang tidak bertanggungjawa kerana tidak membantu penumpang lain menyelamatkan diri atau apakah Peter Ato, Siti Khuzaimah serta Henry Loh tidak tahu berenang atau tidak sempat mengenakan jaket keselamatan?

PKR ada tak cadangan kepada pihak Kerajaan Malaysia untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat kemalangan ini yang turut membabitkan ahli parti mereka? Atau kemudiannya PKR ada idea untuk mengaitkan kerajaan BN dengan trajedi tersebut baru nak desak ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja?

Jumaat, Julai 20, 2012

Salam Ramadhan 1Malaysia !

Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di Malaysia yang terdiri daripada berbagai bangsa serta keturunan dan selamat menjalankan ibadah puasa.

Tak ketinggalan juga kepada semua rakan-rakan blogger pro-Kerajaan...selamat berpuasa kepada anda semua.

Khamis, Julai 19, 2012

Sungguh sesat!!! bila pula masanya Nik Abduh berjumpa dengan Allah?



Sungguh terkejut dengan video ini, bagaimana seorang manusia sanggup berbohong demi kuasa politik bahawa Allah telah mengarahkan PAS untuk merampas Putrajaya daripada kerajaan Barisan Nasional yang sah yang dipilih rakyat secara demokrasi.

Nampaknya semakin hari semakin jauh sesatnya pemimpin PAS ini dalam membawa parti mereka bersama dengan DAP dan PKR untuk merampas Putrajaya sehingga sanggup pula menyekutukan Allah dengan perjuangan politik kotor mereka.

Ini sudah masuk kes sesat tahap kronik...sudah parah kesesatan PAS ini!!!

Selasa, Julai 17, 2012

"Diskriminasi kaum" punca rusuhan pekerja di SIP Bintulu Sarawak !

 Sikap sesetengah majikan ataupun pemilik syarikat swasta di Sarawak yang lebih mementingkan kaum sendiri dalam memberi layanan kepada pekerja mereka pasti akan mengundang masalah tertentu yang akhirnya akan menyusahkan semua pihak.
Contohnya seperti apa yang telah berlaku pada petang Ahad lalu (15 Julai) di Samalaju Industrial Park Bintulu iaitu kawasan dalam Koridor Tenaga Boleh Diperbahurui Sarawak (SCORE), apabila pekerja rakyat tempatan dari kaum Bumiputera yang bergabung dengan pekerja Indonesia merusuh dan menyerang pekerja-pekerja warga China.

Menurut maklumat, tindakan pekerja Bumiputera serta pekerja Indonesia yang berpakat menyerang pekerja warga China adalah disebabkan rasa tidak puas hati mereka dengan layanan berat sebelah pihak majikan yang lebih mengutamakan pekerja warga China berbanding mereka.

Ini berlaku apabila amalan pilih-kasih oleh pihak majikan terhadap pekerja mereka berhubung dengan penyediaan tempat tinggal pekerja, kenaikan gaji serta pangkat yang berbeza mengikut kaum dan ini semua sudah pasti menimbulkan rasa tidak puas hati bagi pekerja Bumiputera.

Walaupun tidak semua syarikat atau majikan yang bersikap sedemikian terhadap pekerja-pekerja mereka namun jika ianya dibiarkan dan tidak diatasi serta tanpa campurtangan pihak kerajaan negeri nescaya amalan ini besar kemungkinannya akan menjadi suatu kebiasaan bagi semua majikan dan yang terus teraniaya adalah pekerja dari kaum Bumiputera.

Di Sarawak sejak dulu lagi amalan sesebuah syarikat yang mengutamakan kaum masing-masing dalam menaikkan gaji, menaikkan pangkat seseorang pekerja dan juga dalam memberi tempat tinggal yang selesa tidak dinilai atau diukur berdasarkan pengalaman, prestasi kerja atau kemampuan mereka bekerja tetapi adalah dinilai  melalui asal usul kaumnya.

Dan begitu jugalah halnya dengan apa yang telah berlaku di SIP Bintulu tempoh hari apabila majikan gagal berlaku adil terhadap pekerja mereka yang datang dari berbagai bangsa. Untuk muncul menjadi sebuah syarikat yang berdaya saing atau dalam kata lainnya sebuah syarikat yang maju, para majikan perlu mengikis sikap perkauman dan mereka perlu utamakan tahap kemampuan serta kualiti kerja pekerja mereka tanpa mengira latar belakang bangsa dan keturunannya.

Tetapi jika majikan yang tertentu yang tebal sikap perkaumannya masih lagi tidak bersedia untuk berubah ke arah yang lebih adil kepada semua pekerja masing-masing yang berbeza keturunan, mereka ini harus bersedia sepanjang masa menghadapi risiko menjadi sebuah syarikat yang paling tidak stabil dari segi pengurusan pekerja yang berbilang bangsa.

Kes kejadian rusuhan ini masih dalam siasatan polis Daerah Bintulu.

Isnin, Julai 16, 2012

Liwat III: Anwar kena liwat dengan Mahasiswa buat laporan polis !!!

Kita berlintas langsung dengan Papa Gomo dari perkarangan bangunan Pejabat Kedutaan Turki di Ibu Negara :)

Atas cuma gambar hiasan jer...tak ada kena mengena dengan sesape baik yang hidup ataupun yang kurang sihat dan kiranye ada persamaan anggaplah semuanye sebagai kebetulan sahaja ;-)

Ahad, Julai 15, 2012

Kes perceraian meningkat sejak Abby Abadi masuk PAS !

Sejak "janda berhias" Abby Abadi menyertai PAS serta berceramah untuk parti berkenaan, ini telah menjadikan kes perceraian di kalangan pemimpin dan juga para pengikut mereka menjadi semakin meningkat. Keadaan yang berlaku ini seolah-olah menggambarkan wujudnya perebutan sesama sendiri pemimpin dalam PAS untuk menambat hati Abby Abadi sehingga ada yang sanggup menceraikan isteri masing-masing.

Jika ianya berlaku dikalangan para penyokong atau ahli parti biasa itu merupakan perkara biasa apabila terdapat antaranya yang meninggalkan PAS kerana telah sedar bahawa perjuangan PAS sudah semakin terpesong dari landasan perjuangan asal parti.

Tetapi apabila kes perceraian berlaku di kalangan pemimpin mereka ini sudah tentu menimbulkan berbagai persoalan mengapa dan kenapa harus berlaku perceraian kerana yang sepatutnya PAS yang kononnya berjuang atas nama agama wajib menyeru orang Islam kepada perpaduan dalam rumahtangga serta keluarga dan bukannya mengajak umat kepada jalan perceraian.

Persoalan yang boleh ditimbulkan ialah apakah dengan kemasukan beberapa kerat artis wanita ke dalam PAS akan terus meningkatkan lagi kes-kes perceraian dalam PAS apabila semakin ramai yang ingin memperisterikan artis-artis wanita yang telah berjaya ditawan masuk ke dalam perangkap mereka?

TV2 sabotaj ucapan DS Najib di majlis Hari Koperasi Negara 2012 !??

Saya kurang pasti kenapa ucapan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak semasa melancarkan Hari Koperasi Negara 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil yang disiarkan secara langsung oleh rangkaian RTM TV2 semalam dari awal sehingga ke penghujung ucapannya memang sangat berbeza baik dari segi audio serta gerak-geri PM ketika menyampaikan ucapan jika dibandingkan sewaktu beliau berucap di majlis-majlis lain sebelum ini.

Semalam ketika di majlis pelancaran Hari Koperasi Negara sangat jelas PM seperti tidak ceria, lemah dan tidak bersemangat malah apa yang lebih mengejutkan ialah sepanjang ucapan beliau banyak sangat perkara yang tidak kena dan antaranya apabila terdapat perkataan-perkataan yang disebut oleh Datuk Seri Najib terputus-putus dan ketika jua ucapan beliau seperti menjadi alunan lagu-lagu. Dan yang menjadi lebih musykil lagi apabila suara Datuk Seri Najib yang kadangkala tenggelam timbul, sekejap seperti suara orang lain sekejap balik seperti suara beliau sendiri dan ini berlaku sehingga selesai ucapan PM.

Saya tertanya-tanya...eh paesal ni...PM tdak sihat ke... kemudian saya periksa TV tak ada juga yang rosaknya... lantas saya berpikir mungkin ini satu usaha untuk mensabotaj segala usaha murni PM dalam memperjuangkan hak rakyat negara ini. Dalam kerajaan sendiri juga ramai yang menjadi "musang berbulu ayam" lalu saya terpikir juga apalagi kalau dalam TV2 yang dikhususkan untuk siaran berbahasa Cina dan Tamil tentulah lagi ramai musang-musangnya yang berbulu ayam...ini cuma gerak hati saya selaku rakyat biasa yang menyanjung kepimpinan Datuk Seri Mohd. Najib.

Sabtu, Julai 14, 2012

Lanun sesat dari Tanah Besar China terdampar di Tanah Melayu !

Kit Siang nampaknya lupa akan asal-usul suku sakat beliau. Kit Siang juga tidak sedar bahawa Raja-raja Melayu sejak dahulukala lagi tak ada seorangpun yang hidup melarat hingga membawa bersama mereka kaum kerabat untuk berhijrah ke negara China bagi menyambungkan kehidupan di negara orang.

Lain pula dengan kaum kerabat Kit Siang kerena mereka datang ke Tanah Melayu dan bukannya Raja-Raja Melayu yang datang ke Tanah Besar China. Tetapi bagaimana Kit Siang boleh menjadi begitu buta sehingga tergamak menghina Raja-Raja Melayu sebagai lanun yang merompak wang rakyat.

Kaum kerabat Kit Siang boleh hidup dengan serba selesa di Malaysia ini malah kaum mereka banyak melahirkan individu-individu terkaya dan ini semua berkat dari negara Malaysia dinaungi oleh Raja-Raja Melayu serta KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong...

Jumaat, Julai 13, 2012

2 kejadian luarbiasa berlaku pada malam akhir Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa ke-54

Pada Majlis Penyampaian Sijil serta Hadiah kepada para peserta Tilawah Membaca Ayat-ayat Suci Al Quran Peringkat Antarabangsa kali yang ke-54 yang telah disempurnakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah telah berlaku dua kejadian yang sepatutnya tidak terjadi namun ianya tetap juga berlaku.

Malam ini tadi saya sebenarnya mengikut siaran langsung upacara majlis berkenaan melalui saluran RTM TV1. Pada pertengahan majlis berlangsung sebaik saja giliran perserta dari negara Nigeria kalau tak silap saya beliau telah naik ke atas pentas untuk menerima sijil penyertaan serta hadiah saguhati daripada Yang di-Pertuan Agong di mana selepas bersalam dengan Baginda Yang diPertuan Agong peserta tersebut terus merapatkan tubuhnya ke arah Yang di-Pertuan Agong lantas memeluk Baginda yang kelihatan terkejut dengan perbuatan individu berkenaan.

Sambil memeluk Yang di-Pertuan Agong, peserta dari negara Nigeria itu juga turut menepuk belakang bahu Baginda Tuanku Abdul Halim seolah-olah beliau sedang meraikan kemenangan bersama-sama dengan para sahabatnya. Kejadian itu juga turut memaksa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri (MB) Jamil Khir Baharom dua kali mencuba untuk melepaskan tangan peserta Nigeria itu dari terus memeluk Yang di-Pertuan Agong namun tidak dihirau oleh peserta tersebut.

Kejadian seperti ini dapat dihindar sekiranya mereka yang terlibat di dalam penganjuran majlis tersebut telah bersedia lebih awal dengan memberi taklimat secukupnya kepada seluruh peserta mengenai peraturan ketika majlis berlangsung. Semua peserta sewajarnya diterangkan tentang perjalanan majlis dari awal sehingga majlis selesai. Bagitau mereka tentang bagaimana menjaga adab ketika berhadapan dengan Yang di-Pertuan Agong di hadapan para hadirin yang lainnya.

Kejadian yang kedua juga tidak kurang memalukan penganjur majlis ketika giliran Raja Permaisuri Agong menyampaikan sijil serta hadiah kepada peserta Qariah. Bagaimana tudung seorang peserta yang baru hendak bersalam dengan Raja Permaisuri Agong boleh terlepas dari kepalanya sehingga memaksa beliau berlari dengan pantas kembali turun ke bawah pentas untuk mendapatkan tudungnya. Kejadian ini telah mengundang suasana riuh dengan gelak ketawa mereka yang hadhir dan nyata Raja Permaisuri Agong sendiri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, Datuk Seri Jamil Khir Baharom malahan Yang di-Pertuan Agong juga tidak dapat menahan untuk turut tertawa.

Apakah dua kejadian ini akan menjadi satu permulaan bagi apa yang disebut sebagai "Transformasi" untuk majlis-majlis seumpamanya pada musim yang seterusnya ataupun jika sudah tentu ini bukan satu gimik yang sengaja dirancang oleh pihak penganjur majlis maka apakah yang akan diperjelaskan oleh kedua-dua menteri yang bertanggungjawab ke atas majlis yang telah menimbulkan dua kejadian yang tidak sewajarnya berlaku apatah lagi apabila ianya melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

RALAT: "akan berhenti meliwat jika berjaya tawan Putrajaya pada PRU13"

Pembetulan dari laporan yang terdahulu. Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pernah tersasul berkata apabila berjanji akan bersara dari arena politik negara jika Pakatan Haram Pembangkang gagal menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti dan berhasrat untuk kembali menjadi pensyarah.

Namun yang sebenarnya beliau ingin katakan bahawa andaikata Pakatan Pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada PRU13 nanti beliau mahu rakyat percaya yang beliau akan berhenti meipu, membohongi rakyat dan lupa juga akan meninggalkan kegiatan suka meliwat. "Bersara" maksud beliau maka itulah.

Berjanji sebelum berkuasa memang begitulah. Tapi apabila kuasa sudah ada dalam genggaman semua janji yang terdahulu akan diketepikan. Janji untuk bersara cuma untuk mengaih simpati para penyokong beliau tetapi sehingga kini tiada seorangpun dari kalangan penyokong mahupun pengikut Anwar Ibrahim menyuarakan bantahan mengenai hasrat beliau itu.

Rabu, Julai 11, 2012

Liwat II: Baruk Bian terus mengipas Anwar Ibrahim yang sedang kepanasan !

Berita hari ini yang hangat dari Semenanjung Malaysia apabila pihak Peguam Negara semalam akhirnya mengemukakan petisyen rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi 9 January 2012 lalu yang melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat pembancuh kopinya Mohd Saiul Bukhari Azlan. Syabas kepada Mohd. Saiful!...anda akan mendapat keadilan sebagaimana yang kami rakyat Malaysia harapkan...

Seolah-olah sedar bahawa Anwar Ibrahim selaku Penasihat PKR sedang kepanasan dengan perkembangan terbaru kes liwat II Ahli Parlimen Permatang Pauh itu maka Pengerusi PKR Sarawak yang juga ADUN Ba'Kelalan YB Baruk Bian terus memulakan langkah demi menyelamatkan keadaan dan demi untuk menyejukkan hati Anwar Ibrahim, YB Baruk Bian yang sebelum ini agak pendiam, kurang bercakap sudahpun mula belajar berbohong kepada rakyat Sarawak. Beliau mula cuba menipu rakyat Sarawak dengan berbagai andaian serta teori yang terdesak.

Baruk Bian kata ramai dah wakil-wakil rakyat BN Sarawak sudah mula berjinak-jinak dengan Pakatan Haram Pembangkang PKR, DAP dan PAS. Kata Baruk Bian mereka memang semakin ramai yang menunjukkan minat untuk menyertai Pakatan Haram Pembangkang pada PRU-13 nanti. Tetapi apabila ditanya siapakah mereka wakil rakyat BN yang beliau maksudkan, Baruk Bian enggan memberitahu namun mahu mahu orang yakin kononnya ramai sudah wakil-wakil rakyat BN yang pernah berjumpa dengan beliau untuk tujuan itu.

Nampaknya penyakit pembohong serta penyakit penipu yang ada pada Anwar Ibrahim kini telahpun menular hampir kepada keseluruh para pemimpin yang masih terpedaya dengan PKR. Kalau dulu Anwar Ibrahim sudahpun terkenal dengan isu penipuan 60 Ahli Parlimen kononnya akan melompat menyertai Pakatan Haram Pembangkang, kemudian tentang pembohongan 16 September 2008 kini tugas untuk menipu rakyat Sarawak telahpun digalas oleh Baruk Bian pula.

Harap rakyat Sarawak tidak tertipu dengan pembohongan Baruk Bian ini dan kalau benarlah apa yang dikatanya pernah berlaku pertemuan antara beliau dengan kumpulan wakil-wakil rakyat BN maka beliau kena buktikan dakwaannya benar dan tunjukkan kepada rakyat Sarawak siapakah wakil rakyat yang mahu berpaling tadah itu dan kalau perlu Baruk Bian kena melakukan "Sumpah menggunakan Bible" di mana-mana Gereja yang ada di Bumi Kenyalang ini demi menyatakan bahawa apa yang beliau katakan itu benar dan bukannya hanya rekaan semata-mata.

Rabu, Julai 04, 2012

DAP tidak membantah Malaysia Negara Islam tapi hanya menolak Negara Islam PAS!

Mengikut penghayatan saya mengenai penolakan oleh DAP selama ini terhadap usaha PAS untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam ianya kalau dilihat dari berbagai sudut tidak juga kelihatan yang DAP bersungguh-sungguh mahu menentang Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Pada dasarnya Malaysia memangpun adalah sebuah negara Islam yang dinaungi oleh Raja Melayu, ditadbir oleh pemimpin yang beragama Islam sejak negara ini terbentuk pada 16 September 1963. Dan semua ini telahpun disedari dan diterima oleh seluruh rakyat sejak tertubuhnya Persekutuan Malaysia malahan sehingga kini seluruh pemimpin negara luar mengakui serta mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam sederhana dan maju.

Jika benarlah DAP mahu menentang habis-habisan sebarang usaha oleh mana-mana pihak yang mengiktirafkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam sudah tentulah setiap kali kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin besar dunia seperti ucapan tahniah oleh Presiden Barrack Obama, Perdana Menteri China, Perdana Menteri India, Perdana Menteri Britain dan lain-lainnya yang nyata mengakui bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam contoh akan disusuli oleh tindakbalas DAP menyerah nota bantahan di Ibu Pejabat Kedutaan negara berkenaan.

Terbaru dalam lawatan negara selama empat hari Presiden Republik Guinea di mana beliau juga turut mengeluarkan kenyataan serupa dengan memuji Malaysia sebagai sebuah negara Islam terbaik dan mahu mempelajarinya dari pengalaman Malaysia dan ini secara langsungnya memberi pengiktirafan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam yang terus diakui oleh dunia tetapi kenapa DAP membisu seribu bahasa apabila pihak luar mengisytihar Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan tidak meminta mereka langkah mayat Karpal Singh terlebih dahulu sepertimana DAP mengugut PAS sebelum ini?

Apa yang ditakuti oleh DAP terhadap konsep Negara Islam yang dibawa oleh PAS sebenarnya ialah tentang penampilan pemimpin PAS itu sendiri yang menggambarkan ketidakadilan pasti akan berlaku jika mereka melaksanakan hukum hudud di Malaysia kelak dan kesimpulannya mudah, DAP menolak negara Islam yang cuba dicorak oleh PAS dan tiada apa-apapun bantahan DAP terhadap nilai-nilai Islam yang sekian lama telah diterap oleh UMNO dalam pentadbiran negara malah ramai orang bukan Islam dinegara ini yang menerima secara terbuka konsep Islam yang dibawa oleh UMNO dalam pemerintahan Malaysia.

Isnin, Julai 02, 2012

Boros, antara punca MAS terus dilanda krisis kewangan !

Antara sebab yang mudah untuk dikenal pasti sebagai punca mengapa krisis kewangan yang melanda Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) semakin sukar diatasi malahan bertambah kritikal ialah kerana sikap pengurusan MAS itu sendiri yang boros, tidak berhemah di dalam menguruskan perbelanjaan para kakitangannya.

Contoh yang paling jelas ialah apabila sesebuah pesawat penumpang MAS tak kiralah apa kelasnya melakukan penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak mahupun ke Sabah sekiranya bermalam maka semua kakitangan MAS bermula daripada juruterbang, peramugari serta peramugaranya akan ditempatkan di hotel-hotel bertaraf 3 dan 5 bintang dengan diberi masing-masing sebuah bilik.

Jika sebuah pesawat MAS mempunyai 10 kakitangan, bayangkan kalau setiap hari MAS terpaksa mengeluarkan beratus-ratus ribu ringgit semata-mata untuk membiayai perbelanjaan para pekerjanya yang bertugas dalam pesawat yang lain di tempat-tempat tertentu baik bagi penerbangan domestik mahupun penerbangan antarabangsa.

Apa salahnya jika MAS berani berbuat sesuatu demi memulihkan semula sistem kewangan mereka dan bukan perkara yang sangat sukar untuk melakukannya bermula dengan staf-staf, biasakan mereka untuk berkongsi 2 orang ataupun 3 orang bagi sebuah bilik hotel dan selain itu juga MAS patut bertukar jika sebelumnya sudah sangat selesa dengan hotel-hotel mewah yang berbintang-bintang apa kata selepas ini pilih saja hotel-hotel kelas ekonomi yang agak murah.

Sepatutnya pihak pengurusan MAS perlu bijak berbelanja serta berjimat-cermat ketika syarikat mereka sedang berdepan dengan masalah ekonomi dan bukannya terus berbelanja seperti selalu tanpa memikirkan akan kemampuan kewangan mereka.

Untuk menyelamatkan Syarikat Penerbangan negara ini dari terus dilanda masalah yang tak sudah-sudah, maka kerajaan dan juga rakyat Malaysia perlu juga ke depan untuk sama-sama membantu walaupun bukan dalam bentuk wang ringgit tetapi memadai beri mereka cadangan apa yang patut demi kelangsungan syarikat MAS yang sekian lama telas sama-sama turut menyumbang yang terbaik buat negara ini sebelum munculnya Air Asia.

Arkib Blog