Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Mac 04, 2011

Pemimpin PKR & DAP Sarawak berebut nak berdebat dgn PS Taib !

Jika sebelum ini, Pengerusi PKR Sarawak yang dilantik oleh Anwar Ibrahim iaitu saudara Baruk Bian telah berdiri mencabar Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud berhubung isu tanah Hak Adat Bumiputera atau NCR. Dakwa beliau, keluasan NCR di Sarawak adalah 4.5 juta hektar sedangkan kerajaan Sarawak telah mewartakan hanya 1.5 juta hektar. Maknanya Baruk Bian beranggapan yang kerajaan pimpinan Abdul Taib masih menyembunyikan fakta 3 juta hektar lagi tanah NCR daripada pengetahuan umum.

Baruk Bian yang kononnya mahu memperjuangkan hak-hak kaum Bumiputera terutama yang melibatkan isu tanah telah mencadangkan agar debat terbuka itu nanti hendaklah diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) iaitu salah satu dimana tempat lambang kemajuan yang telah dicapai oleh negeri Sarawak sejak bersama dengan Semenanjung Tanah Melayu serta Sabah membentuk negara Malaysia dan juga semenjak Sarawak ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional.

Belum lagi tersambut cabaran yang dibuat oleh Baruk Bian terhadap Ketua Menteri, dua hari berikutnya seorang lagi pemimpin dari kalangan Pakatan Pembangkang iaitu Anggota Parlimen Bandar Kuching YB Chong Chieng Jen juga telah turut mencabar Pehin Sri Taib untuk mengadakan debat dengan beliau berkaitan dengan isu yang sama iaitu masalah tanah NCR.

Persoalannya ialah, adakah segala masalah akan dapat diatasi hanya dengan berdebat ? Begitukah caranya Pakatan Pembangkang untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi oleh rakyat ? ...dengan mengadakan program debat selama satu dua jam apakah semua masalah yang telah bertahun-tahun membelenggu rakyat akan mudah ditangani dengan mudah dalam waktu yang sesingkat itu ?

Mahfuz gagal jawab semua kritikan blogger pro-BN terhadapnya !

Sudah lama nampaknya Ahli Parlimen PAS kawasan Pokok Sena YB Datuk Mahfuz Omar tidak mengepos sebarang artikel baru di dalam laman blog beliau . Sibuk agaknya dengan masalah banjir yang tak sudah-sudah  di kawasan beliau ataupun sudah kekeringan idea lawaknya.

Entry terakhir beliau ialah pada hari Khamis 13 January 2011 dengan memilih tajuk yang agak gempak juga "Khairy mencabar PM berdebat dengan Anwar" tu pasal isu 'buku jingga' yang merangkumi segala janji 100 hari Pakatan Pembangkang yang didokong oleh tiga serangkai DAP, PKR dan PAS.

Setakat ke hari ini sudah ada 30 komen pembaca masuk di dalam blog beliau dan ada juga dua tiga komen daripada puak-puak PAS sendiri yang kelihatan cuba mempertahankan tulisan YB Mahfuz? dari serangan yang dibuat oleh blogger pro kerajaan namun semuanya mudah saja dipatah.

Arkib Blog