Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Jun 30, 2012

Industri pelancongan Sarawak terus muram selepas persaraan Tun Dr M

Perdana Menteri Malaysia ke-4 YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad memang banyak memainkan peranan beliau untuk memajukan industri pelancongan di Bumi Kenyalang ketika masih berada di tampuk kuasa. Hubungan sangat baik serta erat antara kerajaan negeri Sarawak dengan kerajaan pusat ketika itu membolehkan apa jua perancangan menjadi mudah untuk dilaksanakan jika dibandingkan hubungan antara kerajaan pusat dengan Sabah ketika diperintah oleh kerajaan PBS di bawah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Sumbangan serta usaha gigih beliau untuk menarik sebeberapa ramai pelancong dari luar untuk berkunjung ke negeri Sarawak ketika era pemerintahannya memang tidak dapat dinafikan dan ramai rakyat Sarawak tentunya masih ingat bagaimana Tun Dr. Mahathir sudi bermalam selama dua hari dua malam di Mulu Sarawak bagi meraikan persaraannya dari jawatan Perdana Menteri Malaysia iaitu beberapa bulan sebelum pengunduran beliau dan ini sebagai tanda simbolik betapa Tun Dr. Mahathir mahu kerajaan negeri terus memajukan industri pelancongan negeri walaupun beliau sudah bersara dari kerajaan.

Apa yang jelas kini ialah selepas persaraan Tun Dr. Mahathir, seolah-olah kegiatan pelancongan negeri Sarawak seperti sudah tidak bermaya, seakan-akan tiada usaha berterusan oleh pihak kerajaan negeri atau agensi-agensi pelancongan negeri bagi memperkenal serta mempromosikan segala produk pelancongan yang ada di Bumi Kenyalang kepada pihak luar.

Sayang sekali sebab Sarawak jika dibandingkan dengan Sabah apa kurangnya walaupun memang negeri Sarawak tidak dianugerah dengan pulau-pulau cantik serta lautan yang menakjubkan namun Sarawak juga memiliki keindahan alam semulajadi seperti tasik-tasik, sungai, gunung-ganang dan lain-lain lagi selain budaya masyarakat yang berbagai-bagai.

Pihak kerajaan Sarawak khususnya agensi-agensi yang berkaitan hendaklah lebih giat melakukan sesuatu bagi membangunkan industri pelancongan negeri dan tidak hanya mengharapkan pelancong luar singgah berkunjung itupun setelah mereka tahu tentang Sarawak daripada pihak lain. Sarawak tidak boleh hanya berbangga dengan nilai budaya, alam semulajadi atau tarikan-tarikan yang lainnya tanpa adanya usaha dibuat untuk menarik minat warga asing datang melancong ke negeri ini.

Selain itu, Sarawak juga perlu melihat beberapa masalah lain yang menjadi penghalang kepada intergrasi nasional juga minat pengunjung luar terutamanya rakyat Malaysia sendiri dari negeri-negeri lain untuk datang ke Bumi Kenyalang dan kerajaan negeri perlu mengkaji semula beberapa peraturan yang kurang sesuai agar ianya selari dengan kehendak konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Datuk Seri Perdana Menteri.

Patutnya Peraturan Imigresen yang dikenakan kepada rakyat dari Semenanjung Malaysia dan juga rakyat Sabah oleh kerajaan Sarawak perlu ditukar dengan sistem yang lebih mudah dan mereka tidak perlu lagi dikehendaki menggunakan passport perjalanan seperti sebelum ini. Ini semua adalah satu cadangan bagi membantu kerajaan Sarawak dalam mempertingkatkan keupayaannya untuk memajukan industri pelancongan negeri.

Bukan juga tidak diperlukan peraturan-peraturan sedemikian demi kemakmuran dalam negeri namun saya rasa adalah sudah tiba masanya untuk kerajaan negeri melihat lebih jauh ke hadapan dan sekiranya ingin merealisasikan impian mahu negeri ini maju dalam segala bidang sama seperti negeri-negeri lain di Malaysia maka kerajaan negeri kenalah berkorban satu dua perkara dan saya rasa Sarawak tidak akan rugi apapun jika peraturan berkaitan dilonggarkan sedikit supaya ia menjadi sesuai dengan peredaran semasa.

Hakikat yang rakyat Sarawak perlu terima pada hari ini ialah negeri kita sudah terpinggir terutama dalam bidang pelancongan negara jika dibandingkan dengan Sabah. Semasa era Tun Dr. Mahathir, nama Sarawak sungguh gah di mata dunia...dan siapa yang tidak kenal Gua Mulu, Gunung Mulu, Gua Niah, Bakun dan sebagainya milik Sarawak semua usaha padu Tun Dr Mahthir yang begitu bersungguh-sungguh mahu dunia mengenali Sarawak. Tetapi kenapa kita semua tidak pernah untuk menghargai semua itu?

Apa yang mampu kerajaan Sarawak lakukan pada hari ini untuk meneruskan usaha yang telah dipelopori oleh Tun Dr. Mahathir dulu? YABhg. Tun Dr. Mahathir telah menyediakan landasan betul kepada kerajaan Sarawak bagi memajukan pelanconagan negeri tetapi sayang sekali kerana mereka yang telah diberikan kepercayaan untuk meneruskannya ternyata tidak ada keupayaan bagi menggalaskan tanggungjawab berkenaan. Seolah-olah mereka ini hanya menunggu bulan jatuh ke riba...

Khamis, Jun 28, 2012

Siapakah antara ketiga mereka ini bakal dilantik jadi KM Sarawak ke-5?

 YB Datuk Sri Abang Hj Johari Tun Abang Hj Openg merupakan Timbalan Presiden II Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk sayap Bumiputera (Melayu, Melanau & Kedayan) manakala untuk sayap Pesaka (Dayak Iban, Orang Ulu & Lun Bawang) masih disandang oleh YAB Tan Sri Alfred Jabu juga sebagai Timbalan Presiden Parti PBB.

Beliau juga antara pemimpin Barisan Nasional yang paling senior dalam kerajaan negeri Sarawak dan kurang dikaitkan dengan sebarang isu-isu kronversi. Agak tidak gemar menonjolkan diri namun beliau seorang pemimpin yang mengutamakan tugas serta rajin turun padang menemui rakyat. Datuk Sri Abang Jo juga adalah seorang pemimpin yang sangat setia kepada perjuangan parti dan tidak pernah mengkhianati Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai ketuanya.
 Menteri Perancangan Sumber Negeri Sarawak, YB Datuk Sri Hj Awang Tengah Hj Ali Hassan memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Daerah Dalat untuk tempoh masa yang agak lama sebelum beliau dibawa oleh Pehin Sri Taib untuk terlibat di dalam politik negeri Sarawak.

Awang Tengah juga seringkali diberi kepercayaan oleh Pehin Sri Taib untuk mewakilinya hadir ke majlis-majlis tertentu seperti ke Majlis Mesyuarat Raja-raja yang diadakan pada setiap tahun dan juga hadir ke majlis-majlis lain. Ini seolah-olah memberi gambaran bahawa Pehin Sri Taib sedang melatih Awang Tengah agar tidak kekok apabila mengambil alih jawatan daripada beliau nanti sebagai Ketua Menteri Sarawak.
Bekas ADUN N.44 Dalat (sekarang selepas persempadanan semula N.50 Dalat) Datuk Seri Mohd. Effendi Norwawi mungkin sandaran akhir Pehin Sri Taib bagi menggantikan beliau nanti. Walaupun tiada jawatan khusus dalam Parti PBB dan bukan lagi sebagai wakil rakyat BN, namun bukan mustahil beliau akan dipilih untuk menerajui kepimpinan kerajaan negeri Sarawak selepas persaraan Pehin Sri Taib kelak.

Effendi Norwawi yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Rejang (kini Parlimen Tanjung Manis) besar kemungkinan akan menggantikan Pehin Sri Taib di kerusi DUN N.51 Balingian yang akan bersara selepas menjadi Ketua Menteri Sarawak selama 31 tahun. Usia Pehin Sri Taib kini telah menjangkau 76 tahun dan pada usia yang semakin meningkat bagi seseorang pemimpin seperti beliau itu adalah kurang bijak bagi rakyat Sarawak sekiranya mereka tidak mahu mengharapkan pembaharuan demi masa Barisan Nasional di Bumi Kenyalang.

Rakyat Sarawak harus berani menerima hakikat bahawa setiap pemimpin kita pasti akan ada yang datang dan tentu ada yang akan pergi namun parti BN juga harus akan kekal memerintah negeri ini. Pemimpin yang tua akan digantikan dengan pemimpin yang muda agar setiap perjalanan kerajaan negeri menjadi kuat dan cergas. Bukannya bermakna kita perlu menolak mana-mana pemimpin yang sangat banyak berjasa kepada negeri Sarawak tetapi apa yang kita perlukan ialah kesinambungan kepimpinan yang baik dan telus akan berterusan tanpa dirosakkan oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan nilai-nilai demokrasi.

Rabu, Jun 27, 2012

Anwar, perkakas terakhir DAP !

 Majlis Peguam sudah jauh menyimpang dari niat asal penubuhannya apabila lebih banyak memberi ruang kepada ahli-ahlinya berpolitik serta menentang pihak pemerintah. Badan ini sah menjadi perkakas kepada Pakatan Pembangkang sejak ianya diterajui oleh S. Ambiga lagi.
 Sementara itu, Suara Rakyat Malaysia atau SUARAM pada mula kewujudannya berbekalkan matlamat lain tetapi kini ia juga telahpun menjadi perkakas kepada pihak Pakatan Pembangkang untuk mencapai cita-cita mereka menawan Putrajaya.
 Sama seperti Majlis Peguam dan juga SUARAM, Adam Adli pergi ke Universiti dengan niat dan tujuan untuk menimba ilmu sebanyak mungkin bagi mengubah hidup masa depannya, namun entah bagaimana beliau boleh menjadi perkakas kepada PKR serta pihak Pakatan Pembangkang.
Pengerusi BERSIH 1.0, 2.0 dan 3.0, S. Ambiga sedar yang dia memang telah menjadi alat serta perkakas kepada PKR, DAP dan juga DAP. Ambiga juga tahu bahawa kerja dia akan menjadi lebih mudah apabila bekerjasama dengan ketiga-tiga parti berkenaan. Ambiga ada muslihat terselindung di sebalik dirinya sebagai Pengerusi Pertubuhan Haram BERSIH.
 Orang tua ini, A. Samad Said memang rela dijadikan sebagai alat dan perkakas kepada PKR dan juga DAP serta PAS. Dia sering kelihatan di mana-mana lokasi pihak Pakatan Haram Pembangkang mengadakan bantahan terhadap apa jua projek kerajaan yang berimpak tinggi seperti dalam isu bantahan terhadap projek Lynas di Gebeng Kuantan Pahang di mana A. Samad Said turut serta berdemo.
 Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz sama juga seperti A. Samad Said, rela diri diperkuda dan dijadikan sebagai perkakas oleh Anwar Ibrahim serta konco-konconya dalam Pakatan Pembangkang. Bukan setakat itu saja, Nik Aziz juga rela agama yang beliau anuti dipergunakan oleh pihak DAP dalam tujuan meraih undi sewaktu dalam pilihanraya.
Anwar Ibrahim pula, yang sering menuduh Utusan Malaysia, TV3 dan lain-lain media sebagai perkakas kepada UMNO dan juga Barisan Nasional tidak sedar yang dirinyalah yang sebenarnya telah menjadi perkakas kepada DAP dalam mencapai matlamat besar mereka untuk berkuasa di negara ini.

Ahad, Jun 24, 2012

Mandailing: jika sayangkan Malaysia, usah perjuangkan budaya asal bangsa !

Hasrat kerajaan Malaysia untuk menjadikan tarian Tor-Tor dan Gordang Sambilan iaitu sejenis tarian suku kaum Mandailing serta kaum Batak di Indonesia agar dapat juga diterima sebagai sebahagian daripada budaya di negara ini nampaknya telah mengundang padah sekali lagi buat Malaysia. Bangunan Wisma Malaysia di negara berkenaan telah menjadi sasaran terbaru perusuh Indonesia yang tidak berpuashati dengan keputusan Malaysia itu.

Rakyat Indonesia yang sebahagian besarnya memang terkenal dengan sikap cepat melatah tanpa usul periksa terus menuduh kerajaan Malaysia mahu mengambil kedua-dua nilai budaya berkenaan sebagai budaya mutlak negara ini namun mereka tidak sedar bahawa berapa ramai sudah suku kaum Mandailing dan juga kaum Batak telah diterima sebagai warganegara Malaysia dan mereka ini tentunya berhak untuk mengamalkan adat budaya bangsa asal di negara ini sebagaimana masyarakat pendatang lain seperti kaum Cina dan India.

Bagi kerajaan Malaysia khususnya pihak yang mahu supaya budaya tersebut dihidupkan di negara ini adalah lebih baik batalkan saja hasrat itu dan untuk menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab serta berguna kepada negara ini dan juga anak bangsa tidak semestinya kita perlu membawa perkara-perkara yang cuma mendatangkan kemudaratan kepada negara ini. Andai apa yang hendak kita buat namun mendapat tentangan hebat dari rakyat negara asal budaya itu adalah elok lupakan saja demi hubungan harmoni tidak akan terus digugat.

Kepada Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi YB Datuk Seri Utama Rais Yatim kita cadangkan walaupun pada dasarnya hasrat beliau itu murni iaitu untuk memberi ruang kepada budaya suku kaum Maidailing dan juga Batak di negara ini yang sekian lama mengharapkan agar adat budaya mereka boleh diiktiraf di negara ini boleh sekiranya menasihatkan wakil untuk kedua-dua suku kaum berkenaan bahawa untuk menjadi warganegara Malaysia bukanlah satu syarat memasukkan kebudayaan asal mereka tetapi cukuplah dengan kesetiaan kepada Raja-raja Melayu serta turut menghormati prinsip 5 Rukun Negara.

Kepada rakyat Indonesia di seberang sana tu...harap anda berpikir secara munasabahlah sedikit...anda kena faham betul-betul isu ini..kena tahu siapa yang mula menimbulkan perkara ini kalau bukan mereka-mereka yang dulunya datang berhijrah dari Indonesia ke bumi Malaysia dan setelah mereka ini menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia makaya apabila mereka-mereka ini sudah lama menduduki negara ini tentulah keinginan timbul untuk turut mengetengahkan adat budaya mereka di negara ini tanpa paksaan daripada kerajaan Malaysia.

Jumaat, Jun 22, 2012

BN Sarawak ! bantulah kami penduduk yang tidak ada bekalan air bersih !!!

Musim kemarau sudah datang lagi dan Sarawak pastinya tidak terlepas dari terkena fenomena alam itu. Dan masalah yang paling besar yang dihadapi oleh penduduk terlibat sewaktu musim kering ini adalah kesukaran untuk mendapatkan bekalan air yang bersih untuk kegunaan seharian.

Masih banyak lagi kampung-kampung serta rumah-rumah panjang di negeri ini yang tidak mendapat kemudahan air bersih sepertimana yang dinikmati oleh sesetengah penduduk di tempat lain. Tangki air untuk menyimpan air hujan memang ada diberikan oleh pihak kerajaan namun jika hari tidak hujan sehingga sebulan, apa cerita?

Di kampung saya sendiri dalam DUN N.50 Dalat yang diwakili oleh Datuk Fatimah Abdullah, dalam kawasan Parlimen Datuk Sri Dr. Muhd. Leo Toyad, saluran paip sudah lama tersedia dah dekat hampir setengah tahun namun entah apa sebab sehingga ke hari ini YB kami gagal memberi sebab kenapa air bersih beluim dapat juga disalurkan ke rumah-rumah.

Ketua Menteri YAB Pehin Sri Abdul Taib sendiri pernah menyatakan bahawa masalah air yang berlarutan selama lebih 40 tahun di kampung saya akan dapat diatasi sepenuhnya penghujung tahun 2011 serta awal tahun 2012. Kini sudah bulan Jun, setengah tahun sudah...kami penduduk kampung mengajukan pertanyaan kepada YB kami dia suruh kami tanya dengan Pegawai Daerah.

Bila ditanya kepada Pegawai Daerah Dalat, dia pula kata tanya dengan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR atau Jangan Kerja Rajin) Dalat. Bila saya pergi ke pejabat Jabatan Kerja Raya, boss mereka bagitau dengan saya itu masalah kontraktor, kontraktor belum menyerahkan segala resume-resume yang mencatat segala kerja berkaitan kontrak memasang paip serta lainnya kepada pihak JKR Dalat. Apalah banyak punya birokrasi?

Takkanlah masalah satu kampung iaitu kampung kami yang terletak hanya di tengah-tengah kampung bersebelahan yang penduduknya beragama Islam yang sudah diberikan kemudahan berkenaan itupun wakil rakyat kami masih gagal untuk menyelesaikannya. Apalah punya pemimpin Barisan Nasional kalu sudah begini, pilih bulu...penduduk beragama Kristian tidak dihiraukan manakala yang Islam lebih diutamakan!

Saya sungguh kesal dengan kepimpinan wakil rakyat Barisan Nasional seperti ini..sudahlah peruntukan untuk membina jalan kampung di kampung kami yang sepatutnya berturap namun telah diselewengkan oleh pihak pemaju serta konraktor apabila jalan kampung kami hanya disapukan dengan simen murah bergred 16 yang jelas tidak mengikut spesikasi serta tender yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Banyaklah lagi penyelewengan yang berlaku terhadap projek-projek kerajaan pusat bukan saja di daerah Dalat malahan jika didedahkan semuanya di mana-mana dalam Sarawak juga pasti ada berlaku perkara sedemikian.

Berbalik kepada masalah air bersih yang dihadapi oleh kebanyakan penduduk negeri waktu ini, apakah kerajaan Barisan Nasional Sarawak hanya akan bertindak apabila Parlimen sudah dibubarkan? Apa, nak gunakan masalah rakyat bagi memancing undi dengan projek-projek yang sepatutnya sudah lama siap kenapa perlu mempermainkan rakyat?

Ahad, Jun 17, 2012

KDYMM Paduka Baginda Sultan Johor terus dihina di facebook :(

Pemilik akaun Facebook Wann Rezz ini turut memberi komen yang sungguh biadap dalam ruangan facebook rakannya apabila tergamak menggelarkan Sultan Johor Darul Takzim dengan sesuatu yang sangat diharamkan dalam agama Islam.

Harap KDN (Kekura Dalam Negeri: Kura-kura ini tabiat dia suka menyembunyikan kepala dalam tempurung bila rasa diri terancam) yang diterajui oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein bertindak dengan segera dan tegas terhadap pihak-pihak yang semakin giat hendak menyakiti hati dan perasaan rakyat negeri Johor.

Bagaimana pihak kerajaan hendak bertindak? Adakah kerajaan hanya akan membiar perbuatan seumpama ini terus menjadi ikutan pelampau yang lain selepas ini tanpa sebarang tindakbalas untuk membenteras agar perkara sebegini tidak terus berulang di belakang hari?

SISMEP 3.0: PKR pasang alat pengesan hanturaya di Sarawak !

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin lepas masuk ke Sarawak namun pembantu khas Azmin iaitu Hilman Idham tidak dibenarkan masuk dan telah ditahan oleh pihak Imigresen pada pagi Jumaat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching lalu diarahkan untuk meninggalkan Bumi Kenyalang dengan sebeberapa segera.

Kehadiran pemimpin PKR itu ke Sarawak adalah bagi tujuan untuk melancarkan satu sistem baru di negeri Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 dan sistem itu dkenali sebagai Sistem Menang Piliharaya 3.0 atau nama singkatannya SISMEP 3.0.

Sistem ini menurut Azmin Ali mampu mengesan dengan kadar segera tentang kehadiran hantu-hantu yang tak diundang di kawasan-kawasan mengundi yang tertentu dan tambah beliau lagi di Sarawak buat permulaannya di DUN Asajaya SISMEP 3.0 telahpun berjaya mengesan kewujudan 850 hanturaya-hanturaya di kawasan DUN berkenaan.

Rakyat Sarawak kini mana yang mudah tertipu serta terpengaruh dengan pembonhongan bersiri oleh pemimpin PKR seperti Azmin Ali, Baruk Bian, Zuraidah Kamaruddin berkenaan dengan perkara ini pastinya akan terus mempercayainya namun bagi yang mampu untuk berpikir sendiri maka mereka sudah tentunya akan menolak dakwaan sedemikian.

PKR yang sudah biasa menipu serta memperdayakan rakyat, adakah mereka nanti mampu untuk memmastikan rakyat bahawa Sarawak yang bekerja berselerak di seluruh ceruk pelusuk Bumi Kenyalang yang akan pulang ke kawasan mengundi masing-masing pada PRU-13 untuk mengundi tidak dianggap sebagai pengundi hantu?

Untuk menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia pada setiap kali PRU diadakan sudah pasti sebilangan besar rakyat Sarawak yang bekerja jauh di luar kawasan mereka mendaftar sebagai pengundi akan balik untuk mengundi dan adalah satu perkara yang sangat menyedihkan apabila kepulangan mereka ini nanti ke kawasan masing-masing terpaksa melalui proses yang boleh dianggap sebagai melanggar hak asasi manusia apabila pihak PKR terlebih dahulu akan menentukan samada mereka itu pengundi sah ataupun sebaliknya.

Rakyat Sarawak janganlah lagi kita mudah ditipu dengan pihak-pihak PKR ini terutama sekali dalam soal pengundi yang mereka dakwa wujud pengundi hantu. Kalau memang ada pengundi hantu, bagaimana Baruk Bian sendiri boleh memenangi PRN Sarawak ke-10 di kerusi DUN Ba'Kelalan tahun lepas dan bagaimana DAP boleh mencapai banyak kemenangan pada piliharaya umum Sarawak itu jika benarlah pihak Barisan Nasional terbukti menggunakan taktik kotor untuk terus berkuasa di negeri ini. Hidup BN!

WWW1: Haziq jangan samakan budaya Barat dengan Timur !

Sebagai seorang mahasiswa kononnya, Haziq Abdullah Abdul Aziz patutnya lebih tahu menilai antara budaya yang diamalkan oleh Barat dengan budaya amalan hidup orang di Timur sememangnya berbeza. Tetapi amat malang sekali apabila terdapat segelintir mahasiswa seperti Haziq ternyata telah gagal untuk melihat perbezaan ketara antara orang Barat dengan amalan murni masyarakat di negara ini.

Apakah maksud pelajar ini apabila orang Barat seperti yang beliau sentuh dalam komennya di facebook, mempertikaikan setiap tindakan Raja mereka secara terbuka perlu menjadi ikutan juga kepada rakyat Malaysia?

Jika masyarakat di Barat telah menjadikan amalan tidak menghormati raja apatah lagi pemimpin-pemimpin yang dipilih secara demokrasi sebagai perkara biasa bagi mereka, apakah itu juga yang mahu Haziq serta rakan-rakan beliau jadikan sebagai sebahagian budaya baru rakyat di Malaysia?

Kalau budaya Barat membolehkan pasangan belum berkahwin tinggal serumah malahan sebilik, sekatil serta sebantal apakah Haziq sebagai seorang Muslim juga akan menyeru kepada msyarakat negara ini agar menurut gaya hidup tidak sihat ini?

Begitu juga dengan rakyat di Brtitain, mungkin mengkritik secara terbuka Queen Elizabeth serta kaum kerabat keluarga Di Raja England itu telah menjadi perkara biasa di kalangan mereka namun budaya itu tidak sesuai bagi masyarakat di Malaysia kerana walaupun kita sedang mengejar kemajuan tetapi masih ada ciri-ciri yang wajib dipertahankan agar matlamat tidak tersasar di kemudian hari.

Dengan mengambil amalan hidup kurang bermoral masyarakat di Barat sebagai kunci untuk membolehkan kita berbuat apa sahaja termasuk bersikap kurang ajar serta biadap terhadap Raja serta para pemimpin negara bukan saja tidak akan membantu ke arah kebaikan malah menjadikan ianya lebih parah lagi.

Komen yang dibuat oleh Haziq Abdullah berkaitan isu pembidaan nombor plet kenderaan WWW1 terhadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor adalah kes yang amat berat sekali dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang warganegara Malaysia.

Setiap warganegara Malaysia tertakluk di bawah undang-undang negara ini dan setiap tindakan mereka juga sentiasa terikat kepada semua peraturan yang telah digunapakai. Lima prinsip Rukun Negara jelas mengenai perkara ini dan warganegara Malaysia dilindungi dan juga melindungi oleh lima prinsip ini.

Lima prinsip dalam Rukun Negara adalah tali untuk rakyat Malaysia berpaut baik dalam waktu yang susah mahupun di kala keadaan negara kita aman namun sentiasa terancam. Jadi mana-mana warganegara Malaysia yang telah terpesong tindakan mereka dari lima prinsip ini perlulah mereka untuk ditarik semula ke atas landasan agar tidak semakin ramai yang turut tergelincir sama.

Sabtu, Jun 16, 2012

WWW1: kerajaan Sarawak perlu tegas dan bertindak terhadap Haziq !

 Saya kurang jelas dengan latar belakang budak hingusan ini tetapi menurut beberapa blog, budak ini berasal dari negeri Sarawak serta ada jawatan di dalam gerakan solidariti mawasiswa (SMM) yang terjerit-jerit dan terpekik-pekik ketika gerakan itu bergerak di atas jalanraya.
Apa yang membuat saya terpanggil untuk menulis tentang dia ini adalah berikutan perbuatan beliau yang jelas cuba mengeruhkan lagi keadaan berhubung isu penderhakaan yang telah dilakukan oleh bekas Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Nizar Jamaluddin terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor Tuanku Ibrahim.

Kepada Haziq, cukup-cukuplah...usahlah anda mengejar publisiti murahan dengan cara yang begitu kurang ajar sekali. Jika anda seorang yang terpelajar, patutnya anda lebih bijak daripada orang lain untuk menilai perkara mana yang buruk dan mana yang baik dan nyata perbuatan anda untuk turut masuk campur dalam isu yang dicetuskan oleh Nizar Jamaluddin itu memang sengaja menempah bala.

Jika benarlah Haziq Abdullah bin Abdul Aziz ini rakyat Sarawak, maka sukalah saya merayu kepada kerajaan negeri pimpinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud untuk segera mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap budak ini demi hubungan yang mesra selama ini antara Johor Darul Takzim dengan Sarawak Bumi Kenyalang dapat dipertahankan.

Rabu, Jun 13, 2012

Video: Ahli2 Parlimen PR disekolah rendahkan oleh YB Datuk Zul Noordin



Sungguh hebat YB Datuk Zulkifli Noordin! di dalam Dewan Parlimen beliau begitu lantang membongkar segala muslihat pihak Pakatan Pembangkang. Syabas di atas ketegasan beliau sebagai seorang wakil rakyat yang begitu berani mengatakan tentang kebenaran secara berdepan!

Selasa, Jun 12, 2012

PRU13: DAP Sarawak tolak keturunan Lim Kit Siang sebagai calon parti !

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak tetap akan menamakan Lim Su Kien, 39, sebagai calon parti itu untuk kerusi Parlimen Miri pada Plihan Raya Umum (PRU) akan datang meskipun mendapat tentangan hebat daripada segelintir ahlinya.

Setiausaha Agung DAP Negeri Chong Chieng Jen berkata, parti tidak akan tunduk kepada kehendak kumpulan berkenaan yakni daripada DAP Cawangan Miri kerana Lim adalah pilihan parti dan pemilihannya dipersetujui Jawatankuasa Pemilihan DAP.

Justeru katanya kumpulan berkenaan harus menghentikan perbuatan itu demi kebaikan parti.

Kumpulan berkenaan tegasnya harus mengenepikan 'persengketaan' peribadi sebaliknya menerima keputusan dibuat parti.

"Tindakan kumpulan ini memang tidak boleh diterima. Mereka mengancam untuk mengadakan kempen di kalangan ahli parti agar membuat undi rosak jika parti kekal mencalonkan Lim.

"Lebih teruk lagi kumpulan ini yang terdiri kira-kira 20 orang dan beberapa orang daripada mereka membawa sepapan telur ketika dialog kedua pada 27 Mei lalu dan mengancam untuk melontar saya dan pengerusi Wong Ho Leng jika keputusan parti tidak berpihak kepada mereka...dialog gagal," katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP Negeri di sini semalam.

Menurut Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching, ini adalah kali pertama perkara seperti itu berlaku kepada parti malah dalam dialog parti-parti lain apabila ahlinya membawa telur ayam untuk dilontarkan kepada pemimpin parti.

Bagaimanapun katanya demi keharmonian dan kekuatan parti beliau dan Pengerusi DAP akan mengadakan satu lagi dialog dengan kumpulan berkenaan.

"Keputusan telah dibuat dan dipersetujui oleh jawatankuasa pemilihan. "Kami berharap mereka ini menghormati keputusan parti... jangan sekali-kali mensabotaj parti. Memang kualiti calon menjadi ukuran tetapi perkara paling penting ialah polisi dan perjuangan parti. Rekod telah membuktikan calon muda kita mampu menewaskan calon veteran BN (Barisan Nasional)," ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.12 Kota Sentosa itu juga berkata parti tidak akan tunduk kepada kehendak kumpulan berkenaan kerana Lim sememangnya calon dikehendaki parti.

Apapun katanya parti tidak akan mengambil tindakan disiplin kepada kumpulan berkenaan kerana percaya mereka bertindak bukan secara rasional tetapi emosi.

"Kami mahu mereka sedar, pemilihan Lim adalah untuk kebaikan parti. Individu jangan dijadikan penilaian tetapi perjuangan parti," katanya.

Lim Su Kien, 39, merupakan Pengerusi DAP Cawangan Senadin dan Setiausaha Hal Ehwal DAP Negeri.

Sebelum menyertai DAP pada 2008, Lim berkhidmat dalam industri perbankan selama 12 tahun dan pernah menentang Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing dalam PRU Ke-12 lalu (2008). Bagaimanapun beliau tewas dalam cubaan pertamanya itu. - sumber Utusan Borneo

AM: antara lain sebab dikesan kenapa perkara itu timbul ialah mereka menolak Lim Su Kien sebagai calon DAP mewakili rakyat di Miri kerana keturunan beliau adalah Lim sama dengan keturunan Penasihat DAP Kebangsaan Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Pusat Lim Guan Eng.

Mereka iaitu kumpulan 20 orang yang membawa satu set telur ayam tidak berkehendak cara pemimpin yang lidah bercabang, menghasut serta cuba memecah belahkan perpaduan di kalangan penduduk di negeri ini dan mereka bimbang jika ia dibiarkan akhirnya cuma akan merugikan DAP itu sendiri.

Sabtu, Jun 09, 2012

Al-Fatihah - Sam D'Lloyd meninggal dunia...



Vokalis kumpulan D'Lloyd yang cukup popular era tahun 70an, Syamsuar Hasyim atau lebih dikenali sebagai Sam D'Lloyd 64, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 7.15 pagi Sabtu 9 Jun 2012 akibat sakit jantung serta radang paru-paru.

Lagu-lagu nyanyian kumpulan D'Lloyd cukup diminati di Malaysia sejak generasi awal 70an sehingga kini dan kekuatan kumpulan ini juga banyak dibantu oleh suara emas penyanyi utama mereka Sam. Lagu-lagu seperti Keagungan Tuhan, Oh Tak Mungkin, Oh Di Mana, Karena Nenek, Semalam Di Malaysia antara lagu yang sentiasa mengembalikan nostalgia lama apabila ianya diputar di corong-corong radio.

Salam Takziah buat seluruh warga Indonesia yang telah kehilangan Sam D'Lloyd, seorang insan seni yang begitu banyak menyumbangkan jasa terhadap pembangunan industri muzik di Indonesia sejak pembabitan beliau dalam bidang nyanyian.

Bersamalah kita mendoakan agar roh Allahyarham akan dirahmati serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah !

Khamis, Jun 07, 2012

Krisis BN Sarawak, Taib Mahmud semakin bingung!

Semakin dekat bahang PRU-13 terasa maka semakin menjadilah pula gelodak dalam hubungan sesama parti serta sesama ahli dalam parti-parti komponen Barisan Nasional negeri Sarawak.

Kepimpinan tertinggi BN Sarawak nampaknya sudah bosan dengan permainan politik tidak matang beberapa pemimpin dalam dua parti PRS yang diterajui oleh Tan Sri James Masing dan juga SPDP pimpinan Tan Sri William Mawan.

Pehin Sri Taib Mahmud sudah tidak berminat lagi untuk mencampuri urusan dalaman kedua-dua parti berkenaan yang kini sedang berdepan dengan krisis antara presiden parti dengan beberapa pemimpin mereka.

Kemelut sedia ada menjadi semakin memuncak dengan kemunculan parti baru Sarawak Workers Party (SWP) yang diketuai oleh bekas ADUN BN Pelagus, Larry S'ng yang baru saja melepaskan jawatannya di Bahagian Pembangunan Belia Pejabat Ketua Menteri Sarawak.

Krisis tidak menampakkan penyelesaian ekoran tindakan terbaru Naib Presiden SPDP yang juga ADUN Meluan YB Wong anak Judat terus menambahkan lagi sengketa dalaman BN Sarawak apabila secara terbuka mahu mencabar YB Datuk Joseph Sallang bagi kerusi Parlimen Julau pada PRU-13 menggunakan tiket parti SWP tetapi masih sebagai ahli parti SPDP.

Pun begitu, kewujudan SWP di tengah-tengah kerancakkan Barisan Nasional untuk mempersiapkan diri berdepan PRU-13 nanti ternyata sudah membuat hati beberapa pemimpin dalam kalangan BN Sarawak menjadi berbelah bahagi samada masih mahu kekal dengan parti masing-masing ataupun masuk perahu baru yang bernakhodakan Larry S'ng.

Sokongan terhadap penubuhan SWP bukan saja datangnya dari rakyat biasa malahan ramai kalangan pemimpin BN Sarawak yang teruja untuk bersama-sama dengan parti berkenaan apatah lagi apabila Pehin Sri Taib Mahmud sendiri dilihat lebih banyak mempertahankan Larry S'ng dari terus menjadi serangan politik oleh pihak Tan Sri James Masing dan juga pemimpin PRS yang lainnya.

Jaminan Pehin Sri Taib Mahmud bahawa Larry S'ng bukannya seorang pengkhianat sepertimana yang dituduh oleh beberapa pemimpin dalam PRS jelas menunjukkan betapa Ketua Menteri lebih mementingkan kualiti kerja seseorang berbanding dengan pemimpin yang hanya suka berpolitik sepanjang masa serta suka membuat andaian yang bukan-bukan terhadap orang lain.

Apa tindakan seterusnya Pehin Sri Taib Mahmud untuk mengurus karenah pemimpin-pemimpin politik BN negeri yang semacam tidak jemu-jemu untuk mewujudkan suasana tidak mesra antara parti komponen Barisan Nasional negeri dan apakah beliau hanya akan membiarkan saja keadaan ini berterusan, tidak menggunakan jawatannya selaku Pengerusi BN Sarawak untuk mendamaikan pihak yang bertelagah?

Rabu, Jun 06, 2012

Tokoh Reformasi: anugerah kepada DS Najib bukan kepada Anwar

Dua Ahli Senat Amerika Syarikat John McCain dari Arizona dan Joseph Liberman dari Connecticut telah menyatakan kekaguman pihak Amerika Syarikat terhadap cara kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Hinggakan kedua-duanya telah mengiktiraf Datuk Seri Najib sebagai seorang jaguh reformis hebat untuk Malaysia. Kenapa Datuk Seri Najib dan bukannya Anwar Ibrahim ketua pembangkang? Bukankah istilah "reformasi" itu sendiri mulanya diperkenalkan oleh Anwar apabila ianya sering dilaung-laungkan oleh para pengikut beliau.

Nampaknya sia-sia saja mereka menjerit-jerit perkataan 'reformasi" setiap kali menyambut kehadiran Anwar dalam satu-satu ceramah apabila Datuk Seri Najib pula yang mendapat manfaat darinya apabila ada pemimpin kuasa Barat yang mengakui kehebatan Perdana Menteri Malaysia.

Isnin, Jun 04, 2012

Blog Dr. MiM Novandri telah digodam !

Saya dapati blog milik Doktor pakar bedah Dr. Novandri telahpun menjadi mangsa penggodam sebentar tadi sebaik saja saya mencuba untuk beberapa kali mengklik namun tetap gagal untuk membaca artikel yang baru diterbitkan "AKHIRNYA ANWAR IBRAHIM MENGAKU TERLIBAT."

Ini kerja siapa, kalau pihak pembangkang..apalah, mereka juga hari-hari melaungkan kebebasan media dan sebagainya tetapi kenapa cuba menyekat kebebasan terhadap pihak yang tidak sehaluan dengan mereka.

Harap blog Dr MiM akan dapat dipulihkan dengan kadar segera dan Dr. Novandri bolehlah bagi ubat, panadol dan lain-lainnya kepada para pemimpin Pakatan Pembangkang yang sekarang sedang demam menjelang PRU-13 sehingga ada yang tersasul berdoa tentang kejatuhan parti sendiri...

Gerhana bulan bermula jam 7 petang tadi. Kenapa kerap berlaku?

Kenapakah agaknya kejadian gerhana kerap berlaku. Baru bulan lepas gerhana matahari dan sebelum itu juga berlaku beberapa kali gerhana bulan? Antara petanda akhir zaman?

Sabtu, Jun 02, 2012

Musim artis masuk politik, kata2 kurang sopan jadi sebahagian cabang seni !

Agak berbeza juga melihat golongan penggiat seni ini apabila mereka menyertai dunia politik. Mereka ini asal mulanya dikenali sebagai orang seni, penyanyi maupun pelakon. Bakat mereka memang pada dunia seni tetapi apabila mereka terjun ke arena politik nampak macam janggal rasanya masyarakat hendak terima.

Jika sebelum mencebur diri dengan politik, apabila mereka berada di atas pentas tentu sekali peminat mereka mengharapkan artis-artis ini akan menghiburkan dengan lagu-lagu merdu nanyian mereka tetapi keadaan telahpun berubah kini apabila di atas pentas mereka berceramah, mengungkit-ungkitkan perkara yang lalu, mengutuk pihak lain dengan kata-kata yang tidak sewajarnya mereka ucapkan.

Masuk politik atau menyertai mana-mana parti politik bukanlah suatu perkara yang salah tetapi apakah sesuatu yang mesti atau harus bagi mereka-mereka yang masuk parti tertentu untuk menyerang kepimpinan kerajaan yang diperintah oleh parti lawan sedangkan kalau mengikut kerjaya yang mereka pilih iaitu sebagai artis patutnya mereka lebih profesional dan bersikap sederhana atau tidak keterlaluan sehingga sampai ke tahap menghina.

Dayangku Intan sebagai contoh, dahulunya beliau merupakan seorang penyanyi yang cukup terkenal diawal tahun 1980an dengan imej sederhana sesuai sebagai seorang penyanyi wanita masyarakat timur tetapi sejak populariti beliau menurun serta kurangnya pertunjukkan telah membuat beliau menjadi kecewa dan patah hati dan akhirnya beliau memilih sebuah parti politik PKR sebagai tempat berpaut.

Begitu juga dengan beberapa artis lain seperti Aishah, Bob Lokman dan Azmil Mustapha yang memilih parti PAS sebagai wadah baru perjuangan seni mereka yang semakin muram. Itu hak mereka untuk memilih parti mana yang mereka suka tetapi janganlah pula menjadikan penyertaan mereka ini ke dalam parti Pakatan Pembangkang digunakan sebagai tempat untuk melepaskan perasaan geram dan marah terhadap kerajaan sedia ada.

Sebagai anak seni mereka ini perlu sedar bahawa artis-artis seperti mereka walaupun dah termasuk dalam senarai artis veteran tetapi masih mempunyai ramai pengikut yang tersendiri kerana peminat mereka bukan saja terdiri daripada orang-orang UMNO atau orang BN, malahan orang-orang PAS serta orang-orang PKR.

Dan pastinya apabila keadaan ini berlaku di mana seseorang artis itu sah menjadi ahli sesebuah parti dan apabila dipilih sebagai ahli panel pada majlis tertentu parti mereka, kesempatan yang ada akan digunakan untuk membalun pihak lawan maka dengan sendirinya perkara sebegini akan menyebabkan peminatnya yang dari parti lain akan lari meninggalkannya. Ini tentu sekali akan merugikan pihak artis itu sendiri.

Jumaat, Jun 01, 2012

Al-Fatihah ! blogger D' Perbatasan meninggal dunia.

Salam takziah dari kami semua buat seluruh keluarga Allahyarham Amir Fadzil, penulis blog pro-pembangkang D' Perbatasan yang dilaporkan telah meninggal dunia oleh beberapa rakan blogger sebentar tadi.

Walaupun berbeza dari segi kepercayaan politik namun sebagai manusia biasa kita memang tidak dapat lari atau mengelak diri dari untuk merasa simpati terhadap beliau dan segala perbezaan hendaknya dibuang jauh-jauh ke tepi.

Semoga roh Allahyarham akan dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan orang-orang Mukmin dan beriman. Amin!

Vid: Dayangku Intan lulus ujian ke syurga PAS !



Memang berbakat besar juga nampaknya Dayangku Intan ini dalam bidang seni menghina, mencarut, serta mengeluarkan kata-kata yang tidak sewajarnya terpacul dari bibir seorang wanita dengan imej bertudung.

Adakah beliau sedang berlumba dengan bakal-bakal calon PAS yang lainnya untuk melayakkan diri dicalonkan sebagai wakil rakyat pada PRU13 akan datang.

Arkib Blog