Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Februari 03, 2013

Bila pula giliran DS Hadi akan dijemput mengadap Karpal Singh??

Jika sebelum ini Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz telah diminta mengadap Karpal Singh di rumahnya berkaitan dengan isu Kalimah Allah dan Menteri Besar Kelantan itu segera pergi dan amat teruja apabila kehadiran beliau sebaik saja memasuki ruang dalam rumah Karpal Singh telah disambut dengan nyanyian lagu "Happy Birthday" oleh tetamu yang lain dan itu ada satu kejutan daripada Pengerusi DAP itu kepada Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS.

Ulang tahun hari lahir Datuk Nik Aziz yang ke 82 tahun diraikan dalam majlis ringkas oleh Karpal Singh dan pada majlis tersebut juga Datuk Nik Aziz telah menerima berbagai bentuk hadiah kek daripada beberapa individu yang telah diundang khas oleh Karpal Singh bagi menyerikan lagi majlis berkenaan.

Tujuan sebenar Karpal Singh mengundang Datuk Nik Aziz datang ke rumah beliau senang saja untuk dibaca, beliau mahu Mursyidul Am PAS itu mempengaruhi anggota majlis syura agar mengkaji semula keputusan yang majlis berkenaan buat pada malam 13 Januari lalu di mana mereka telah menetapkan pendirian untuk tidak membenar orang bukan beragama Islam mengguna Kalimah Allah di dalam apa juga upacara agama mereka.

Mungkin dalam keadaan yang begitu tertekan kini gara-gara isu tersebut, maka Datuk Nik Aziz terpaksa membisu dan membiarkan Karpal Singh mengalih tumpuan kepada Presiden parti Datuk Seri Hadi Awang pula bagi mendesak agar Ahli Parlimen Marang itu menggunakan kuasanya ke atas ahli majlis syura berhubung keputusan yang membangkitkan rasa tidak puashati Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu.

Apa-apapun kita tunggu dan lihat apa pula permainan yang bakal DAP arahkan ke atas PAS selepas ini seandainya Datuk Seri Hadi berjaya dijinakkan sekali lagi oleh Karpal Singh kelak.

Arkib Blog