Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Julai 05, 2011

Memo 8 perkara akan diunggun dan dipuja dalam stadium sebelum dihantar ke Istana Negara...

 Kalaulah memang benar niat Pengerusi BERSHIT 2.0, Ambiga Sreesamad Saidavasan mengadap untuk berjumpa dengan Yang Di Pertuan Agong pada 9 Julai ini bertujuan untuk menyerahkan memorandum yang mengandungi 8 tuntutan mereka untuk pembaharuan sistem pilihan raya di Malaysia, mengapa tidak dilakukan saja terus siang tadi masa dia dan Samad Said mengadap Tuanku Mizan di Istana Negara dan mengapa perlu menunggu sehingga 9 Julai Sabtu ini pula untuk menyerahkan dokumen berkenaan kepada Yang Di Pertuan Agong ?
Oh! ya, agaknya dokumen atau memorandum 8 perkara BERSHIT 2.0 itu besar kemungkinannya tidak boleh diserahkan begitu saja kepada Yang Di Pertuan Agong tanpa melalui upacara pemujaan serta diunggun api oleh Sasauterawan Negara Asamad Saidavasan terlebih dulu. Agaknya lah.

Dengar khabar BERSHIT 2.0 akan diteruskan juga pada Sabtu ini dan menurut Ambiga Sreesamad Saidavasan ianya dijangka akan diadakan dalam sebuah stadium yang belum dikenalpasti lagi lokasinya sebagaimana yang telah disaran oleh pihak kerajaan dan polis kepada mereka sebelum ini.

Saya hanya dapat bayangkan bagaimana khusyuknya nanti Asamad Saidavasan membaca puisi "Unggun Bershit" sambil memegang dokumen 8 perkara BERSHIT 2.0 di atas unggun api dan disaksikan oleh Ambiga Sreesamad Saidavasan, Mohamad Syabunavasan, Anwar Ibrahimanavasan, Haji Hadi Awanganavasan, Lim Kit Sianganavasan, Karpal Singhnavasan, Nik Aziz Nik Matavasan, Zuraidah Kamaruddinavasan, Lim Guan Enganavasan, Aziz Barinavasan, Azmin Alinavasan, Ronnie Liunavasan dan ramai lagilah vasan-vasan yang sudah bersedia hendak mengarakkan dokumen tersebut di sepanjang jalan raya menuju ke Istana Negara untuk diserahkan kepada KBDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong iaitu sebaik selesainya upacara pemujaan di dalam stadium.

Sah! Ambiga memang cuba menentang Yang Di Pertuan Agong !!!

Masa di sekolah dulu, bermula dari sekolah tadika, sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah kita sering diajar oleh cikgu atau guru-guru sekolah tentang disiplin serta tatalaku atau adab sopan yang harus ada pada setiap orang supaya kita nampak seperti seorang insan yang benar-benar ada pendidikan, ada pegangan hidup, ada prinsip yang luhur, ada maruah, ada adat, tahu mengenang budi, tahu menghormati perasaan orang lain dan sebagainya.

Sewaktu di dalam kelas juga jika kita buat bising atau kecoh sebelum ketibaan guru mengajar dan bila guru dah sampai kita akan diam lalu berdiri lantas memberikan ucapan selamat pagi ke, tengah hari ke atau petang kepada cikgu kita. Dan kita tidak akan buat bising lagi sebab kita sangat menghormati cikgu kita selain sebagai seorang guru yang mengajar mata pelajaran khusus kita juga hormat cikgu sebab banyak memberi kata nasihat kepada kita agar menjadi seorang insan yang berguna suatu masa kelak. Dalam kelas juga kita sering diajar tentang kebersihan sebab itu dalam setiap kelas disediakan bakul sampah, bila ada kertas yang tak berguna buan ke dalam bakul sampah dan jangan buang merata-rata. Itu disiplin.

Juga, waktu masih belajar di sekolah tadika, sekolah rendah dan menengah kita dikategorikan sebagai golongan insan yang dibawah umur atau maksudnya belum mampu berfikir secara matang atau kononnya belum bijak ke atau entah apa atau juga mungkin dikira belum bersedia lagi untuk membuat keputusan yang tepat dan betul. Tetapi yang peliknya ialah pada seusia sebegitu rasa hormat dan taat kita terhadap apa yang pernah diajarkan kepada kita cepat pula meresap dan melekat dalam jiwa dan bila saja nampak cikgu lalu didepan kita, pasti ada rasa gerun dan timbul rasa hormat di dalam hati.

Dan yang pastinya, Ambiga Sreenavasan, bekas Presiden Majlis Peguam sebagai seorang warganegara Malaysia yang lahir di negara ini sudah tentu sekali dia sudah melalui semua proses tersebut dan jika tidak mana mungkin dia boleh diangkat sebagai Presiden Majlis Peguam satu ketika dulu, menerima gelaran Datuk, boleh bertemu dengan Hillary Clinton dan macam-macam lagi tetapi bagaimana segala yang pernah dia diajar dan belajar sejak dari kecil boleh lenyap begitu saja sesudah usia dia melewati setengah abad ?

Jika Ambiga masih lagi menganggap yang dia adalah sebahagian dari warganegara Malaysia, kenapa dia tidak pernah cuba untuk akur dan hormat dengan Titah Khas yang melarang sesiapa saja untuk membuat perhimpunan haram sebagaimana telah di sampaikan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong berkenaan dengan rancangan BERSHIT untuk mengadakan perarakan haram secara beramai-ramai menuju ke Istana Negara pada Sabtu 9 Julai ini ?

Ingkar terhadap Titah oleh Yang Di Pertuan Agong itu, Ambiga mahu menunjukkan kepada seluruh Malaysia bahawa beliau memang tidak mahu mengalah kepada sesiapa juga asalkan hasrat dia dipenuhi maka dia memohon pula untuk mengadap Yang Di Pertuan Agong bagi memohon restu Baginda agaknya Ambiga mahu Tuanku Mizan mengizinkan perhimpuan haram BERSHIT diteruskan juga.

Tetapi kenapa Ambiga tidak gunakan saja peluang bertemu dengan Yang Di Pertuan Agong itu untuk menyerahkan saja terus Memorandum 8 perkara itu kepada Baginda daripada dia bersusah payah memohon mengadap bagi menjelaskan kepada Tuanku Mizan tujuan mereka berarak di atas jalan raya semata-mata untuk tujuan berkenaan. Mana perginya akal bekas Presiden Majlis Peguam itu????????

Arkib Blog