Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Jun 14, 2010

DHPP senjata sulit DAP menyusup kedalam PAS...


Memang ada diantara para pengikut PAS yang mengiyakan kata-kata pemimpin tertinggi mereka bahawa PAS sudah berjaya mendekatkan orang bukan Islam kepada agama Islam apabila dilihat adanya golongan itu menyokong perjuangan PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS(DHPP)yang baru ditubuhkan.

Akan tetapi sekiranya itu dakwaan mereka, ianya adalah satu kesilapan kerana jika benar orang-orang bukan Muslim ternyata telah menerima cara Islam serta menyokong perjuangan tersebut maka sudah tentu mereka harus jujur dan ikhlas untuk menerima Islam dengan turut sama-sama berjuang dari dalam sebagai seorang Islam dan bukan separuh sebagai bukan Islam dan separuh sebagai Islam.

PAS mendakwa mereka telah berjaya untuk mendekatkan golongan bukan Islam kepada perjuangan mereka berikutan pendekatan yang mereka buat, namun bagaimana boleh dikatakan sebagai telah berjaya sedangkan tujuan sebenar golongan itu untuk turut berada bersama didalam perjuangan PAS yang sehingga kini suara mereka telah diterima sebagai suara yang boleh membuat keputusan didalam parti tidak dijelaskan oleh PAS dengan terpinci kepada setiap pengikutnya.

Belumpun berusia enam bulan dan ternyata masih baru lagi, tetapi DHPP sudah mula membuat perangai serta menunjukkan belangnya yang sebenar apabila berani menuntut bermacam-macam daripada PAS bermula dengan hak itu hak ini sedangkan kalau dilihat penyertaan mereka sebagai sayap baru PAS adalah bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan parti dan bukannya untuk berlagak sebagai hero dikalangan kaum-kaum mereka sendiri.

Bagi pandangan saya, dengan wujudnya DHPP didalam PAS maka dengan secara sendirinya kerja-kerja DAP akan semakin menjadi mudah dan selesa kerana para pasukan perisik mereka iaitu DHPP sudah duduk sebelah menyebelah dimeja yang sama dengan Presiden PAS, Timbalan Presiden PAS, Naib Presiden PAS, Mursyidul Am PAS serta Setiausaha Agung PAS

Adalah tidak keterlaluan jika DHPP juga boleh diibaratkan sebagai satu pasukan "kuda trojan" yang telah dilepaskan oleh DAP untuk berkeliaran didalam PAS dan peranannya yang dipertanggungjawab ialah untuk memantau setiap pergerakkan PAS dari dalam serta akan melaporkan setiap permasalahan yang timbul didalam PAS kepada DAP sekiranya ada bagi memudahkan DAP untuk mengatur serta memasang strategi seterusnya untuk terus melemahkan PAS.

Arkib Blog