Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, November 08, 2009

PAS harus keluar daripada Pakatan Pembangkang !

Baguslah jika Tuan Guru, YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat telah mula sedar dan turut mengakui yang parti PAS sekarang sudah mengalami kemerosotan sokongan daripada golongan muda. Tok Guru Nik Aziz ketika ditemui oleh wartawan dirumah kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan juga telah menyatakan bahawa mesej yang hendak disampaikan oleh beliau tidak sampai kepada seluruh ahli-ahli PAS.

Mesej yang dimaksudkan oleh Tok Guru Nik Aziz itu ialah mengenai cadangan beliau untuk PAS mengadakan EGM bagi membersihkan "beberapa kerat" pemimpin atasan dalam PAS yang disifatkan oleh Tok Guru Nik Aziz sebagai bermasalah dan akan tetap membawa masalah kepada PAS secara langsung. Maka bertitik tolak dari situlah harapan Tok Guru Nik Aziz mahu melihat PAS kembali mendapat tempat dihati masyarakat Melayu muda terutamanya dan orang-orang Islam amnya.

Jadi, oleh kerana Tok Guru Nik Aziz telah sedar akan perkara itu adalah lebih baik sekiranya Tok Guru Nik Aziz mengemukakan satu lagi usul yang boleh menggemparkan dunia politik tanah air dengan mencadangkan supaya Parti Islam SeMalaysia(PAS) keluar dari Pakatan Pembangkang dan kembali berjuang secara sendirian tanpa perlu mengikat kontrak lagi dengan DAP dan PKR.

Sejak PAS bergabung dengan DAP dan juga PKR setelah menubuhkan satu pakatan yang tidak sah dari segi undang-undang dan juga perlembagaan kerana tidak pernah berdaftar dengan ROS sebagai satu pertubuhan sebagaimana Barisan Nasional, kita telah melihat bagaimana PAS sanggup mengubah segala dasar yang telah dijadikan sebagai landasan perjuangan mereka sejak PAS ditubuhkan dulu tetapi perkara seperti itu tidak juga berlaku pada DAP dan juga PKR.

PAS seperti tidak kisah walaupun parti itu setelah bersatu dalam Pakatan Haram turut melupakan matlamat asal parti itu yang perjuangannya bertunjangkan agama Islam apabila terpaksa mengalah kepada tekanan yang dibuat oleh DAP agar menggugurkan slogan "membangun bersama Islam" bag menubuhkan sebuah Negara Islam yang akan menggunapakai segala undang-undang Hudud dalam pemerintahannya.

Jika PAS telah mengubahsuai dasar perjuangan mereka demi menjalinkan kerjasama dengan DAP serta PKR dalam Pakatan Haram itu, tetapi tidak pulak kita nampak yang DAP dan juga PKR turut berbuat demikian. DAP kita lihat masih kekal dengan slogan parti itu iaitu " Malaysia Malaysian" yang mahu memperjuangkan hak kesamarataan dikalangan rakyat seluruh Malaysia yang berbilang kaum dan agama serta turut berusaha untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru(DEB), iaitu dasar yang telah banyak membantu kaum Melayu dan bumiputera lainnya untuk duduk sama rendah serta berdiri sama tinggi dengan kaum lain di negara ini.

Manakala PKR pula terus saja dengan dasar parti itu yang perjuangannya jelas berdasarkan kepada sentimen kebencian atau yang bersifat balas dendam serta turut berjuang untuk menegakkan "KeADILan" hanya untuk Anwar Ibrahim. PKR sama juga sebagaimana DAP yang tidak mengorbankan apa-apa juga dasarnya demi kerjasama dengan PAS.

Yang jelas dan terang sekali ialah apabila PAS sanggup menggadai dasar-dasar parti yang mereka perjuang selama ini demi untuk mengambil hati pihak DAP terutamanya dan juga PKR. PAS juga rela ajaran agama Islam seperti ayat-ayat suci dalam Al Quran untuk dinodai oleh rakan-rakan mereka dalam Pakatan Haram apabila telah terbukti membiarkan Nga Kor Ming, N. Gobalakhrisnan serta Lim Guan Eng untuk menyalahgunakan ayat-ayat suci dari dalam Kitab Suci Al Quran sebagai bahan untuk mereka mencerca serta menghina pemimpin UMNO khas Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib.

Tragedi yang terbaru apabila PAS telah merelakan ADUN Sri Andalas, Selangor YB Dr. Xavier Jeyakumar untuk berceramah didalam masjid iaitu satu tempat yang sebenarnya tidak boleh dimasuki oleh orang yang bukan beragama Islam. Sebagai seorang yang mungkin beragama Kristian, YB Dr. Xavier tentu faham akan kedudukan beliau kini dalam agama Kristian. Sebagai seseorang yang berpendidikan tinggi lebih-lebih lagi sebagai seorang Ahli Yang Berhormat Dr. Xavier lebih peka dengan dua keadaan yang ternyata berbeza seperti itu.

Dan terutama sekali bagi PAS iaitu setelah parti itu jelas dilihat sanggup untuk menggadaikan semua perkara yang sepatutnya mereka pertahankan selaku orang Melayu dan Islam demi untuk mencapaikan hasrat mereka hendak menjatuhkan serta menghancurkan UMNO yang juga merupakan nadi utama kaum Melayu dan Islam di negara ini, adakah PAS tidak terfikir untuk mengubah semula hala tuju perjuangan mereka dengan mengambil langkah drastik iaitu tinggalkan Pakatan Haram dan kembalilah keperjuangan asal.

PAS harus mencontohi UMNO dalam menegakkan ajaran Islam di negara ini. UMNO tidak pernah untuk membenarkan mana-mana pihak walaupun dari kalangan rakan didalam Barisan Nasional seperti MCA dan MIC untuk mengambil mana-mana satu ayat dari dalam Al Quran sebagai keperluan yang bertujuan digunakan untuk meraih sokongan serta simpati daripada rakyat. Dan oleh itu, jika PAS merasakan langkah yang mereka buat selama ini adalah satu kesilapan maka perlulah untuk PAS kembali dan mulakan langkah baru jika mahu kepercayaan rakyat tidak terus pudar terhadap PAS.

KDN - Jangan biarkan perkara luarbiasa menjadi biasa

Ini adalah klip video yang saya muat-turun dari blog PAPAGOMO yang merakamkan bagaimana aksi atau kelakuan kurang ajar sesetengah penuntut di Sekolah Menengah St. Augustine, Bentong Pahang mempersendakan ibadat solat umat Islam. "klik" saja untuk melihat, bagaimana hasilnya apabila anak-anak tidak dididik sedari awal agar menghormati kepercayaan agama yang dianuti oleh masyarakat yang berbilang kaum di negara ini.

Adalah sangat diharapkan supaya Kementerian Dalam Negeri(KDN) supaya dapat bertindak dengan kadar segera berhubung dengan kes seperti yang terdapat didalam video atas. KDN harus tegas dan berani didalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka. Jangan gentar apabila berdepan dengan berbagai dugaan ketika menjalankan tugas apa yang penting dan harus diingat ialah agar keselamatan negara serta keharmonian kaum akan dapat terus dipelihara.

Kita tidak mahu mendengar perkataan yang sering diucap oleh Menteri berkenaan apabila diminta mengulas berkenaan dengan beberapa isu yang sememangnya memerlukan peranan mereka untuk menanganinya. Perkataan yang selalu kita dengar seperti "Saya takkan teragak-agak untuk mengambil tindakan" memang ada apabila timbul sesuatu masalah yang mampu menggugat ketenteraman awam

Apabila saya melihat video seperti ini, pertanyaan akan segera datang dalam fikiran saya bagaimana pihak gereja dengan mudah untuk membenarkan tempat didalam gereja sebagai tempat untuk penganutnya merakamkan video bertujuan untuk menghina agama Islam. Kita semua tentu tidak menduga sama sekali anak-anak yang sedang menuntut ilmu ditempat yang menitik beratkan soal disiplin dikalangan penuntutnya boleh tiba-tiba menjadi seperti orang yang tidak siuman.

PAS ada sebarang komen ke tidak berhubung dengan perkara ini ? Saya fikir PAS akan berdiam diri tentang perkara ini kerana takut berhadapan dengan ugutan oleh DAP dan juga PKR. PAS juga yang telah merestui DAP/PKR menerusi Lim Guan Eng, Nga Kor Ming, N. Gobalakhrisnan untuk berceramah sambil membaca ayat-ayat suci walaupun tanpa tauliah.

Arkib Blog