Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Oktober 25, 2011

Pengerusi Majlis NTC juga bakal terima nasib serupa dengan Gaddafi !

Pengerusi Majlis Peralihan Kuasa Kebangsaan (NTC) Mustafa Abdel Jalil yang mengambil alih peranan sebagai Ketua Pemberontak Libya bagi menggantikan tempat Jeneral Abdel Fatah Younes yang terbunuh dalam pertempuran dengan tentera yang setia dengan Presiden Muammar Gaddafi adalah merupakan seorang bekas Hakim iaitu sebelum berlakunya kebangkitan rakyat Libya menentang Gaddafi dan beliau juga adalah merupakan bekas Presiden Mahkamah Rayuan Libya.

Dan ketika berkhidmat didalam kabinet Gaddafi pula, jawatan Mustafa Abdel Jalil adalah sebagai Menteri Kehakiman Libya iaitu yang bertanggungjawab penuh terhadap semua perkara yang berkaitan dengan undang-undang negara, bertanggungjawab untuk mengusulkan undang-undang baru di parlimen atau membentangkan kepada kabinet pindaan untuk mana-mana akta lama dan digantikan dengan yang baru.

Manakala ketika berkhidmat sebagai seorang Hakim pula, tentulah tugas beliau bolehlah dikatakan sebagai lebih berat kerana harus menghakimi mana-mana kes yang telah diserahkan untuk dikendalikannya serta diwajibkan untuk membuat apa jua keputusan selepas selesainya sesuatu perbicaraan itu, menentukan bentuk hukuman kepada pesalah iaitu mereka yang telah disabitkan dengan kes yang dibicarakan.

Sebagai seorang hakim, Mustafa Abdel Jalil perlu bersikap berkecuali, bebas dan adil terhadap semua pihak agar apa juga keputusan yang dibuat oleh beliau pada hari tersebut tidak akan diungkit kembali sekiranya di kemudian hari akan berlaku sesuatu keadaan yang tidak diduga ke atas beliau contohnya seperti apa yang telah berlaku terhadap kerajaan pimpinan Muammar Gaddafi yang mana beliau juga adalah antara mereka yang berada didalamnya serta berperanan dalam menentukan keputusan.

Dan begitu jugalah dengan jawatan beliau sebagai Presiden Mahkamah Rayuan ketika era pentadbiran Gaddafi. Sebarang keputusan untuk menerima atau menolak notis rayuan yang telah difailkan oleh mana-mana warga Libya yang disabitkan dengan sesuatu kesalahan itu, maka sudah tentulah semuanya terletak pada budi bicara pihak beliau selaku Hakim di Mahkamah Rayuan untuk menentukannya.

Oleh itu, saya melihat dan berpendapat bahawa sesudah ini walau dalam keadaan yang bagaimana sekalipun, Mustafa Abdel Jalil pasti tidak akan dapat lari dari dipertanggungjawabkan ke atas setiap kesalahan lampau beliau tak kiralah samada ianya kecil ataupun besar terhadap seluruh warga Libya. Beliau tidak boleh beranggapan yang beliau akan terlepas dari berhadapan dengan rakyat Libya hanya kerana beliau merasakan sudah berjaya membantu mereka untuk mengguling Gaddafi.

Mungkin untuk sementara waktu ini, Mustafa Abdel Jalil bolehlah berpesta dan menarik nafas lega setelah Muammar Gaddafi serta sebahagian ahli keluarganya berjaya dibunuh tetapi bagaimana pula jika selepas ini akan berlaku semula kebangkitan rakyat Libya untuk kali yang kedua, terutama warga Libya yang pernah dianiaya dan merasa mereka teraniaya dengan keputusan yang dibuat oleh Mustafa Abdel Jalil sewaktu masih jadi Hakim, Presiden Mahkamah Rayuan dan juga Menteri Kehakiman Libya?

Mustafa Abdel Jalil seperti tidak sedar bahawa beliau sebenarnya telah dipergunakan oleh pihak Amerika Syarikat, Israel serta Barat untuk menjatuhkan Muammar Gaddafi serta seluruh jentera kabinet kerajaan Libya termasuklah beliau sendiri. Dan kini sudah semakin nampak tindakan terkutuk oleh pihak Barat akan terus menyusul selepas kematian Gaddafi, mana-mana saki-baki menteri, tentera yang setia dengan bekas pemimpin Libya itu akan terus diburu untuk dihadapkan ke muka pengadilan dan apakah kita rasa Mustafa Abdel Jalil akan terkecuali?

Saya rasa tentu tidak, sebab apabila rakyat Libya bangkit dan memberontak dengan tujuan untuk menuntut keadilan mana mungkin mereka akan dapat menerima jika hanya sebahagian saja yang akan dapat manakala separuh lagi tiada jadi maknanya keadilan yang dituntut adalah menyeluruh dan jika Muammar Gaddafi telah berjaya mereka tumbangkan, bermakna semua anggota dibawahnya juga patut dilumpuhkan bersama.

Dan jika ini berlaku, maka episod baru pasti akan mengambil tempat di bumi Libya. Perang saudara yang dasyat sudah pasti akan tercetus di Libya dan negara Barat akan berlumba-lumba untuk mencipta senjata baru dan berebut-rebut pula untuk menjualnya kepada puak-puak yang berperang di negara Muammar Gaddafi itu!!!

Arkib Blog