Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, November 07, 2009

Juara Piala Malaysia: Syabas dan Tahniah!!! Negeri Sembilan

Negeri Sembilan telah muncul sebagai Juara Piala Malaysia 2009. Tahniah !!! ...walaupun tidak dijanjikan dengan berbagai habuan seandainya memenangi perlawanan Piala Malaysia pada malam ini namun pasukan bolasepak Negeri Sembilan tetap mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.

Berbeza dengan pasukan bolasepak negeri Kelantan yang telah dijanjikan dengan berbagai-bagai janji oleh Kerajaan Negeri Kelantan PAS seperti "cuti peristiwa" dan lain-lain lagi namun segalanya telah menyebabkan semua pemain negeri Kelantan berada didalam keadaan yang tertekan kerana menyedari terlalu banyak harapan telah disandarkan terhadap mereka.

Negeri Sembilan menang 3 kalahkan Kelantan yang hanya pada saat-saat akhir cuma mampu mengutip 1 gol saja. Itupun hanya "gol ehsan" yang diberi oleh pasukan Negeri Sembilan. Esok tak jadilah "cuti peristiwa" kan begitu Tok Guru ? Kena masuk IJN lagi lah kalau macam nih...

Bonus 2 bulan gaji - Omar Osman putar belit kenyataan PM.

Mungkin kerana merasa terpukul dengan reaksi serta jawapan balas daripada YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib pada hari Rabu 04 November lalu mengenai tuntutan berterusan yang dibuat oleh CUEPACS(Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam) berkenaan dengan bonus dua bulan gaji kepada semua ahli-ahlinya, maka Saudara Omar Osman selaku Presiden pertubuhan itu tanpa berlengah telah mengadakan perjumpaan khas dengan semua wakil kesatuan itu dari seluruh negara seramai 130 orang untuk membincangkan perkara yang berkaitan dengan kenyataan dibuat oleh Perdana Menteri yang telah disalah anggap oleh Saudara Omar.

Pada sessi perjumpaan itu saudara Omar Osman telah berjanji kepada kesemua wakil kesatuan itu bahawa beliau akan menemui Perdana Menteri dengan kadar sebeberapa segera untuk menuntut penjelasan terpeinci daripada Datuk Seri Najib sendiri apabila Omar tersalah tafsir dengan apa yang telah disebut oleh Datuk Seri Najib berkaitan dengan tuntutan bonus dua bulan gaji oleh CUEPACS itu. Menurut Omar Osman, Perdana Menteri telah melabelkan CUEPACS sebagai tidak bermoral. Tetapi yang sebenarnya ialah Perdana Menteri hanya menyebut "Adalah salah dari segi moral untuk meminta mendapatkan bonus apabila ekonomi belum pulih," maka itulah yang pernah disebut oleh PM bukannya beliau menyatakan CUEPACS tidak bermoral dan jelas sekali disitulah kesilapan Omar Osman.

Berita penuh mengenai perkara itu adalah seperti berikut;

Salah dari segi moral minta bonus: PM
----------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri berkata adalah salah dari segi moral untuk meminta mendapatkan bonus kerana negara ini masih bergelut untuk keluar daripada kemelesetan ekonomi dan ramai pekerja sektor swasta dibuang kerja.

"Adalah salah dari segi moral untuk meminta mendapatkan bonus apabila ekonomi belum pulih. Saya sentiasa memberitahu CUEPACS(Presiden Omar Osman) bahawa ia tidak boleh bertindak seperti kesatuan sekerja, setiap kali meraung meminta bonus(setiap kali pembentangan bajet) kerana anda mahu menjadi (kekal) popular dikalangan ahli anda," katanya.

CUEPACS, badan induk bagi kesatuan pekerja sektor awam, kini mendesak kerajaan untuk mendapatkan bonus dua bulan gaji bagi 1.2 juta kakitangan awam di negara ini.

"Dalam sektor swasta, pekerjanya dibuang kerja dan ia tidak berlaku didalam perkhidmatan kerajaan. "Bagaimanapun, itu tidak bermakna pekerja cemerlang tidak boleh diberi ganjaran, tetapi malangnya sistem sedemikian tidak diwujudkan."

"Jika kita ada sistem yang memotivasikan mereka, tenaga kerja awam juga boleh meningkat untuk menjadi pekerja berprestasi tinggi. Kita sepatutnya memberi ganjaran kepada mereka. "Kita tidak sepatutnya membiarkan mereka menjadi kedua terbaik, tingkaykan prestasi mereka."

"Benar, sesuatu bantuan yang kecil perlu dihulurkan," katanya, sambil menyatakan bahawa " ia seperti permainan golf, sedikit handicap, tetapi mereka perlu mengurangkan lebih masa, dari 24 kepada 18, 12 dan kemudiannya satu angka dan bersaing secara setara dengan pekerja lain. Ia juga sama dengan Bumiputera; dari semasa ke semasa mereka perlu mengurangkan handicap masing-masing."

"Anda tidak boleh berada pada 24 sepanjang masa. Saya mengimpikan satu hari nanti apabila Bumiputera berupaya bersaing dengan sesiapa pun yang tiada handicap. Hari itu akan tiba. Jadi, kita kurangkan perlahan-lahan. Bukan Bumiputera merasakan sistem semasa tidak adil tetapi saya jadikannya lebih adil. Setiap rakyat Malaysia akan dilayan dengan adil di negara ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan semasa berucap di Forum Majlis Makan Tengah Hari Perniagaan Bankers' Club. - Bernama

Hasilkan minyak urut cap "Royalty" khas untuk TG Nik Aziz


Mendapat khabar berita yang Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat telah dimasukkan ke dalam wad di IJN mungkin ada yang sudah menduga dan ada juga yang mungkin ada yang baru tahu dan yang agak pasti tentu ada yang sedih.
Walau apapun juga saya ada satu cadangan istimewa iaitu agar ada pihak yang sekiranya tidak keberatan untuk menghasilkan satu produk baru yang berkaitan dengan aspek kesihatan. Produk baru yang dimaksudkan itu adalah khas untuk digunakan oleh TG Nik Aziz Nik Mat serta mereka-mereka yang sama degil dengannya.
Biarlah saya cadangkan produk ubatan itu nanti jika ada yang bersetuju hendaklah dikenali dengan nama "royalty" dan dalam menghasilkan gambar pada kotaknya kita pasti sahabat blogger iaitu Jeffery Damien dari Dimensi yang kreatif itu tentu tiada masalah untuk melakarkan gambar yang sesuai untuk diletakkan pada kotak ubat itu nanti.
Cadangan awal kita mengenai bagaimana cara menggunakan ubat itu nanti adalah seperti berikut, mula-mula buka kotaknya dan keluar botol dari dalamnya dan selepas itu pulas tudung botol ke arah melawan jarum jam untuk membuka dan setelah botol dibuka maka ambil kandungan minyak dengan menggunakan hujung jari hantu lalu sapu sedikit ditepi bibir, hujung lidah, bawah cuping telinga, dalam lubang telinga, hujung lidah serta sapu juga sedikit diatas kelopak mata.
Perkara yang dilarang sepanjang tempoh waktu menggunakan produk atau ubat itu adalah sangat mudah untuk diikuti iaitu tidak boleh meminum air perahan dari batang tebu serta juga dilarang daripada suka menanam tebu di merata-rata tempat ini bagi mengelak ular-ular yang besar akan bersarang disitu.
Dan akhir sekali semua orang mengharapkan agar TG Nik Aziz segera sembuh serta cepat-cepat sedar diri dan juga agar lekas-lekas bertaubat dan setelah itu bolehlah memohon tauliah untuk menyampai sebarang ceramah dan bolehlah bagi juga surat taulih itu kepada Nga Kor Ming, N. Gobalakrishnan, Dr, Xavier Jayakumar, Lim Guan Eng serta mereka yang sama gila dengan mereka.

Arkib Blog