Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, September 06, 2010

KDN ganggu tugas Polis ? KPN kesal dan kecewa...

Menjelang saat persaraan beliau selaku Ketua Polis Negara yang hanya tinggal enam hari lagi, Tan Sri Musa Hassan pada sidang media hari ini telah mendedahkan tentang campur tangan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri yang diterajui oleh YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein didalam tugas-tugas tertentu pihak Polis DiRaja Malaysia.

Perkara ini menurut Tan Sri Musa telah berlarutan sehinggakan beliau merasa terganggu dan adakalanya merasa terpinggir apabila ada pihak dari KDN telah beberapa kali membelakanginya dengan mengarah terus para pegawai polis untuk bertindak terhadap sesuatu kes tanpa pengetahuan beliau terlebih dulu iaitu satu perkara yang bertentangan samasekali dengan kod etika, prinsip serta slogan PDRM itu sendiri.

Keadaan ini juga telah membuat Tan Sri Musa melahirkan perasaan hampa dan kecewa serta kesal terhadap pihak KDN yang seolah-olah mahu mengawal setiap pergerakan polis apabila sanggup mengenepikan peranan atau kuasa seorang Ketua Polis Negara dalam kes-kes tertentu.

Oleh itu, kepada bakal Ketua Polis Negara yang baru yang akan mengganti tempat Tan Sri Musa pada 12 September 2010 ini, diharap Tuan sebagai seorang nombor satu PDRM akan lebih berani atau seberani Tan Sri Musa Hassan dalam mendedah perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku dan jangan tunggu sehingga ke saat-saat akhir demi ketelusan, kebenaran, keadilan dan kemakmuran negara.

Arkib Blog