Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Februari 28, 2011

Baruk Bian berbohong mengenai status tanah NCR di Sarawak !

Sabtu lepas peguam yang dilantik sebagai Pengerusi PKR Sarawak Baruk Bian telah mencabar Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud untuk berdebat dengan beliau berkenaan isu tanah Hak Adat Bumipuntera (NCR) dimana saja tempat dan bila-bila masa sahaja.

Dalam pada itu Baruk Bian juga telah mendakwa bahawa kerajaan Sarawak pimpinan Pehin Sri Taib juga telah menipu rakyat negeri ini berhubung isu NCR dan dakwa Baruk Bian berdasarkan kepada maklumat PKR tanah NCR di Sarawak adalah seluas 4.5 juta hektar dan jauh lebih luas dari apa yang dinyatakan oleh pihak kerajaan Sarawak iaitu hanya mempunyai keluasan 1.5 juta hektar.

Katanya lagi bahawa NCR bukan saja melibatkan tanah yang diterokai sebelum Malaysia atau Temuda tetapi ia termasuk tanah hutan simpanan masyarakat dan oleh itulah beliau tanpa usul periksa telah mendakwa bahawa jumlah keluasan tanah NCR yang dikatakan oleh kerajaan BN seluas 1.5 juta hektar adalah salah dan tidak tepat.

Baruk Bian sehubungan itu telah mencadangkan agar debat itu nanti akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dan di hadapan pemilik tanah NCR terutamanya di peringkat kampung.

Semasa di Bintulu, Pehin Sri Taib yang langsung tidak berminat dengan cabaran itu sebaliknya telah mencabar Baruk Bian agar mengemukakan bukti kukuh jika dakwaannya itu benar yang tanah NCR adalah berkeluasan 4.5 juta hektar dan bukannya 1.5 juta hektar. Baruk Bian dicabar untuk membuktikan terlebih dahulu kepada rakyat Sarawak dimana terletaknya 3 juta hektar lagi tanah NCR yang selebihnya sepertimana yang telah dituduh beliau disembunyikan oleh kerajaan Sarawak daripada pengetahuan umum.

Yang pelik dan menjadi persoalannya ialah, bila pula masanya pihak PKR pergi masuk ke dalam hutan seluruh negeri Sarawak untuk menyukat tanah-tanah rakyat yang belum lagi mempunyai surat hak pemilikan yang sah? Kaedah yang bagaimanakah yang telah digunakan oleh pihak PKR untuk menyukat kawasan hutan yang kononnya dikatakan sebagai tanah NCR itu? Adakah PKR ada mempunyai Jabatan Tanah dan Ukur mereka sendiri?

Darimana pula pihak PKR khususnya Baruk Bian mendapatkan maklumat yang begitu besar mengenai jumlah keseluruhan tanah NCR sebanyak 4.5 juta hektar itu? Kaedah yang bagaimanakah yang telah digunapakai oleh pihak Baruk Bian untuk mendapat sukatan yang tepat mengenai tanah NCR itu sekiranya memang benar tuduhan mereka bahawa sukatan oleh pihak kerajaan itu tidak betul dan salah? Adakah pihak Baruk Bian menggunakan sistem metrik? rantai? atau hanya berpandukan kepada sistem satelit sedia ada seperti Google Earh?

Saya bersetuju sangat dengan YAB Ketua Menteri bahawa sekarang hanya 3 peratus saja lagi rakyat Sarawak yang masih berdepan dengan masalah membabitkan isu tanah NCR dan tidak semuanya seperti yang didakwa oleh pihak Baruk Bian. Menurut Pehin Sri Taib, tindakan yang dilakukan oleh pihak Baruk Bian yang melaga-lagakan golongan 3% ini dengan pihak kerajaan negeri akan menjejaskan peluang kira-kira 97 peratus pemilik tanah NCR menikmati pembangunan tanah.

Sumber Utusan Borneo - Menurut Pehin Sri Taib, rakyat Sarawak yang ingin memajukan tanah NCR mereka sebagai ladang kelapa sawit diberi pilihan untuk menjalinkan usaha sama dengan Lembaga Pembangunan Tanah Sarawak(PELITA), Felda atau Felcra menerusi konsep Ladang Bumiputera yang baru diperkenalkan baru-baru inioleh kerajaan negeri Sarawak. Menurut Ketua Menteri lagi, tanah terbiar disebabkan kesukaran untuk dibangunkan kerana kekurangan modal dan pengetahuan pertanian dapat diatasi dengan konsep usaha sama pemilik NCR dan organisasi tertentu.

Ketua Menteri seterusnya menjelaskan, jika tanah NCR tidak dibangunkan secara komersial ia tidak memberi manfaat dan sekaligus tidak menyumbang terhadap usaha meningkatkan pendapatan rakyat. "Kalau demikian, Bumiputera di Sarawak hanya kaya tanah tetapi miskin pendapatan. Saya tidak izinkan keadaan ini berlaku," katanya.

Justeru, beliau berkata kerajaan merangka formula baru pembangunan tanah agar situasi demikian tidak berlaku dan seterusnya menyebabkan semakin ramai Bumiputera berada di bawah paras kemiskinan. Katanya jika masalah tanah tidak dibangunkan beterusan, semakin ramai belia akan berhijrah ke bandar apabila kawasan luar bandar tidak mampu memberi peluang pekerjaan.

Menurut Pehin Sri lagi, bermula 1981 dan tiga tahu seterusnya, berlaku penurunan daripada jumlah pertumbuhan sektor pertanian. Penurunan itu wujud apabila infrastruktur seperti jala raya tidak ada bagi memasarkan produk pertanian serta para petani masih menggunakan cara tradisional mengusahakan tanah.

Sabtu, Februari 26, 2011

BN Sarawak perlu menamakan bakal pemimpin negeri lebih awal..

Tidak menjadi satu kesalahan bagi rakyat yang mahu agar Barisan Nasional negeri Sarawak mengenengah atau menamakan bakal pemimpin yang akan menerajui pentadbiran negeri sebagai pengganti kepada pemimpin yang sedia ada sekarang dengan lebih awal atau sekurang-kurangnya sebelum pilihanraya negeri diadakan.

Rakyat Sarawak berhak untuk mengetahui siapa mereka yang akan menjadi pemimpin untuk masa depan di Bumi Kenyalang ini. Dan rakyat Sarawak juga harus diyakini dengan mereka yang bakal membarisi kepimpinan negeri pada masa yang akan datang supaya keyakinan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional untuk terus memerintah negeri Sarawak akan bertambah kukuh dan kuat.

Anggaplah dengan menyenarai nama pewaris pemerintahan untuk negeri Sarawak itu nanti dengan lebih awal merupakan sebahagian daripada kempen untuk terus meyakinkan rakyat Sarawak keseluruhannya bahawa Barisan Nasional negeri memiliki ramai pemimpin yang berwibawa, berkarisma dan sebagainya untuk memimpin rakyat di Bumi Kenyalang ini.

Rakyat Sarawak pada era ini tidaklah boleh lagi dilihat hanya boleh dihidang dengan janji-janji projek yang berbagai-bagai biarpun memang benar kebanyakkan daripada projek-projek yang pernah dijanjikan telah lama ditunai kepada rakyat tetapi seperkara lagi yang mesti pemimpin atasan BN Sarawak mahu ambil berat ialah soal siapa pemimpin BN negeri yang akan mengganti tempat sebagai Ketua Menteri sekiranya YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud bersara kelak.

Penting sangat bagi rakyat negeri Sarawak ini untuk mengenali siapakah yang akan dipilih untuk memimpin mereka dan berharap individu yang terpilih sebagai pengganti kepada Pehin Sri nanti bolehlah membuat persediaan lebih awal dan mampu menyesuaikan diri sebagai pemimpin nombor satu negeri dan setelah telah terdedah kepada selok-belok cara mengurus kerajaan negeri maka sudah tentulah apabila sudah berkuasa sebagai Ketua Menteri, segalanya dapat diurus dengan berkesan, licin dan lancar

Saya bukan bermaksud untuk turut mendesak agar Pehin Sri Taib segera meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak tetapi bagi saya adalah lebih baik sekiranya mulai dari sekarang bakal pengganti beliau diumumkan sebelum berlakunya pilihanraya yang akan datang. Harus difahamkan juga bahawa kini rakyat Sarawak tidaklah semuanya terlalu melihat kepada pembangunan yang telah dibuat tetapi rakyat lebih kepada ingin tahu siapa yang akan menjadi Ketua Menteri Sarawak selepas Pehin Sri Taib.

Jumaat, Februari 25, 2011

Gagal fahami syarat, punca Baru Bian tidak dapat permit polis di Lawas...

((dalam sarang PKR, kelihatan dlm gambar dari kiri minah Sarawak, MP Ampang Zuraidah 'laser'
Hendak dikatakan jahil tentang undang-undang tidak patut juga sebab Baru Bian kononnya adalah seorang Peguam yang hebat. Nak dikata tidak paham membaca syarat-syarat yang telah digariskan dalam borang sebelum sesuatu permit itu dilulus dan diberikan sudah tentu tidak masuk akal juga sebab Baru Bian adalah seorang yang terpelajar.

Seperkara lagi ialah nak dikatakan Baru Bian sengaja mahu memperlekehkan syarat-syarat atau peraturan yang wajib dipatuhi oleh semua pihak sekiranya mahu mengadakan sebarang ceramah yang pastinya akan dihadiri oleh ramai orang memang agak mustahil juga sebab dia telah didendangkan oleh semua dalam PKR adalah bakal Ketua Menteri Sarawak yang baru dan mana mungkin syarat yang sedemikian juga dia gagal untuk memahaminya.

Apa yang pasti ialah ketika mahu mengadakan ceramah politik di Daerah Lawas baru-baru ini Baru Bian telah memohon permit daripada pihak polis namun gagal tetapi tidak juga dijelaskan sebab kenapa pihak polis Lawas tidak mahu mengeluarkan permit kepada beliau.

Apa yang menariknya ialah walaupun tidak mendapat permit daripada pihak polis, namun Baru Bian masih lagi berkeras mahu meneruskan ceramah dengan memilih satu tempat iaitu sebuah kedai kopi di pasar Lawas sebagai lokasi ceramah. Tetapi malang sekali, menurut beliau baru saja dia memegang microphone dan hendak mengucapkan "salam 1Malaysia' kepada orang ramai yang lalu-lalang dihadapan kedai kopi berkenaan, tetiba saja pihak polis datang mengambil alat pembesar suara yang sedang dipegangnya.

Itulah akibatnya kalau tidak mahu mendengar nasihat daripada pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap keselamatan orang awam. Saya yakin bahawa pihak polis bukannya sengaja tidak mahu memberikan permit kepada Baru Bian, tetapi besar kemungkinan bahawa syarat utama yang diberikan oleh pihak polis Lawas ialah buat ceramah ditempat yang tidak mengganggu ketenteraman awam seperti di stadium atau padang bolasepak telah tidak dipersetujui oleh Baruk Bian yang mungkin memang berniat mahu mengadakan ceramah ditempat yang terbuka iaitu tempat tumpuan awam.

Khamis, Februari 24, 2011

Pelampau Hindraf akan buat kacau-bilau lagi di Malaysia ! KDN, bangunlah !!!




Tak sudah-sudah puak pelampau kaum ini. Bukannya mau serik malah mereka semakin berani untuk bertindak mengatasi undang-undang negara.

Hanya kerana isu Novel Interlok mereka sanggup untuk mengenepikan perasaan rakyat dan warganegara Malaysia yang lain.

Apa mereka ini langsung tidak mahu memahami apa yang sedang dilakukan oleh pihak kerajaan sekarang yang tengah mencari penyelesaian berhubung kandungan yang terdapat di dalam novel berkenaan.

Berilah peluang kepada pihak kerajaan khususnya pihak Kementerian Pelajaran serta mereka yang mewakili masyarakat India untuk mencari jalan mengatasi masalah yang sedang menyelubungi novel interlok, apa hendak di kecoh-kecohkan hingga mau berarak ke atas jalanraya.

Kepada Menteri Dalam Negeri YB Datuk Seri Hishamuddin, bertindaklah awal sebelum berlaku berbagai-bagai masalah lain nanti, bertegaslah dengan puak-puak Hindraf ini, jangan bagi muka lembik kepada mereka, cegah sebarang kemungkinan yang boleh memudaratkan keselamatan negara, jangan asyik bagi amaran, amaran, amaran, amaran, amaran, amaran, amaran....sampai bila lagi mau bagi amaran saja ?

KDN harus melihat bahawa Hindraf kini bukan saja lagi menjadi ancaman kepada kerajaan Barisan Nasional semata-mata tetapi telah turut menjadi ancaman kepada kestabilan, kedaulatan, maruah, keharmonian, kesejahteraan serta keselamatan negara dan juga ancaman kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Rabu, Februari 23, 2011

Gara2 peguam tertelan sehelai bulu kerinting, prosiding kes liwat II tiba2 ditangguh !

(gambar menunjukkan bagaimana Anwar Ibrahim diasak dari 'belakang' dengan rakusnya oleh peguambela beliau iaitu Sankara Nair, kelihatan Anwar seakan-akan menahan keperitan manakala Sankara bagai menjiwai watak seseorang pada posisi belakang)

Mungkin agaknya sudah sampai ke kemuncak perbicaraan kes liwat II yang melibatkan Anwar Ibrahim dengan bekas pembancuh kopinya terpaksa ditangguhkan pagi tadi untuk jangka masa yang belum diketahui lagi.

Kalau minggu lepas gara-gara bekalan elektrik ke bangunan mahkamah yang asyik terputus dengan tiba-tiba maka perbicaraan terpaksa ditunda dan ditunda-tunda. Tetapi lain pula pada minggu ini apabila hanya kerana sehelai bulu kerinting, sebatang berus gigi warna putih dan sehelai tuala kecil dengan tulisan good morning, prosiding juga turut ditangguhkan.

Fuhhh!!! ...sampai bile yo!

Selasa, Februari 22, 2011

Blog pro-kerajaan DR1221 pula kena ban !!!

Sejak dari tengah hari ini saya langsung tidak dapat untuk melayari blog DR122I walaupun dah beberapa kali berusaha.

Namun apa yang tertera ialah tulisan menyatakan bahawa blog DR1221 telah dikeluarkan dari senarai blogger.

Artikel terakhir DR1221 adalah mengenai perbicaraan kes liwat II Penasihat Ekonomi 1Ringgit 1Selangor YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berdepan dengan 19 bahan bukti dalam kes tersebut.

Anwar Ibrahim bukan berdepan dengan tuduhan meliwat Nik Aziz, Karpal Singh, Mat Sabu, Lim Kit Siang, Mahfuz Omar, R. Sivarasa, Azmin Ali, Lim Guan Eng, Khalid Ibrahim, Zuraidah Kamaruddin atau Baru Bian tetapi Anwar kini sedang berdepan dengan kes meliwat pekerja beliau sendiri, yang beliau ambil bekerja..dibayar gaji oleh Anwar sendiri, dibawa keluar masuk negara ikut sedap hati dia sendiri dan bila dah jadi kes kotor macam tu dia salahkan Barisan Nasional pulak..kononnya PM Najib Tun Razak sengaja mengumpan dia dengan seorang remaja lelaki yang jambu...

Kesiannya dengan Penasihat Ekonomi 1Ringgit 1Selangor tu...baru kena umpan dengan remaja lelaki pun dia dah tak dapat mengawal hawa nafsu dari terus bergelora...

Ahad, Februari 20, 2011

Barisan Nasional Sarawak masih sakit gigi !!!

Orang yang sakit gigi manalah kita tahu yang dia sedang sakit gigi melainkan beliau ada memberitahu yang dia sedang sakit gigi kepada kita.

Kalau dia hanya diam saja memanglah orang fikir dia tidak sakit apa-apa. Lagipun orang yang sedang sakit gigi ni biasanya mereka masih boleh lagi gelak, bercakap, berjalan, berlari, p mandi dan sebagainya seperti orang lain yang tidak sakit apa-apa dan sudah tentu kita boleh jadi keliru samada dia tu sihat ke sakit.

Begitulah juga lebih kurangnya dengan apa yang sedang berlaku dengan Barisan Nasional Sarawak, nampak sihat walafiat namun hakikatnya mereka masih mengidap sakit gigi geraham sebelah bawah. Belum lagi sembuh sakit gigi geraham sebelah bawah, melarat pulak ke gigi taring sebelah atas.

Tapi BN masih boleh senyum dan kelihatan gigi putih bersih nampak tersusun rapi disebalik bibir tapi orang lain tidak tahu bahawa ada antara gigi yang sakit sebelah dalamnya perlu dicabut dan dikeluarkan supaya tidak menjadi punca barah gusi kepada BN Sarawak.

Krisis yang sekian lama berpanjangan di antara ADUN N.54 Pelagus(BN) iaitu YB Encik Larry S'ng Wei Shien dengan ADUN N.56 Baleh YB Datuk Sri James Jemut Masing yang juga merupakan salah seorang anggota kabinet kerajaan negeri adalah disebabkan berpunca dari insiden perebutan kuasa dalam Parti Rakyat Sarawak(PRS) membawa hingga kepada hari ini, belum lagi mampu untuk diselesaikan.

Pilihanraya negeri sudah semakin dekat dan sudah pasti Barisan Nasional negeri tiada masa yang cukup untuk menguruskan hal-hal yang sedemikian lagi dan keadaan ini pasti akan membuka ruang yang amat luas kepada pihak pembangkang untuk memainkan peranan mereka.

Terbaru pula adalah perbalahan lama antara Ahli Parlimen Igan(BN) YB Datuk Abdul Wahab Haji Dollah dengan ADUN N.38 Jemoreng(BN) sudah semakin tidak dapat dibendung lagi Datuk Abdul Wahab secara terbuka pada Majlis Tahun Baru Cina peringkat kawasan Parlimen Igan baru-baru ini telah mengesahkan bahawa beliau sudah bersedia sepenuhnya untuk dicalonkan sebagai wakil rakyat bagi kawasan DUN N.38 Jemoreng sekiranya mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib.

Datuk Abdul Wahab yang sejak dulu lagi yang kelihatan memang tidak sebulu dengan Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Taib bila melibatkan banyak perkara menurut sumber-sumber yang rapat dengan beliau bahawa seandainya parti PBB enggan untuk meletakkan beliau bertanding dikawasan berkenaan maka beliau akan tetap juga untuk bertanding disitu sebagai calon bebas.

Inilah antara beberapa masalah dalaman melibatkan wakil rakyat Barisan Nasional yang patut diberi perhatian serius oleh Pehin Sri Taib. Mungkin beliau diakui mempunyai kuasa penentu kepada siapa yang layak atau tidak untuk bertanding di kawasan-kawasan yang tertentu tetapi ada satu perkara yang sering pemimpin ini lupa ialah yang akan memuktamadkan pilihan akhirnya adalah rakyat itu sendiri dan bukannya presiden parti atau pucuk pimpinan BN negeri.

Harap dengarlah juga kehendak rakyat sebab yang akan diwakili oleh seseorang wakil-wakil rakyat itu nanti adalah rakyat di kawasan dan bukannya pemimpin yang telah menentukan siapa yang patut atau tidak untuk menjadi wakil rakyat di kawasan berkenaan.

Kepada YB Datuk Sri James Jemut Masing serta sebilangan besar mereka pemimpin dalam parti PRS, kalau boleh dalam isu "YB Larry S'ng" ini buanglah sikap ego anda masing-masing dan tanamlah sikap saling maaf-bermaafan sesama anda demi perjuangan anak Sarawak yang belum selesai ini..'buang yang keruh ambil yang jernih' dan demi rakyat di Pelagus juga maka lupakanlah sengketa lama dan biarkanlah penduduk di Pelagus untuk menentukan siapa pemimpin yang mereka mahu untuk mewakili mereka di situ.

Harga bawang merah semakin naik ! RM30 1kg di Miri Sarawak...

Tidak tahu samada harga bawang merah yang dipamerkan kepada para pengguna disetiap pasaraya yang terdapat di bahagian utara Sarawak sama harganya dengan bahagian-bahagian lain mahupun di seluruh negara.

Tinjauan saya semalam di beberapa lokasi mendapati harga bawang merah India memang sangat mahal sehingga sudah mencecah ke harga RM30 untuk setiap satu kilogram.

Dan harga untuk setiap sekilogram bawang merah juga agak seakan tidak seragam kerana ada sesetengah tempat menjual pada kadar harga yang berbeza mengikut tempat serta penjual namun harganya sama juga mahal dan tinggi.

Apakah agaknya reaksi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Kepenggunaan mengenai kadar kenaikan harga baru bawang merah yang naik mendadak di Miri sama seperti air banjir yang melimpah selepas hujan lebat ?

Apakah rakyat sekali lagi akan disaran jangan makan bawang merah ? atau apakah rakyat juga akan dicadangkan supaya tanam bawang merah atas bumbung rumah bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan bawang merah dipasaran ?

Sabtu, Februari 19, 2011

Baru Bian isytihar keluar daripada PKR !!!!!'Z,'Z,'Z,'Z,'Z,

Pakatan Pembangkang khususnya Parti KeADILan Rakyat atau PKR hari ini sekali lagi menerima tamparan hebat apabila seorang yang telah diwar-warkan akan menjadi Ketua Menteri Boneka di Sarawak iaitu Encik Baru Bian telah mengambil keputusan yang sangat bijak untuk keluar meninggalkan perjuangan sia-sia dan tidak berfaedah bersama PKR.

Baru Bian juga merupakan seorang Peguwang terkenal di Sarawak yang pandai memilih mana satu kes yang senang dan mudah untuk dikendalikan sesuai dengan kemampuannya dan apa yang sangat penting ialah keutamaan diberikan kepada mana-mana kes yang akan memberi pulangan lumayan sekiranya beliau berjaya memenangi kes yang tertentu apabila disebut di mahkamah.

Sebab utama kenapa Baru Bian bertindak meninggalkan PKR adalah kerana tidak berpuas hati dengan cara pengurusan parti pada peringkat pusat terutama sekali Anwar Ibrahim yang didakwanya selalu bersikap 'cakap tak serupa bikin' serta tiada sama sekali pemimpin atasan PKR yang cuba untuk menghidupkan amalan demokrasi dalam parti malah lebih teruk lagi menurut Baru Bian ialah semua keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kepada ikut sedap hati dan bukannya dibuat berdasar kepada permuafakatan melibatkan ramai pihak.

Anwar Ibrahim yang baru mengetahui perkara tersebut terus menghubungi Baru Bian bagi mendapatkan kepastian samada benar atau tidak beliau berpaling tadah setelah begitu banyak pengorbanan Anwar curahkan kepada Baru Bian agar beliau dapat dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru dan seterusnya maka akan mudahlah bagi Anwar Ibrahim dan Azmin Ali menerokai apa saja hasil yang ada di atas muka bumi kenyalang ini dengan berkudakan Baru Bian.

Setelah berpuluh kali berusaha mendail nombor ke telefon bimbit Baru Bian namun semuanya gagal tetapi akhirnya Anwar Ibrahim baru teringat untuk menghubungi saja Baru Bian di pejabatnya dan ternyata usaha Anwar Ibrahim kali ini berjaya kerana telefon pejabat kebanyakkannya tidak memaparkan nombor telefon pemanggil sebab Baru Bian masih menggunakan telefon meja yang antik.

Baru saja Anwar Ibrahim hendak bercakap dengan Baru Bian secara tiba-tiba saja beliau merasakan pipinya seperti ditampar lembut oleh seseorang dari arah depan namun Anwar Ibrahim tidak mengendahkan langsung dan terus juga mahu berbual dengan Baru Bian.

Anwar Ibrahim : hi hello, salam 1Malaysia Tuan Peguwang..saya nih..Anwar..

(Wan Jijah)zzz : eh, abang..bang! bang! ..kenapa dengan abang ni ?

Anwar Ibrahim : hah!!! you pun panggil i abang juge ke Mr Baru...?!

(Wan Jijah)zzz : heiii!!! ..abang mimpin nih !!..tu lah..tidor alang-alang waktu..waktu senja pula tu..syaitan masuk bang!!

Anwar Ibrahim : HAH!!!...aku bermimpi rupanya... ..hishhh macam betul saja...petunjuk ke nih..

(Wan Jijjah)zzz : abang mimpi apa tadi???...

Anwar Ibrahim : mimpikan Baru Bian sudah keluar parti kita, PKR...hmmmmmm

(Wan Jijjah)zzz : alahhh...biarkan saja bang..kalau dia betul-betul mau keluar biarkanlah, ada lagi kuda-kuda kita kat Sarawak sana tu...abang boleh pilih nak tunggang yang mana satu...,bukan saja setakat kuda, keladi, kambing dan lembu juga ada...!!!aaahhh,,sudahlah abang pergi mandi dulu lepas tu kita sama-sama makan karipap !!!

Anwar Ibrahim : ...ye lah, ye lah, ye lah !...apa nak dikata,..dah nasib badan Jijah oooiiii!!!

Jumaat, Februari 18, 2011

Taib Mahmud kekal individu terkaya di Malaysia !!!

(kelihatan dalam gambar Pehin Sri Taib dengan Tan Sri Datuk Patinggi Dr George Chan paling kiri, Dato Sri William Mawan, Tan Sri Datuk Patinggi Alfred Jabu, Pengerusi Kumpulan Interhill Datuk Seri Hii Chang Pee, Isteri Taib Puan Sri Ragad, isteri Datuk Hii, isteri Tan Sri Jabu YBhg Puan Sri Empiang serta isteri Tan Sri Chan iaitu Datuk Lorna Muloon sedang menggaulkan 'yee sang' ketika kunjungan Ketua Menteri serta rombongan beliau ke rumah terbuka Tahun Baru Cina 2011 Datuk Seri Hii Chang Pee yang juga merupakan pemilik Hotel Pullman di Miri 5 February lalu)

Datuk Seri Hii Chang Pee merupakan salah seorang usahawan yang paling berjaya di Sarawak selain Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group, Tan Sri Yaw Teck Seng dari Samling Group, Tan Sri Datuk Ling Chiong Hoe dari Shin Yang Group, Datuk Wong Kie Nai dari WTK Group, Tan Sri Datuk Ting Pek Khing dari Ekran Group, Encik Lau Swee Ngoung dari Hua Seng Group, Datuk Jimmy Lau dari Kumpulan Zedtee, Datuk Lau Hui Kang dari KTS Group, Datuk Hamed Sapawi dari Naim Caindera dan lain-lain lagi.

Kejayaan usahawan-usahawan ini dalam menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada sebilangan besar rakyat Sarawak dan juga rakyat Sabah dengan mewujudkan begitu banyak syarikat-syarikat yang berbentuk hiliran seperti kilang, limbungan kapal serta syarikat pemaju perumahan, perladangan dan sebagainya di seluruh Sarawak sewajarnya memang patut mendapat sokongan berterusan daripada pihak pemerintah khususnya daripada kerajaan negeri Sarawak kerana dengan adanya syarikat-syarikat seperti ini maka pasti akan menawar berbagai peluang kerja serta akan membantu pihak kerajaan itu sendiri dalam usaha mengurangkan masalah pengangguran dikalangan rakyat Sarawak.

Tanpa sebuah kerajaan yang stabil dan kuat serta kalaulah sekiranya tanpa kepimpinan yang cekap sepertimana kerajaan Barisan Nasional di Sarawak di bawah pentadbiran Ketua Menteri YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud adalah sangat sukar bagi mana-mana usahawan ataupun hartawan untuk membangunkan serta memajukan perusahaan mereka dengan lancar dan berkesan juga tentu sekali juga adalah amat sukar bagi mereka untuk memperolehi projek-projek tertentu yang sesuai dengan kemampuan syarikat masing-masing dan seandainya berlaku keadaan seperti ini maka sudah tentulah peluang untuk rakyat mendapatkan kerja juga akan turut terjejas sama apabila ramai para majikan yang gagal meneruskan operasi syarikat mereka.

Inilah antara nikmat yang rakyat Sarawak dapat kecapi sehingga kini apabila terus untuk memilih politik pembangunan sebagai wadah perjuangan yang harus dipertahankan bagi menjaminkan masa depan rakyat akan terus terbela dan dijaga. Bagi saya tidak wujud sebarang kekayaan negeri yang telah dikumpul atau telah dibawa keluar dari Sarawak ini oleh Ketua Menteri sebagaimana yang sering didakwa oleh pemimpin Pakatan Pembangkang selama ini namun sebaliknya apa yang nyata ialah ada sesetengah daripada rakyat Sarawak sendiri yang selama 29 tahun dibawah kepimpinan Pehin Sri Taib mampu untuk meningkatkan tahap ekonomi serta pendapatan masing-masing misalnya dengan membuka syarikat perusahaan sendiri, syarikat guaman sendiri seperti yang dimiliki oleh Pengerusi PKR Sarawak encik Baru Bian.

Dan begitu juga dengan hartawan-hartawan di negara ini, mereka terus mampu menambahkan kekayaan mereka masing-masing dari setahun ke setahun tanpa ada sebarang halangan daripada pihak kerajaan yang sentiasa menerima tekanan kuat daripada pihak pembangkang termasuklah daripada rakan-rakan dalam komponen Barisan Nasional sendiri yang kita semua sudah sedia maklum bahawa mereka ini mahu agar 'hak keistimewaan kaum Bumiputera' serta Raja berperlembagaan dan semua yang berkaitan dengan kaum Bumiputera dihapuskan dan kemudiannya mereka mahu supaya 'hak kesamarataan' diwujudkan terhadap semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar keturuanan, bangsa dan kepercayaan mereka.

Nama seperti Tan Sri Robert Kouk atau lebih dikenali sebagai 'raja gula' yang sehingga kini masih kekal sebagai individu yang paling kaya di Malaysia apabila harta beliau kini sudahpun terkumpul sebanyak RM50.04 Billion mengatasi harta jutawan telekomunikasi Tan Sri Ananda Krishnan yang mempunyai harta terkumpul bernilai RM45.78 Billion membuktikan kepada kita semua betapa negara ini yang ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional dan diterajui oleh UMNO sebagai tulang belakang pemerintahan Malaysia sama sekali tidak sama seperti apa yang cuba digambarkan oleh para pemimpin DAP, segelintir pemimpin dalam MCA dan juga sesetengah dalam Gerakan kepada rakyat luar.

Khamis, Februari 17, 2011

Lelaki Singapore liwat kereta depan isterinya sendiri !!!



Apa dah nak jadi dengan dunia hari ini, semakin canggih teknologi yang dimiliki maka semakin giler pulak manusia dengan tabiat masing-masing !

? Adakah patut depan isteri sendiri si suami tergamak untuk melakukan seks songsang dengan meliwat kereta sendiri, lihatlah sendiri !!! he he he...

(video dari youtube dan sumber dari blog ArtHarun)

Rabu, Februari 16, 2011

Nik Aziz Nik Mat harus bertaubat - jawapan balas Tun M

JAWAPAN%20KEPADA%20NIK%20AZIZ

Artikel terbaru dan sangat menarik untuk dihayati oleh semua pautan dari laman blog Negarawan Terbilang YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ianya jelas diarah dan ditujukan kepada Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS yang selama ini sering beranggapan bahawa orang PAS semuanya serba sempurna dan semuanya betul belaka, tidak berdosa..bila mati semua masuk syurga tapi dalam pada itu juga selalu mendakwa orang lain selain orang PAS khususnya orang UMNO semuanya tidak betul, serba kekurangan dan bila mereka meninggal dunia maka Nik Aziz takkan bagi mereka masuk syurga.

Selasa, Februari 15, 2011

Abang Jo layak mengganti Pehin Sri Taib sebagai KM Sarawak

Jika sebelum ini Datuk Seri Dr Mohd Effendi Norwawi bekas ADUN Dalat yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Rejang telah disebut-sebut layak untuk menggantikan tempat YAB Pehin Sri Taib sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru.namun sejak pengunduran beliau dari kancah politik Sarawak beberapa tahun yang lepas telah menyaksikan bahawa negeri ini seolah-olah ketandusan seorang pemimpin yang berkemampuan untuk meneruskan dasar politik pembangunan yang diperjuangkan oleh Pehin Sri Taib Mahmud selama ini.

Tetapi dalam soal untuk mendapatkan seorang pemimpin yang berkelayakkan serta bersesuaian dari segi pengalaman, pendidikan, kewibawaan serta kesetiaan kepada parti dan sebagainya bagi menerajui kepimpinan kerajaan negeri bagi saya bukanlah masalah utama sebab BN Sarawak sebenarnya memang mempunyai banyak bakat-bakat pemimpin sepertimana yang dikehendaki oleh rakyat Sarawak cuma masalahnya mereka ini tidak pernah diketengahkan atau dididik kepada cara-cara bagaimana untuk mengepalai juga mengurus kerajaan negeri yang struktur kabinetnya mengandungi jumlah menteri yang ramai dan seterusnya ke arah mana rakyat serta negeri ini hendak dibawa.

Dalam kabinet negeri Sarawak sekarang ini kita boleh fokus kepada Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak yang juga Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) YB Dato Sri Abang Haji Johari bin Tun Abang Haji Openg sebagai satu pemimpin yang sepatutnya telah lama dibimbing dan beri tunjuk ajar kepada cara-cara menguruskan pembangunan serta ekonomi Sarawak dengan lebih cekap dan berkesan dan semua itu haruslah dilakukan bagi menjamin kesinambungan kerajaan Barisan Nasional di Bumi Kenyalang ini.

Lahir pada tanggal 4hb Ogos 1950, DS Abang Johari juga merupakan anak kepada bekas TYT Yang Di-Pertua Negeri Sarawak pertama adalah seorang pemimpin dalam PBB yang paling kanan dan begitu juga dalam kabinet negeri selain daripada Timbalan Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Alfred Jabu. Kesetiaan DS Abang Johari yang sentiasa teguh terhadap perjuangan PBB dan juga terhadap kepimpinan Ketua Menteri Pehin Sri Taib sejak dulu memang tidak perlu dipertikaikan lagi walaupun pernah beberapa ketika PBB berdepan dengan krisis dalaman yang kecil.

Mengambilkira sebahagian daripada apa yang telah tertulis di atas mengenai DS Abang Johari, maka tiada sebab sebenarnya untuk mengatakan bahawa Sarawak belum ada lagi pemimpin yang paling layak untuk menggantikan Ketua Menteri yang sedia ada sekarang ini cuma itulah masalahnya samada DS Abang Johari belum bersedia untuk mengambilalih pucuk pimpinan negeri ataupun memang tiada laluan diberikan kepada beliau untuk mewarisi teraju pentadbiran negeri.

Walaupun agak terlambat nampaknya bagi Barisan Nasional untuk menamakan pengganti kepada Pehin Sri Taib memandangkan tempoh mandat yang diberikan oleh rakyat akan berakhir pada bulan Julai ini namun pihak Kerajaan Negeri tidak boleh membiarkan semua itu akan terus berlaku yang mana akhirnya akan membuka ruang dan menjadi satu peluang pula kepada pihak Pakatan Pembangkang untuk dijadikan modal kempen dan memudahkan mereka memasang berbagai strategi untuk mempengaruhi rakyat.

Bila berbicara mengenai perkara-perkara seperti ini juga adalah diharap sangat agar Barisan Nasional Negeri jangan terlalu leka dengan anggapan selama ini bahawa 'Sarawak kubu kuat BN' untuk tidak melihat kepada sudut lain yang mungkin boleh mengurangkan kepercayaan rakyat terhadap BN Sarawak dan oleh itu BN Negeri tidak wajar untuk terus mengabaikan pandangan daripada sesetengah pihak dalam hal yang berkaitan kerana walaupun tampak kecil namun ianya tetap mempunyai nilai-nilai yang boleh mempengaruhi.

Isnin, Februari 14, 2011

Nik Aziz baru sedar bahawa orang Jakun adalah rakyat Malaysia !

Usia semakin mencecah 80 tahun dan beliau sudahpun mentadbir negeri Kelantan Darul Naim sebagai Menteri Besarnya sudah hampir lebih 20 tahun lama tetapi sebagai seorang Menteri Besar tentunya sebagai pemimpin adakah patut bagi YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat selama itu untuk tidak tahu langsung bahawa kaum Jakun merupakan sebahagian daripada suku kaum yang terdapat dalam masyarakat orang Asli di sebelah Semenanjung Malaysia.

Sangat pelik juga alasan yang diberikan oleh Mursyidul Am PAS itu atau dia dah tiada alasan yang lain lagi yang paling sesuai untuk menjelaskan kepada orang ramai berhubung dengan tuntutan maaf daripada suku kaum Jakun yang dihina oleh beliau baru-baru ini.

Samalah juga perangai Nik Aziz ini dengan Abdul Hadi Awang yang dulu pernah menghina rakyat Sarawak sebagai masih mengenakan cawat sebagai pakaian mereka..cuma bezanya Nik Aziz telah memohon maaf dari kaum Jakun atas keterlanjuran beliau itu namun Datuk Seri Hj Abdul Hadi sehingga saat ini belum lagi menarik balik penghinaan beliau terhadap rakyat Sarawak khususnya kaum Dayak spesis Baru Bian !

Valentine Day: Kuda DAP lari gagah berani !



14 February...hari kekasih...lagu khas untuk mereka yang suka berlari...

...berapa kali lari daaaaa... !!!

Ahad, Februari 13, 2011

Nurul Izzah sentiasa berprasangka buruk, tak sesuai dengan penampilan.

Kalau satu ketika dulu Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah dengan tanpa usul periksa telah mendedahkan sisitem pertahanan negara ketika berada di luar negara apabila beliau mempertikaikan banyak perkara yang melibatkan kemampuan kapal selam pertama negara iaitu KD Tunku Abdul Rahman untuk beroperasi mengawal perairan negara dari percerobohan anasir luar.

Secara tidak langsung perbuatan yang paling tidak bertanggungjawab anak perempuan sulung Anwar Ibrahim itu telah turut mendedahkan keselamatan negara ini kepada ancaman pihak musuh ataupun mungkin akan mengundang serangan yang tanpa diduga pasti akan berlaku sekiranya perbuatan mahu berkongsi maklumat berkenaan pertahanan negara sendiri dengan pihak negara lain maka ini juga tentu akan membuka peluang kepada pihak musuh untuk bertindak.

Baru-baru ini Nurul Izzah sekali lagi membuat tuduhan tidak benar yang pasti amat memalukan beliau sendiri selaku wakil rakyat yang berstatus sebagai seorang Ahli Parlimen apabila mempertikaikan kos pembinaan jejantas yang menghubungkan Pusat Konvensyen KLCC dengan Hotel Impiana KLCC sepanjang 153 meter yang menelan belanja sebanyak RM10 juta.

Beliau seperti sebelum ini tanpa usul periksa dan tidak pula merujuk kepada mana-mana pihak yang berkaitan dengan pembinaan jejantas itu bagi mendapatkan maklumat lengkap mengenai kos keseluruhan membina jejantas berkenaan dengan mudah telah menuduh kerajaan melakukan pembaziran sangat besar ke atas wang rakyat untuk menampung kos projek jejantas tersebut.

Apa yang nyata ialah, Nurul Izzah rupa-rupanya hanya suka membuat kenyataan liar ikut sedap hati beliau sendiri tanpa sebarang bukti apabila tuduhan beliau itu sudah di jawab oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar YB Senator Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang telah menyangkal semua dakwaan Nurul Izaah itu bila Menteri berkenaan menjelaskan bahawa kerajaan serta kementerian beliau tidak ada kaitan langsung dengan pembinaan jejantas itu kerana ianya ditanggung sepenuhnya oleh anak syarikat Petronas iaitu KLCC(Holding) Sdn. Bhd.

Macamana nak jadi seorang pemimpin kalau asyik untuk menipu rakyat dengan berbagai-bagai cerita palsu dan dakwaan yang tidak benar dan hanya rekaan semata-mata ? Bolehkah negara terus mencapai kemajuan, terus membangun, rakyat hidup rukun damai, harmoni kalau punya pemimpin yang bersikap seperti ini yang senantiasa suka mencari kesilapan pihak lain tanpa mahu melihat kepada kekurangan serta kesilapan dipihak mereka sendiri ?

Anwar Perlekeh Batik Malaysia, ..sebab Batik Indon jambu..lorrrrr!!


Sumber kali ini : AIDC
Kalau bercita-cita besar untuk menjadi pemimpin tertinggi di negara ini kenapa pula Anwar Ibrahim harus keluar negara sambil memburuk-burukkan nama baik negara serta menghina segala produk barangan dan sebagainya yang dikeluarkan dan dihasilkan oleh Malaysia.

Perlukah untuk beliau mendapat sokongan daripada pihak luar demi mencapai impiannya untuk menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia dan tidak perlu sokongan daripada rakyat negara ini sendiri ?

Inilah buktinya bakal pemimpin yang memang mementingkan diri sendiri serta kroni, asal hasrat untuk jadi Perdana Menteri tercapai peduli apa dengan itu semua...tak kiralah samada rakyat merasa terhina ke tak janji matlamat akan tercapai.

Sabtu, Februari 12, 2011

Cahaya turun atas kubah Masjid Al Aqsa dari langit, tanda2 akhir zaman ?



Di katakan kejadian aneh dan penuh misteri itu telah berlaku pada tengah malam Jumaat 28 January 2011 lalu di kawasan Baitulmaqdis dalam negara Palestine yang sering menjadi punca pertikaian dan rebutan oleh tiga pihak yang masing-masing mewakili agama samawi iaitu Islam, Kristian dan Yahudi.

Jika benar, apakah kejadian itu merupakan sebahagian petunjuk dari Yang Maha Esa kepada seluruh umat manusia di atas muka bumi ini bahawa apa yang telah disampaikanNya sepertimana yang tercatit didalam Kitab Injil dan juga Kitab Suci Al Quran mengenai kejadian Hari Kiamat kini sudah semakin hampir benar akan berlaku ?

Jumaat, Februari 11, 2011

Kenyataan KM kurang baik untuk proses peralihan kuasa di Sarawak

Sememangnya pandangan setiap seorang diantara kita mengenai banyak perkara yang tertentu itu adalah tidak sama dan walaupun untuk mewujudkan agar setiap pendapat itu akhirnya akan kelihatan senada apabila ianya dicapai secara sepakat dalam perbincangan yang diadakan secara berkelompok atau berkumpulan namun keinginan untuk menyuarakan pandangan sendiri mengenai hal yang berkaitan masih tetap ada dalam sanubari masing-masing.

Dan begitu juga dengan setiap rakyat di negara ini misalnya, mereka walaupun nampak berada dalam satu pertubuhan, persatuan dan sebagainya akan tetapi mereka sebenarnya tetap mempunyai pendapat yang berlainan dengan rakan-rakan lain dan demikian jugalah dengan mereka yang lainnya tetap mempunyai pendirian yang tidak serupa diantara satu dengan yang lain tetapi demi untuk kepentingan pertubuhan atau persatuan yang mereka sertai maka mahu tidak mahu mereka terpaksalah untuk menerima pandangan ramai dan mengenepikan sebarang perbezaan pendapat.

Namun apabila keluar berita di dada-dada akhbar hari ini mengenai kenyataan terbaru Pehin Sri Taib berkaitan pelan peralihan kuasa di Sarawak maka saya rasa seakan terpanggil untuk turut sama menulis serba sedikit pandangan di ruangan ini serta cuba untuk mengulas lanjut mengenainya kerana apa yang telah menarik perhatian saya ialah bilamana ketika dalam sidang media Ketua Menteri telah berkata "Jika ada mereka yang ingin menggantikan kami.., kami mahu tapi tidak mahu melepaskan kuasa jika tiada jaminan seorang itu baik atau pintar untuk memberikan pembangunan kepada rakyat Sarawak."

Walaupun saya sedar bahawa kata-kata tersebut sebenarnya ditujukan oleh Pehin Sri Taib kepada pihak pembangkang Sarawak khususnya PKR peringkat negeri yang di ketuai oleh Baru Bian yang kini kelihatan semakin gila kuasa dan pangkat tetapi dalam pada itu juga saya nampak bahawa mesej yang disampaikan oleh Ketua Menteri itu turut diarahkan kepada pemimpin muda atau pelapis dalam Barisan Nasional sendiri yang kelak pastinya akan mewarisi teraju kepimpinan daripada YAB Ketua Menteri Sarawak.

Sehingga ke hari ini rakyat Sarawak belum lagi dijanji atau diperlihatkan dengan bakal pemimpin yang akan mengganti serta meneruskan kepimpinan Pehin Sri Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri sekiranya beliau bersara dari pentadbiran negeri suatu hari nanti. Bagi saya dalam isu ini sepatutnya rakyat Sarawaklah yang harus diberikan satu jaminan yang kuat dengan menyediakan seorang pemimpin yang berwibawa, cergas dan berani bagi menerus dan memantapkan lagi politik pembangunan demi untuk faedah rakyat khususnya dan juga negeri Sarawak secara keseluruhannya.

Tapi apabila Pehin Sri Taib ada menyatakan bahawa kepimpinan beliau memerlukan seseorang pengganti yang 'baik dan pintar' bagi mengganti tempat beliau dan jika menurut beliau selagi belum ada calon pengganti yang mempunyai ciri-ciri seperti yang beliau mahukan, jadi apakah selagi itu juga rakyat Sarawak akan terus berada dalam dilema untuk mencarii seorang pemimpin negeri yang baru ?

Sebagai rakyat biasa, pengundi biasa..saya bukan bermaksud untuk menggesa agar Pehin Sri segera berundur tetapi perlu juga diingat bahawa lumrah dunia selalu menyaksikan bahawa 'tiap yang mula akan berakhir,' fenomena alam ada siang ada malam, umpama air ada pasang ada surut dan begitu jugalah dengan para pemimpin kita apabila telah sekian lama berada di puncak kuasa pasti akan tiba jua masanya untuk mereka memberi laluan kepada bakal pengganti mereka. Ini adalah kenyataannya.

Rakyat Sarawak wajar diperkenalkan lebih awal dengan barisan baru kepimpinan negeri dari Barisan Nasional yang bakal mengambilalih teraju kepimpinan negeri daripada pemimpin yang sedia ada sekarang ini sebabnya ialah rakyat Sarawak tidak sepatutnya hanya dijanjikan dengan bermacam-macam projek tetapi rakyat juga sangat ingin mengetahui lebih awal tentang bakal pemimpin mereka serta barisan kepimpinan Sarawak nanti selepas pilihanraya negeri selesai sekiranya berjaya membentuk kembali kerajaan negeri.

Barisan Nasional Sarawak perlu juga melihat bagaimana pihak Pakatan Rejim Pembangkang, disamping pihak mereka menjanjikan berbagai-bagai jenis "gula-gula" kepada rakyat Sarawak bagi menghadapi pilihanraya negeri akan datang, mereka juga sudah siap dengan 'pemimpin bayangan' bagi menambat hati para pengundi di negeri Sarawak ini dan mereka nampak sangat tidak hanya menjanjikan projek-projek yang tertentu semata-mata kepada rakyat melainkan bakal pemimpin negeri juga turut dikemukakan bersama.

Khamis, Februari 10, 2011

Selain DUN Semop, Parlimen Mukah juga perlu wakil rakyat yang baru !

Jika rakyat di kawasan DUN Semop yang diwakili oleh wakil rakyatnya YB Datuk Sri Dr Haji Awang Asfia Awang Nassar bangkit menuntut Ketua Menteri Sarawak yang juga Pengerusi BN Negeri YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud agar menggugurkan wakil rakyat yang sedia ada dan menggantikan dengan muka baru untuk DUN Semop, maka begitulah juga harapan yang telah lama dipendam oleh rakyat di kawasan Parlimen Mukah yang mahu supaya Pehin Sri Taib tidak mencalonkan semula YB Datuk Sri Dr Muhammad Leo Micheal Toyad sekiranya berlaku pilihanraya yang serentak antara negeri dan juga PRU yang ke-13 dalam masa yang terdekat ini.

Ramai di kalangan pemimpin PBB Bahagian di kawasan Parlimen Mukah satu ketika dulu iaitu semasa PRU-12 pernah menyuarakan perkara yang sama kepada Pehin Sri Taib agar Dr Leo Toyad tidak dicalonkan semula sebagai Ahli Parlimen Mukah namun mereka terpaksa akur dengan kehendak dan keputusan Pehin Sri Taib yang tetap mahu Dr Leo terus diletak sebagai calon PBB di Parlimen Mukah. Ada yang berani mengsyorkan kepada Pehin Sri Taib sekiranya beliau masih mahukan Dr Leo bertanding pada PRU-12, maka beliau hendaklah diletakkan di kawasan Parlimen yang lain seperti di Parlimen Limbang dan juga di Parlimen Lawas.

Saya bukannya untuk mengatakan yang Datuk Dr Leo tidak lagi layak untuk berkhidmat sebagai seorang wakil rakyat bagi kawasan Parlimen Mukah atau tidak berkemampuan lagi dari segi fizikalnya untuk menyumbangkan bakti kepada rakyat dan negara tetapi sebagai rakyat yang lebih memahami dan lebih merasai adanya kekurangan pada seseorang wakil rakyat itu dari pihak yang hanya tahu "mencalon" maka saya mahu kepimpinan tertinggi BN Sarawak lebih peka dengan kehendak rakyat bawahan dan dengarilah suara rakyat yang mengundi dan bukannya hanya mahu agar rakyat akur untuk menerima apa saja benda yang diletak depan mata.

Kami rakyat di Parlimen Mukah sangat memerlukan seorang pemimpin yang selalu dekat dengan rakyat serta senang didekati dan yang paling penting ialah selalu meninjau permasalahan yang dihadapi oleh rakyat serta melawat para penduduk di kawasan yang di wakili dan bukannya yang hanya tahu membuang masa ditempat yang tidak sepatutnya membelai rambut bini baru !

Akhir sekali, harapan ialah supaya kepimpinan tertinggi PBB khususnya dan kepimpinan BN Sarawak amnya untuk melihat kepada potensi yang ada pada ADUN N.50 Dalat iaitu YB Datin Fatimah Abdullah yang pada saya memang layak dan sesuai sekali untuk dicalonkan bagi mewakili rakyat di Parlimen Mukah pada PRU-13 nanti. Rakyat di Parlimen Mukah perlu seorang wakil yang benar-benar gigih dalam usaha untuk meningkatkan tahap kehidupan mereka disamping berani menyuarakan permasalahan rakyat ketika menyertai sessi perbahasan untuk sesuatu usul yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat.

Rabu, Februari 09, 2011

Forum Bicara Rakyat: Buku Jingga (Rakaman Penuh)

Video Bicara Rakyat 'Buku Jingga 100 Hari' ..terima kasih Sayed Munawar, TV1 dan RTM !

Terlebih dulu saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada pengacara serba-boleh RTM iaitu Tuan Haji Sayed Munawar Sayed Mustar, juga pihak TV1 serta semua pihak di RTM kerana telah sudi untuk memenuhi permintaan kita semua khususnya rakan-rakan blogger yang ketinggalan untuk mengikuti siaran langsungnya agar rakaman untuk rancangan Bicara Rakyat yang di siarkan oleh TV1 pada 5 February 2011 lalu dimuat-naik dalam laman sesawang khas RTM dalam bentuk video bagi memudahkan kita mengikutinya semula.

Program Bicara Rakyat pada tarikh berkenaan yang dikendalikan oleh Sayed Munawar telah mengundang tiga panelis ke studio iaitu Datuk Dr Mahani Zainal Abidin dari ISIS, Anggota Parlimen Hulu Selangor YB P. Kamalanathan dan Pengarah Strategik PKR saudara Rafizi Ramli. Bagi kami ia merupakan satu program yang sangat istimewa kerana ianya khusus untuk mengupas mengenai isi kandungan yang telah digariskan dalam "Buku Jingga" serta 'janji 100 hari' Pakatan Pembangkang yang telah dilancar secara bersama oleh DAP, PKR dan PAS pada 19 Disember 2010 lalu di Pulau Pinang.

Dalam video ini kita boleh ikuti antaranya ialah perbincangan hangat diantara saudara Rafizi yang kelihatan begitu bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kandungan Buku Jingga itu walaupun beliau nyata terkial-kial untuk menjawab soalan yang diajukan oleh YB P. Kamalanathan berhubung dengan masalah pentadbiran kerajaan Pakatan Pembangkang di negeri Selangor serta bagaimana beliau sedaya upaya cuba untuk menepis setiap hujah yang dikemukakan oleh pakar ekonomi Datuk Dr Mahani mengenai munasabahnya segala janji yang terdapat di dalam Pelan 100 Hari itu.

Maaf semua, sebab saya telah gagal untuk memuat-naik rakaman video ini yang mempunyai tempoh masa selama 50:43 saat. Mungkin kerana liputan talian internet yang terlalu rendah dan lembab. Video ini juga boleh dilihat atau dimuat turun di akaun FB Tuan Sayed Munawar yang telah dipautkan di FB beliau.

Atau anda juga boleh mengikuti rakaman video ini di http://www.rtm.gov.my/tv1/index.php?option=com_content&view=article&id=70&Itemid=132&lang=en , dan terus di http://www.rtm.gov.my/  pilih VO1, pilih Bicarawara dan pilih Bicara Rakyat..ok ! Selamat mengikuti...semoga kita semua boleh menilai sendiri apa yang telah cuba dijelaskan oleh saudara Rafizi, samada pelan 100 hari yang dilancarkan oleh pihak Pakatan itu hanyalah satu janji manis semata-mata untuk mengaburi mata rakyat.

Selasa, Februari 08, 2011

"ADUN BN Sarawak berbohong kpd PM" tuduhan Daud Rahman tidak wajar !

Tuduhan yang telah dilemparkan oleh ADUN Barisan Nasional kawasan Tupong yang juga Menteri Di Pejabat Ketua Menteri bahagian Hal Ehwal Islam iaitu YB Datuk Daud Abdul Rahman terhadap beberapa rakan ADUN BN lain sebagai telah berbohong kepada YAB Datuk Seri Mohd Najib adalah sangat tidak wajar sama sekali.

Sebagai seorang ADUN yang mempunyai kedudukan didalam kabinet kerajaan negeri sepatutnya Datuk Daud Rahman lebih berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan apatah lagi yang membabitkan rakan-rakan seperjuangan dalam Barisan Nasional.

Saya tidak nampak apa faedahnya dari tuduhan yang telah dibuat oleh Datuk Daud itu akan dapat membantu meningkatkan keyakinan rakyat terhadap BN malah besar kemungkinan ianya pasti akan menambah lagi ketidakpercayaan rakyat Sarawak khususnya di kawasan separa bandar dan juga di bandar-bandar besar terutamanya apabila isu ini nanti akan dijadikan sebagai modal kempen politik oleh pihak pembangkang.

Kedudukan Datuk Daud sebagai seorang menteri dalam kabinet Sarawak memberi kelebihan kepada beliau untuk memperbetulkan sesuatu kesilapan atau kekurangan di pihak BN sekiranya ada dan bukannya menyebarkan sebarang maklumat yang sepatutnya dikongsi bersama dengan rakan-rakan lain dalam BN sehingga boleh merugikan pihak Barisan Nasional itu sendiri apabila perkara sedemikian sudah didedahkan kepada umum.

Yang lebih menyakitkan hati ialah apabila Datuk Daud tidak menyebut siapa yang beliau maksudkan, mana satu ADUN BN Sarawak yang telah berbohong kepada Perdana Menteri? Sebagai rakyat Sarawak saya sangat malu bila ada dikalangan wakil rakyat Sarawak dikatakan sebagai pembohong lebih-lebih lagi apabila tuduhan bukannya datang dari pihak pembangkang tetapi dibuat oleh rakan sekelambu dari dalam parti BN sendiri.

Apakah motif sebenar Datuk Daud sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang keterlaluan seperti itu? Bagi saya apa gunanya Perdana Menteri yang telah menemui mereka pada Ahad lalu secara berkumpulan dan tidak serentak dengan mereka yang seramai 62 orang jika apa yang dibincangkan oleh rakan-rakan yang lain dengan Perdana Menteri pada hari berkenaan dengan sesuka hati saja dihebahkan kepada pihak luar.

Kalau iyapun sekinya Datuk Daud masih mahu dicalonkan semula sebagai Wakil Rakyat pada pilihnraya negeri akan datang maka janganlah rakan yang lain dalam BN pula hendak dijadikan sebagai mangsa alas untuk berpijak tetapi alangkah baiknya sekiralah kalau ada yang tak kena berlaku dalam lingkungan sesama rakan dalam BN, bawa berbincang secara keluarga besar atau biarkan saja Ketua Menteri dan Perdana Menteri yang buat penilaian dan tak perlu untuk Datuk Daud menyerang rakan lain dalam BN secara terbuka begitu.

Kini, tanpa Datuk Daud sendiri sedari ekoran kenyataan beliau itu, maruah Barisan Nasional Sarawak sudah tercalar dengan teruk sekali. Mana tidaknya, belum pernah berlaku dalam sejarah politik Barisan Nasional Sarawak ada wakil rakyatnya sanggup berbohong kepada seseorang Perdana Menteri sebagaimana yang telah didakwa oleh Datuk Daud. Inilah kali pertama. Bagi pihak lain, mereka pasti berpendapat kalau dah sanggup berbohong kepada Perdana Menteri apatah lagi kepada rakyat bawahan yang diwakili. Seluruh rakyat Sarawak telah mendapat malu !

Isnin, Februari 07, 2011

Anwar sifatkan Malaysia umpama Mesir, Taib Mahmud serupa Hosni Mubarak dan dia sama seperti Elton John !

Ketika di Kuching Sarawak, Ketua Diktator PKR Anwar Ibrahim dengan nada sinis telah menyifatkan Malaysia saling tak ubah sama seperti negara Mesir yang kini sedang bergolak tetapi katanya lagi walaupun tak seburuk Mesir tetapi halatuju Malaysia yang dipimpin oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak lebih ke arah jalan yang sama seperti yang telah diamalkan oleh kerajaan Mesir sebelum ini.

Mengenai Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pula, Anwar ketika berceramah dihadapan dua tiga kilogram penyokong PKR di Taman Sukma Kuching turut menggelarkan pemimpin veteran Sarawak itu dengan Presiden Hosni Mubarak. Kata Anwar sama, kalau Hosni Mubarak sudah 32 tahun menjadi Presiden Mesir maka Pehin Sri Taib pula semakin hampir mencecah 30 tahun.

Memang benar, Anwar betul dalam hujahnya, tetapi Anwar Ibrahim silap apabila hanya melihat kepada tempoh masa Hosni dan Taib berkuasa kerana Anwar tidak pernah membangkit akan sistem pemerintahan yang digunakan oleh Mubarak gunapakai selama beliau berkuasa sehingga beliau boleh bertahan selama tiga dekad sebagai Presiden Mesir.

Dan begitu juga, Anwar langsung tidak pernah cuba untuk menyentuh berkenaan sistem pemerintahan yang bagaimana digunakan oleh Pehin Sri Taib Mahmud sehingga menyebabkan khidmat beliau sebagai Ketua Menteri masih terus diperlukan oleh sebilangan besar rakyat Sarawak sehingga sekarang walaupun usianya kini telah menjangkau ke 75 tahun.

Mengenai Malaysia yang Anwar samakan dengan Mesir, beliau telah lupa banyak perkara antaranya ialah kalau di Mesir, mana-mana pembangkang yang dilihat boleh mengancam kepada kedaulatan Mesir maka pihak berkenaan akan diusir keluar dari Mesir dan perlu menjalani kehidupan sebagai pemimpin dalam buangan di negara lain tetapi sangat berbeza dengan Malaysia yang hanya membiarkan mana-mana pemimpin pembangkang untuk menghina, mencerca dan memburukkan nama baik tak kira didalam mahupun diluar negara dan kerajaan Malaysia tidak pernah mengambil tindakan terhadap para pengkhianat negara dan bangsa sebagaimana yang pernah Anwar sendiri lakukan beberapa ketika dulu.

Yang peliknya pada malam itu ialah PKR yang digembar-gemburkan sebagai sebuah parti yang memperjuangkan keadilan, kebebasan bersuara serta sebagai sebuah parti penegak kepada sistem demokrasi untuk negara ini, namun tiada seorangpun daripada puluhan penyokong PKR yang hadir pada malam berkenaan yang berani berdiri untuk bertanya beberapa soalan kepada Anwar seperti apabila beliau mendakwa yang Malaysia lebih kurang seperti Mesir dan Taib Mahmud sama seperti Hosni Mubarak, jadi orang ramai yang hadir pada sessi ceramah politik malam itu boleh meminta Anwar memberikan alasan kenapa dia berpandangan sedemikian.

Hadirin yang mendengar ceramah Anwar pada malam itu termasuklah Baruk Bian, Dominique Ng, Ahmab Nazib Johari dan beberapa orang lagi mereka yang tertipu dan tak sedar-sedar lagi di Sarawak dengan mulut yang terngaga-nganga mendengar celoteh Anwar hanya mampu menyahut ucapan Anwar dengan kata "Oh Yes Sir !, Oh Yes Sir !, Oh Yes Sir !...oooooooooooo ya!!!...ooooo..yaaaa....oh yessssssssss!!!

Sabtu, Februari 05, 2011

Ketua AMK Sarawak turut dijangkiti penyakit Anwar, gila debat!

Ahmad Nazib Johari, satu nama yang agak baru dalam percaturan politik tanahair khususnya di Malaysia namun di Sarawak nama Ahmad Nazib Johari sudah dikenali oleh sesetengah diantara rakyat Bumi Kenyalang ini dan tidak kurang juga sesetengah daripada rakyat di negeri ini yang langsung tidak mengenali Ahmad Nazib. Tak pe, saya akan bantu promosikan beliau dan saya harap selepas ini beliau akan keluar PKR dan sokong BN pulak :-)

Beliau adalah Ketua Pemuda Parti KeADILan Rakyat(AMK) Sarawak iaitu pengikut Anwar Ibrahim, pendokong dasar perjuangan Pakatan Pembangkang atau lebih tepat lagi adalah penentang kepada dasar politik pembangunan BN Sarawak yang dibawa oleh Ketua Menteri YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud. Perkataan yang lebih sesuai bagi saudara Ahmad Nazib Johari ialah beliau adalah penentang kepada dasar yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional baik di peringkat pusat mahupun pada peringkat negeri.

Baru-baru ini saudara Ahmad Nazib telah mengajak Ahli Parlimen Petra Jaya yang juga Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) merangkap Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi YB Datuk Dr Hj Fadillah Yusof untuk berdebat dengan beliau. Menurut Ahmad Nazib, beliau sebenarnya telah lama mengidam untuk mengadakan debat dengan Datuk Fadillah namun katanya lagi beliau hampa kerana tiada sebarang respon daripada Timbalan Menteri berkenaan.

Tambah Ahmad Nazib lagi, keengganan Datuk Dr Fadillah untuk menyahut cabaran debat yang dikemukakan oleh beliau itu mungkin kerana Ketua Pemuda PBB itu takut atau tidak berani untuk berdepan dengannya. Walaubagaimanapun menurut Ahmad Nazib, beliau sentiasa bersedia bila-bila masa untuk berdebat dengan Datuk Dr Fadillah dan sangat berharap agar satu hari nanti Dtuk Dr Fadillah akan menerima jemputan debat daripada beliau.

Menurut Ahmad Nazib lagi, tujuan sebenar beliau mahu berdebat dengan Datuk Dr Fadillah adalah untuk membahaskan tentang isu halatuju para pemuda di Sarawak, ke arah mana mereka hendak dibawa...Barisan Nasional nak bawa ke mana, Pakatan Haram pula nak bawa pemuda dan anak-anak muda ke arah mana, keluar negara atau ke pulau-pulau...he he he..

Kepada Ahmad Nazib saya ingin berpendapat, tak payahlah berdebat..., buang masa saja..tiada perkara atau masalah yang membelenggu mana-mana rakyat akan mampu diselesaikan dengan hanya kebijaksanaan berdebat. Tentang anak-anak muda atau pemuda Sarawak tu, saudara tak payah risaulah...Barisan Nasional tak akan bawa mereka ke Hong Kong, ke Thailand atau ke Singapura.

Di Sarawak pula kerajaan Barisan Nasional telah lama menyediakan asas-asas yang penting menjadikan tenaga muda Bumi Kenyalang sebagai fokus utama dan lengkap dengan segala peluang pekerjaan cuma tinggal pada rakyat atau pemuda saja untuk membuat keputusan samada mahu segera merebut peluang yang terbentang dihadapan mata ataupun sebaliknya.

Kalau setakat PKR tu yang sering bawa pemuda keluar negara, bawa ke Singapura, bawa ke Thailand dan bawa ke Hong Kong dan disediakan pulak dengan 'bilik misteri he he' atau 'connecting room' dah kira biasalah tetapi bagi Barisan Nasional tak pernahpun buat drama macam tu...kalau ada pun pemuda yang keluar negara adalah mereka yang mewakili negara dalam bidang sukan untuk mengharumkan nama negara dan bukannya untuk menghina atau memburuk-burukkan nama baik Malaysia di negara lain seperti yang biasa Anwar Ibrahim lakukan.

Kepada semua ahli-ahli PKR Sarawak, kalau di Semenanjung sana sudah begitu ramai ahli-ahli mereka yang telah keluar daripada parti termasuklah para pemimpin serta pengasas asal PKR tetapi kenapa pula kita di Bumi Kenyalang ini yang masih begitu bersungguh-sungguh mempertahankan parti yang tidak tahu hujung pangkal perjuangannya malah perjuangan PKR yang kini sudah kelihatan semakin lemah dan longlai sama seperti perjuangan Parti Maju Sarawak(PERMAS) seketika dulu yang kini batu nisannya pun entah dimana letaknya.

'Buku Jingga' di TV1: penjelasan Pengarah Strategis PKR bercelaru

Semalam saya ikuti rancangan 'Bicara Rakyat' TV1 yang dikendalikan oleh saudara Sayed Munawar Sayed Mustar dan saya telah menonton rancangan tersebut dari awal ia bermula seperti biasa jam 10 sehinggalah siaraan berkenaan tamat pada jam 11 malam.

Tajuk yang dikupas adalah "Buku Jingga -janji manis?", sangat menarik minat saya untuk mengikuti program berkenaan yang menyaksikan tiga tetamu jemputan Sayed Munawar iaitu seorang pakar ekonomi atau Pengarah Kajian Strategik dan Antarabangsa(ISIS) Datuk Dr Mahani Zainal Abidin, Ahli Parlimen Hulu Selangor YB P. Kamalanathan dan juga Pengarah Strategis PKR saudara Rafizi Ramli.

Apa yang lebih menarik ialah apabila sampai kepada giliran saudara Rafizi untuk menerangkan segala isi kandunagan didalam 'buku jingga' tersebut terutamanya mengenai janji '100 hari' yang menjadi isu utama perbincangan semalam, dimana pada awalnya kelihatan saudara Rafizi nampak begitu ghairah dan yakin dengan hujah andaian beliau namun dengan mudah dipatahkan dengan hujah daripada YB P. Kamalanathan dan juga Datuk Dr Mahani yang memang mempunyai asas.

Contohnya bagaimana saudara Rafizi gagal untuk menjawab dengan baik dan segera soalan melalui panggilan telefon yang ditimbulkan oleh seorang penonton dari rumah mengenai janji 100 hari, mengenai soalan oleh Datuk Dr Mahani iaitu darimana punca kewangan yang akan digunakan oleh kerajaan Pakatan Pembangkang kelak sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan baru berikutan keputusan mereka untuk membatalkan bayaran tol, pemansuhan subsidi barangan, pemberian bonus kepada guru dan sebagainya.

Dan begitu juga setelah saudara Rafizi pada mulanya dengan begitu bangga menyataka bahawa kerajaan Selangor sejak di perintah oleh Pakatan Pembangkang DAP/PKR/PAS telah berjaya menunaikan segala janji kepada lebih daripada 1.5 juta rakyat Selangor sebagaimana yang pernah mereka taburkan pada PRU-12 2008 dulu malah kata saudara Rafizi lagi bahawa pihak Pakatan telah berjaya memberi lebih laba kepada rakyat iaitu melebihi dari apa yang pernah mereka janji kepada rakyat semasa pilihanraya umum ke-12 lalu.

Tetapi apabila ditanya oleh YB P. Kamalanathan kalau benar apa yang didakwa oleh saudara Rafizi itu yang janji mereka sudah ditunaikan setelah dua tahun memerintah Selangor tetapi mengapa pula sehingga ke hari ini isu hutang kerajaan Selangor dengan TNB atau bil tertunggak untuk 14 ribu tiang elektrik sepanjang jalan Hulu Selangor belum lagi dibayar dan dilunaskan, tapi malangnya saudara Rafizi hanya mampu menjawab dengan menyalahkan kerajaan yang terdahulu iaitu BN dalam hal tersebut walhal beliau seperti tidak sedar yang Selangor sudah lebih dua tahun berada dibawah pemerintahan kerajaan Pakatan Pembangkang.

Kalau begitulah sikap BN sejak negara merdeka iaitu sejak mula mengambilalih kuasa mentadbir negara daripada tangan penjajah dulu maka sudah tentulah sampai sekarang rakyat Malaysia akan hidup seperti zaman perang dunia kedua kerana kerajaan BN akan sentiasa menyalahkan pentadbiran penjajah dulu yang menyebabkan kehidupan rakyat mundur tanpa ada sebarang usaha sendiri bagi memajukan negara serta mengubah nasib hidup rakyat.

Tambah memalukan lagi apabila saudara Rafizi menyentuh soal kadar kemiskinan dikalangan rakyat negara ini dengan angka-angka serta peratusannya entah betul entah tidak dan beliau juga apabila beliau telah tersasul dengan tanpa sengaja barangkali telah tersebut perkataan singkat EPU(bahasa orang pakar ekonomi) maka dengan mudah disanggah oleh Datuk Dr Mahani yang kemudiannya telah menerangkan kepada saudara Rafizi bahawa cara bagaimana peratusan kadar kemiskinan rakyat disesebuah negara itu ditentukan mengikut penilaian yang telah dibuat pada peringkat antarabangsa dan bukannya ditentukan oleh satu-satu negara itu sendiri.

Kesimpulannya ialah, pada malam semalam dalam rancangan 'Bicara Rakyat', amat jelas kelihatan yang saudara Rafizi yang memberi penerangan kepada seluruh rakyat Malaysia, kepada dua orang rakan teamu jemputan serta kepada pengacara saudara Sayed Munawar mengenai isi kandungan 'Buku Jingga' yang dipersoalkan kebenarannya ternyata penjelasan yang beliau berikan cuma bersandarkan kepada teori atau andaian semata-mata dan bukannya berlandaskan terhadap mana-mana perkara sebelumnya yang boleh dijadikan oleh pihak Pakatan Pembangkang sebagai satu panduan dalam menjayakan program 100 hari mereka itu.

Jumaat, Februari 04, 2011

CNY 2011 di Miri bersama PM adalah pemilihan yang tepat !

Segala persediaan serta persiapan untuk majlis perasmian Perayaan Tahun Baru Cina 2011 peringkat kebangsaan yang berpusat di bahagian Miri pada kali ini nampaknya semakin giat dijalankan. Dataran Kipas Miri telah dipilih sebagai tapak perayaan dan kelihatan ramai para petugas yang terlibat dalam kerja-kerja untuk menyiapkan segala keperluan berkaitan bagi memastikan majlis itu nanti berjalan dengan lancar dan berjaya sejak berminggu-minggu yang lalu.

Perayaan yang akan dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Sallahuddin pada malam Isnin hari Ahad 6hb February 2011 akan turut dihadiri oleh Toh Puan Hajjah Norkiah serta tetamu khas iaitu Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, dan Isteri YABhg Datin Seri Rosmah Mansur, Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud serta isteri dan juga Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim yang juga akan disertai oleh isteri.

Majlis perayaan yang dikelolakan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang bertemakan "Jalinan 1Malaysia" itu pada sebelah malamnya juga akan turut diserikan dengan persembahan oleh beberapa artis terkenal tanahair termasuklah raja pop Jamal Abdillah dan juga beberapa penyanyi tempatan.

Disamping kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak dari Barisan Nasional yang turut memeriahkan malam perayaan itu nanti adalah dijangka ramai diantara Ahli-ahli Parlimen BN khususnya dari Sarawak serta Menteri-menteri Kabinet Persekutuan dan negeri akan turut hadir sama.

Pemilihan bahagian Parlimen Miri yang dikuasai oleh Barisan Nasional yang ketiga-tiga DUN didalamnya iaitu DUN N.63 Piasau yang diwakili oleh Timbalan Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, DUN N.64 Pujut YB Andy Chia dan DUN N.65 Senadin yang diwakili oleh Menteri Muda Komunikasi Sarawak YB Datuk Lee Kim Shin sebagai pusat perayaan peringkat Nasional untuk Sarawak memang tepat sekali.

Selain disebabkan oleh faktor tersebut mengapa Miri dilihat sebagai pilihan yang tepat untuk pusat perayaan berkenaan, maka sebab lain yang tidak kurang pentingnya ialah betapa melihat kepada kegigihan serta kesungguhan pasukan Wawasan BN Parlimen Miri yang diketuai oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air YB Datuk Seri Peter Chin Fah Kui yang turut dianggotai oleh ADUN Piasau, ADUN Pujut serta ADUN Senadin untuk memastikan kawasan Parlimen Miri terus dikuasai oleh Barisan Nasional dan oleh itu adalah tepat untuk menghargai bakti mereka dengan menganjurkan perayaan penting seumpama itu di kawasan yang mereka wakili.

Saya secara peribadi sangat berbangga melihat betapa cergasnya pasukan Wawasan BN Parlimen Miri dalam usaha mereka untuk terus berbakti kepada rakyat tanpa mengira bangsa ataupun agama, sering turun padang menemui rakyat yang diwakili serta pengundi tanpa menunggu waktu pilihanraya semata. Boleh dikatakan keempat-empat wakil rakyat dari BN ini iaitu Datuk Seri Peter Chin, Tan Sri Dr George Chan, YB Andy Chia dan Datuk Lee Kim Shin kalau tidak secara berpasukan tetap akan turun menemui rakyat walaupun secara bersendirian bersama dengan para pegawai masing-masing bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh rakyat setempat.

Kegigihan yang telah ditunjukkan oleh pasukan Wawasan Parlimen Miri untuk mencapai kejayaan seharusnya menjadi ikutan kepada beberapa orang Ahli Parlimen yang lain di Sarawak misalnya di kawasan Parlimen Mukah. Rakyat memerlukan seorang wakil rakyat khususnya peringkat parlimen yang boleh bekerja untuk rakyat, yang selalu turun berjumpa dengan para pengundi dan bukannya mempunyai seorang Ahli Parlimen yang hanya menjadi "tunggul kayu" selama 7 penggal berturut-turut.

Oleh itulah apabila saya mendapat tahu yang Bandaraya Miri telah dipilih sebagai Pusat Perayaan Peringkat Nasional pada tahun ini untuk perayaan Tahun Baru Cina sudah pastilah saya berpendapat itu adalah satu keputusan yang tepat dan betul selain bahagian berkenaan juga sebagai kubu kuat kepada Barisan Nasional sudah tentulah rakyat disitu berhak untuk mendapat penghargaan daripada pihak kerajaan dengan mengadakan beberapa majlis kebesaran agar ianya akan lebih mendekatkan lagi para pemimpin negara dengan seluruh rakyat.

Rabu, Februari 02, 2011

Semua orang perlu melihat pergolakan di Mesir dari semua sudut...

Apa yang telah berlaku di negara Mesir sekarang ini hendaklah dihayati serta dilihat oleh semua pihak bukan hanya setakat mereka yang memang jelas sudah sekian lama tergila-gila untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia tetapi juga kepada mereka-mereka yang sudah terlalu lama memegang kuasa baik dalam mana-mana parti, kerajaan pusat ataupun kerajaan negeri tak kiralah di pihak pemerintah mahupun di pihak pembangkang.

Rakyat walaupun sememangnya tahu bahawa betapa besarnya jasa setiap pemimpin itu namun apabila setiap rakyat itu sudah menyedari yang masa untuk seseorang pemimpin berkenaan perlu berundur bagi memberikan laluan kepada pemimpin baru mentadbir sesebuah negeri maka apa yang di harap oleh rakyat ialah akan berlakunya peralihan kuasa yang aman dalam suasana demokrasi maka ini bermakna rakyat mahu tahu barisan pemimpin pelapis yang akan meneruskan kepimpinan selepas pemimpin yang lama sudah berundur.

Saya melihat krisis kepimpinan negara sebagaimana yang sedang melanda negara Mesir waktu ini adalah satu mesej yang amat jelas daripada rakyat kepada mana-mana pemimpin yang sudah terlalu lama berada ditampuk pemerintahan agar mereka jangan terlalu leka dengan kuasa yang dimiliki tetapi sebaliknya setiap pemimpin itu perlu melihat dan mendengar kemahuan suara rakyat yang mahukan pembaharuan atau peralihan kuasa tanpa perlu menunggu gerakan wujud untuk mengguling mereka sebagai pemimpin.

Dan begitu juga kepada pemimpin-pemimpin yang sentiasa menyimpan angan-angan untuk menjadi seorang Perdana Menteri dan juga untuk menjadi seorang Ketua Menteri, sekiranya perjuangan mereka semata-mata hanya untuk mendapatkan kuasa bagi dua jawatan tertinggi itu namun pada akhirnya, sekiranya mereka sudah berjaya menduduki kerusi Perdana Menteri dan juga Ketua Menteri maka segalanya akan menjadi sia-sia saja apabila setiap urusan mentadbir negara atau negeri akan diatur oleh pihak luar dan bukannya daripada diri mereka sendiri.

Kepada pemimpin dalam kumpulan yang gila kuasa seperti ini diharap mereka sudi merenungi apa yang telah dan sedang berlaku di negara Mesir sebagai satu panduan kepada mereka supaya segera sedar bahawa walau sekuat manapun kuasa berada didalam genggeman mereka sebagai pemimpin namun semuanya tidak akan memberi sebarang makna apabila rakyat sudah mulai muak dan bosan sehingga memaksa rakyat untuk bangkit serta bangun memprotes. Tepuk dada tanya selera...

Selasa, Februari 01, 2011

Pemberontakan di Mesir adalah kemenangan Amerika Syarikat !

                                                          (Presiden Hosni Mubarak)

Siri rusuhan yang semakin membesar berlaku di Mesir pada waktu ini merupakan satu kemenangan serta kejayaan yang begitu bermakna dan penuh erti bagi negara pengganas nombor satu dunia iaitu Amerika Syarikat.

Apa yang telah berlaku di negara Mesir saat ini turut menjelaskan kepada kita semua betapa pihak Amerika Syarikat hanya akan terus menyokong serta memerlukan seseorang pemimpin dari negara-negara yang tertentu selagi pihak Amerika Syarikat merasakan seseorang pemimpin itu masih boleh dipergunakan untuk kepentingan mereka.

Akan tetapi sekiranya pihak Amerika Syarikat sudah mulai merasakan yang seseorang pemimpin negara yang tertentu itu sudah mula kehilangan sokongan daripada rakyat dan kuasa pula semakin menurun maka tanpa rasa segan silu pihak Amerika Syarikat boleh dengan tiba-tiba berubah angin dari sebelum ini menyokong tetapi bila ada masalah akan bertukar menjadi penentang pula.
                                                        (anak Hosni Mubarak, Gamal)

Jelas sekali nampak muslihat Amerika Syarikat yang sebenarnya. Jika sebelum ini mereka begitu menghormati Hosni Mubarak sebagai Presiden Mesir dan sentiasa memberikan sokongan tanpa berbelah bagi kepada beliau tetapi sejak beberapa hari yang lalu ekoran tercetusnya rusuhan di Mesir, pendirian Amerika Syarikat pun sudah mulai berubah terhadap kepimpinan Presiden Hosni Mubarak.

Dahulu pihak Amerika Syarikat sentiasa memandang Hosni Mubarak sebagai sangat penting kepada mereka dalam usaha untuk memastikan kerajaan pengganas Israel dapat terus meluaskan pengaruh serta penempatan haram mereka di Tanah Palestine dan tanpa sokongan Hosni Mubarak adalah mustahil bagi pihak yahudi Israel dapat merampas hak rakyat Palestine dengan sewenang-wenangnya.

Saya tidak mahu mengulas terlalu panjang mengenai situasi yang sedang berlaku di Mesir ketika ini tetapi cukuplah untuk kita semua ambil apa yang berlaku terhadap Presiden Hosni Mubarak sebagai iktibar atau pengajaran bagi kita seluruhnya betapa seseorang pemimpin sesebuah negara yang begitu mudah diperkudakan oleh kuasa asing akan begitu mudah juga untuk dijatuhkan biar tidak dengan cara lembut maka akan digunakan dengan cara kekerasan oleh pihak asing seperti apa yang pernah Amerika Syarikat lakukan di Iraq dulu.

Arkib Blog