Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, September 13, 2012

Tatoo: Julia Perez pula timbulkan kemarahan umat Islam di Indonesia

 Jika sebelum ini seorang artis dari Barat, Erikah Badu telah membangkitkan kemarahan orang-orang Islam di Malaysia dan juga di Indonesia ekoran satu tatoo berbentuk Kalimah Allah yang terdapat di bahagian bahu serta buah dadanya, kini timbul pula satu lagi kontroversi di Indonesia apabila seorang lagi artis wanita kelahiran negara berkenaan, Julia Perez membuat tatoo di bahagian belakang tubuhnya.
Kalau Erikah Badu memasang tatoo dengan tulisan Arab Kalimah Allah di bahagian depan, Julia Perez pula telah memasang tatoo juga dengan tulisan Arab berbunyi "Haiyya 'alal falah'" yang membawa maksud "Marilah meraih kemenangan" yang dipercayai diambil dari ayat-ayat yang terdapat di dalam kitab Suci Al Quran.

Perbuatan tidak bertanggungjawab Julia Perez itu telah mengundang kebangkitan rasa marah rakyat Indonesia terutama sekali mereka daripada golongan ulama yang segera mengecam perbuatan Julia itu.

Arkib Blog