
Menerusi artikel terbaru beliau khas untuk memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang terasa dengan tulisan yang sangat keterlaluan beliau itu, saya harap semua hendaklah bertenang serta jika ada yang telah membuat laporan polis mengenainya maka serahkanlah kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
Apa yang harus kita sedar ialah disaat seluruh rakyat negeri Johor Darul Takzim sedang berkabung selama tujuh hari di atas kemangkatan Al-Marhum Sultan Iskandar Alhaj, maka adalah tidak elok untuk rakyat baik di negeri Johor sendiri ataupun di lain-lain negeri mula bertelingkah mengenai hal ini. Sebagai rakyat kita harus menghormati saat selama perkabungan dilakukan.
Mengenai kemaafan yang telah dibuat oleh Aduka Taruna itu, samada ianya ikhlas ataupun tidak tetapi keterlanjuran sudahpun terjadi dan yang pasti banyak hati yang telah terluka akibat dari apa yang boleh disifat sebagai satu perbuatan yang sengaja mencari pasal, jadi terpulanglah kepada diri masing-masing untuk menerima adakah wajar atau tidak untuk Aduka Taruna memohon maaf sebagai tanda beliau bertanggungjawab terhadap isu ini.