Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Mac 23, 2011

SNAP beri kata dua kepada PKR dan PAS !

Parti Kebangsaan Sarawak iaitu SNAP sebuah parti pembangkang tempatan Sarawak semalam telah memberi tekanan yang paling kuat kepada dua parti yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia iaitu PKR dan PAS sekiranya masih ingin hendak turut serta bertanding didalam pilihan raya negeri Sarawak pada kali ini.

SNAP menerusi Setiausaha Agung partinya iaitu En. Justin Jugol pertama telah memberi kata dua kepada Parti KeADILan Rakyat jika mahu ikut bertanding harus menggunakan lambang Parti SNAP dan jika tidak maka SNAP akan berusaha untuk mencari jalan bagaimana cara untuk menghalang PKR dari menyertai pilihanraya negeri kali ini.

Keduanya, SNAP telah melarang PKR dari meletak mana-mana calon untuk bertanding dikawasan DUN yang majoriti pengundinya adalah terdiri daripada kaum Dayak. Dan sekiranya PKR masih berdegil maka SNAP terpaksa mensabotaj calon PKR dengan memastikan agar pengundi tidak memangkah calon daripadaPKR tetapi sebaliknya menentukan supaya mereka memberi undi samada kepada calon SNAP ataupun calon Barisan Nasional.

Amaran SNAP kepada PAS pula, kalau PAS benar-benar berhajat untuk menurunkan juga calon mereka di Bumi Kenyalang pada pilihanraya negeri kali ini maka peringatan ini juga telah di beri, PAS boleh ikut sama bertanding tetapi harus dikawasan yang majoriti penduduknya adalah kaum Melayu dan Melanau tetapi mesti mematuhi syarat ketat SNAP.

Syarat yang dikenakan oleh SNAP terhadap PAS walaupun dilihat sangat keterlaluan tetapi agak unik juga iaitu bermula dari hari penamaan calon sehinggalah ke hari pembuangan undi semua pemimpin PAS Pusat atau PAS Sarawak dikehendaki untuk memakai pakaian tradisi lama kaum Iban iaitu "cawat" dan tiada seorangpun diantara pemimpin PAS termasuklah YB Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan lain-lainnya yang akan dikecualikan dari mematuhi syarat yang telah ditetapkan oleh SNAP.

Sekiranya PAS masih gagal untuk memenuhi semua syarat yang telah ditentukan SNAP itu, maka SNAP akan beranggapan yang PAS sudah menghina rakyat Sarawak secara keseluruhannya dengan tidak menghormati adat resam serta budaya kaum Iban yang merupakan komuniti terbesar di Bumi Kenyalang ini dan sebagai hukuman ke atas keangkuhan PAS itu sudah pastilah SNAP juga akan membuat tindakan yang serupa sebagaimana yang akan dikenakan terhadap PKR.

Presiden PRS angkuh! ..tidak menghirau suara rakyat N.54 Pelagus

Apakah perkara sebenar yang menjadi keutamaan kepada YB Datuk Sri Dr. James Jemut Masing serta yang paling dititik berat oleh Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu dalam 'isu N.54 Pelagus' yang sehingga kini belum lagi menemui jalan penyelesaiannya lebih-lebih lagi di saat negeri Sarawak mula berhadapan dengan proses pilihan raya umum negeri ?

Apakah kepentingan politik peribadi beliau tetap diutamakan ? ..atau adakah Datuk Dr James rela nasib serta keperluan rakyat di kawasan Pelagus akan terus terbiar tanpa pembelaan sewajarnya hanya kerana mahu untuk memuaskan keegoan hati masing-masing ?

Semalam Utusan Borneo telah melaporkan bahawa lebih 150 orang Tuai Rumah daripada kesemua 172 Rumah Panjang Iban termasuk Ketua-ketua Kampung Melayu, Kapitan kaum Cina serta NGO-NGO yang terdapat di dalam kawasan DUN N.54 Pelagus telah menurunkan tandatangan mereka masing-masing sebagai menyatakan sokongan mereka terhadap YB Larry S'ng agar terus dikekalkan sebagai wakil rakyat disitu.

Perkara ini bukan saja dilakukan oleh penduduk Pelagus hanya menjelangnya PRN Sarawak ini tetapi mereka telah menyatakan sokongan serupa sejak timbulnya krisis antara Datuk Sri James Jemut dengan YB Larry S'ng yang berpunca dari perbalahan dalam PRS, hampir seluruh penduduk di DUN Pelagus telah mezahirkan suara bersama yang mereka akan tetap berdiri teguh di belakang YB Larry S'ng sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Pelagus.

Demi Barisan Nasional dan juga demi untuk rakyat di DUN Pelagus adalah sangat diharapkan agar YB Datuk Sri James Jemut berusahalah untuk membuang sikap keras kepala serta sikap ego beliau supaya ianya tidak akan memudaratkan keupayaan BN untuk terus mempertahan kerajaan di Bumi Kenyalang ini.

Blogger antara muka baru yang akan mewakili BN di N.36 Semop

Adalah tidak salah untuk memberi reaksi awal berkenaan dengan siapa yang akan digugur, dicalon semula atau dipilih sebagai muka baru oleh parti bagi kawasan-kawasan pilihanraya negeri yang akan datang.

Begitu juga dengan DUN N.36 Semop dalam kawasan Parlimen Tanjung Manis dimana spekulasi mengenainya memang tidak dapat dielakkan yang jika ada muka baru dicalonkan untuk kawasan DUN tersebut maka secara tidak langsung wakil rakyat yang sedia ada akan digugurkan.

DUN Semop dimana majoriti penduduknya adalah terdiri daripada kaum Melanau Islam yang sekarang ini diwakili oleh YB Datuk Sri Awang Mohd Asfia Awang Nassar yang juga Speaker DUN Sarawak akan menyaksikan desakan daripada rakyat di akar umbi menuntut supaya pucuk pimpinan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk menurunkan calon anak tempatan bagi kerusi N.36 Semop bagi memastikan nasib penduduk disitu benar-benar terbela.

Saya sangat yakin bahawa salah seorang daripada rakan blogger akan dipilih oleh Pehin Sri Taib untuk mewakili rakyat di DUN Semop dengan pengaruh serta sokongan daripada Ahli Parlimen Tanjung Manis YB Datuk Norah Tun Haji Abdul Rahman Ya'akub.

Beliau adalah anak tempatan disitu, seorang pendidik dan kini masih bertugas sebagai pensyarah di sebuah universiti di pantai timur Semenanjung Malaysia. Beliau amat memahami akan permasalahan serta dilema yang dihadapi oleh penduduk di kawasan berkenaan terutama masalah yang membelenggu penduduk di kawasan Pulau Bruit.

Saya doakan agar beliau terpilih kelak. Selamat berjuang daripada Anak Merdeka !!!

Arkib Blog