Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Ogos 17, 2009

Syabas dan Tahniah PDRM Pulau Pinang kerana tegas.

videoVideo ini saya muaturun dari blog Penghuni Gua. Setelah saya menyaksikan tindakan oleh YB Padang Serai N. Gobalakhrisnan yang paling bertentangan sekali dengan undang-undang negara serta arahan yang telah diberikan oleh pihak polis, maka saya berpendapat PDRM Pulau Pinang telah menjalankan kewajipan mereka dengan begitu sempurna dan baik sekali. Syabas !

Saya sebenarnya baru faham kenapa kerajaan Negeri Sarawak pada 24hb. Disember 2008 yang lepas telah melarang serta menghalang YB Gobalakhrisnan ini daripada memasuki negeri ini. Beliau telah diusir keluar hari itu juga dan digesa balik semula ke Semenanjung dengan pesawat yang lain. Tindakan serupa juga turut dikenakan terhadap Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa pada 14hb. February 2009 kerana mempunyai tujuan yang tidak jelas sebab-sebab keperluan mendesak untuk beliau masuk ke dalam negeri Sarawak.

Setelah melihat bagaimana cara serta kelakuan YB-YB Pakatan Pembangkang ini yang seolah-olah telah kembali kepada zaman kuno atau zaman batu, maka saya bersetuju sangat dengan langkah bertanggungjawab kerajaan Sarawak yang telah ataupun akan mengenakan tindakan seperti itu terhadap mana-mana ahli politik pembangkang sekiranya mereka berhajat untuk memasuki negeri ini.

Saya tidak bermaksud untuk bersetuju dengan semua tindakan yang menghalang orang luar daripada datang ke negeri Sarawak tanpa sebab tetapi sekiranya niat mereka terutamanya pembangkang(DAP/PKR) adalah sekadar untuk memecahbelahkan perpaduan sedia ada dikalangan masyarakat di negeri ini serta menghasut rakyat di Sarawak agar menentang Kerajaan yang sedia ada, maka saya sangat bersetuju supaya larangan serupa harus digunapakai demi keharmornian dan keselamatan rakyat di negeri Sarawak tetap terjamin dan terpelihara.

Bila pulak Nik Aziz mati hidup balik???

Tak sudah-sudah orang tua ini membuat cerita karut. Terbaru ini pulak dia mengatakan ahli-ahli UMNO tidak akan masuk ke syurga. Bila pulak masanya dia pergi ke alam baqa, pakai apa dia ke sana ? Tau-tau saja dia...

Yang sudah tu sudahlah wahai Nik Aziz, tak perlulah buat cerita lawak-lawak macam tu lagi... Ni pun dah dekat nak sambut buat bulan Ramadhan, oleh itu eloklah banyakkan buat amal ibadat yang mulia jika tidak untuk orang lain untuk diri sendiri pun memadailah dari terus menerus membuat kenyataan yang semakin menambah kekeliruan rakyat. Jangan menganggap diri sebagai Tuhan yang Maha Mengetahui segala-galanya...INSAFlah Wahai Nik Aziz...kita ini hanyalah makhluk Tuhan yang punya kelemahan tersendiri...maka, BANYAKKANLAH AMALAN YANG MULIA, KURANGKAN DOSA-DOSA YANG ADA ! ...

Saya tak faham tentang Nik Aziz ni...jadi kalau saya hina dia teruk-terukpun tak apa...pasal saya bukan Nik Aziz.
(sama seperti DAP hina Islam, Nik Aziz kata tak apa...sebab DAP bukan Islam).
Posted by Picasa

Arkib Blog