Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Februari 02, 2011

Semua orang perlu melihat pergolakan di Mesir dari semua sudut...

Apa yang telah berlaku di negara Mesir sekarang ini hendaklah dihayati serta dilihat oleh semua pihak bukan hanya setakat mereka yang memang jelas sudah sekian lama tergila-gila untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia tetapi juga kepada mereka-mereka yang sudah terlalu lama memegang kuasa baik dalam mana-mana parti, kerajaan pusat ataupun kerajaan negeri tak kiralah di pihak pemerintah mahupun di pihak pembangkang.

Rakyat walaupun sememangnya tahu bahawa betapa besarnya jasa setiap pemimpin itu namun apabila setiap rakyat itu sudah menyedari yang masa untuk seseorang pemimpin berkenaan perlu berundur bagi memberikan laluan kepada pemimpin baru mentadbir sesebuah negeri maka apa yang di harap oleh rakyat ialah akan berlakunya peralihan kuasa yang aman dalam suasana demokrasi maka ini bermakna rakyat mahu tahu barisan pemimpin pelapis yang akan meneruskan kepimpinan selepas pemimpin yang lama sudah berundur.

Saya melihat krisis kepimpinan negara sebagaimana yang sedang melanda negara Mesir waktu ini adalah satu mesej yang amat jelas daripada rakyat kepada mana-mana pemimpin yang sudah terlalu lama berada ditampuk pemerintahan agar mereka jangan terlalu leka dengan kuasa yang dimiliki tetapi sebaliknya setiap pemimpin itu perlu melihat dan mendengar kemahuan suara rakyat yang mahukan pembaharuan atau peralihan kuasa tanpa perlu menunggu gerakan wujud untuk mengguling mereka sebagai pemimpin.

Dan begitu juga kepada pemimpin-pemimpin yang sentiasa menyimpan angan-angan untuk menjadi seorang Perdana Menteri dan juga untuk menjadi seorang Ketua Menteri, sekiranya perjuangan mereka semata-mata hanya untuk mendapatkan kuasa bagi dua jawatan tertinggi itu namun pada akhirnya, sekiranya mereka sudah berjaya menduduki kerusi Perdana Menteri dan juga Ketua Menteri maka segalanya akan menjadi sia-sia saja apabila setiap urusan mentadbir negara atau negeri akan diatur oleh pihak luar dan bukannya daripada diri mereka sendiri.

Kepada pemimpin dalam kumpulan yang gila kuasa seperti ini diharap mereka sudi merenungi apa yang telah dan sedang berlaku di negara Mesir sebagai satu panduan kepada mereka supaya segera sedar bahawa walau sekuat manapun kuasa berada didalam genggeman mereka sebagai pemimpin namun semuanya tidak akan memberi sebarang makna apabila rakyat sudah mulai muak dan bosan sehingga memaksa rakyat untuk bangkit serta bangun memprotes. Tepuk dada tanya selera...

Arkib Blog