Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Mac 27, 2011

Video porno: jika ianya satu konspirasi UMNO, kenapa pula Anwar sanggup terima watak sebagai hero ?

Sungguh pelik sekali apabila terdapat semakin ramai penyokong PKR serta Pakatan Pembangkang tega menuduh UMNO dan BN sebagai dalang disebalik rakaman video lucah yang telah dibintangi oleh Anwar Ibrahim dengan pasangannya seorang pelacur sambilan warganegara China.

Cuba kalau kita lihat di facebook atau twitter dan baca komen-komen yang mereka hantar semuanya membela Anwar dan mendakwa rakaman video lucah berkenaan sebagai satu lagi konspirasi jahat yang sengaja dibuat oleh UMNO serta Barisan Nasional untuk memerangkap Anwar Ibrahim.

Tidakkah mereka terpikir bahawa Anwar Ibrahim yang telahpun diisytiharkan sendiri oleh isteri beliau iaitu Dr. Wan Azizah sebagai seorang manusia yang telah di 'anugerah oleh Tuhan' kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menjadi pemimpin mereka sepatutnya Anwar lebih dulu mengetahui tentang benda yang baik atau buruk akan menimpa beliau sesuailah dengan gelaran "anugerah Tuhan" yang diberikan kepada beliau iaitu satu gelaran yang setaraf dengan yang pernah diterima oleh para nabi pada zaman dahulu.

Selain itu, sebagai seorang yang telah diagung-agungkan sebeitu rupa oleh puak Pakatan Pembangkang untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia nanti iaitu sekiranya mereka berjaya menakluki Putrajaya maka sewajarnyalah Anwar Ibrahim cepat peka dan mudah membaca sesuatu itu samada ianya satu perangkap atau sebaliknya dan adalah wajar agi Anwar untuk mengelak sebarang percubaan untuk merangkap beliau biar dari sudut mana sekalipun.

Tetapi apabila tuduhan yang dilemparkan datang bertubi-tubi ke atas UMNO dan BN sebagai yang bertanggungjawab 'memaksa Anwar beraksi' dalam video lucah berkenaan maka kehairanan terus muncul dalam pikiran saya, jadi sekiranya benar begitu apakah nafsu serakah Anwar Ibrahim semuanya bergantung kepada kehendak UMNO dan BN untuk menentukannya dan bukan datang daripada naluri atau keinginan nafsu Anwar Ibrahim sendiri ? Pelikkan...

6 ulasan:

Hahn berkata...

Kami bangga kepada Anuwar:

Kalau tak mana nak taruk muka Melayu kerana telah berjaya di banyak bidang tapi gagal di bidang ini yang jarang di terokai.

Sebelumnya bidang ini di dahalui oleh orang bukan Melayu.

Syukur kita ada Anuwar yang menunjukkan Melayu boleh! Akhirnya kita dapat juga menguasai bidang porno dengan kegemilang ditahap tertinggi akibat lahirnya manusia Melayu bernama Anuwar.

Dengan rakaman yang lebih jelas dan terang bertaraf filem yang layak untuk di pertandingkan oscar. Anuwar telah berdiri megah dengan penuh kewibawaan meninggalkan Chua Soi Lek terpinga pinga. Satu penghargaan untuk bangsa Melayu. Berjaya beliau di masa lepas lebih dari Soi Lek dalam bidang politik kini beliau memimpin di bidang yang mereka mempunyai minat bersama. Syabas kepada mantan Timbalan Perdana Menteri.

Bak kata pepatah benih yang baik itu jatuh di mana saja pasti akan tumbuh dengan baik. Sejuk perut ibu Anuwar mengandung.

Syabas Anuwar, Raja Porno baru Malaysia. Bangganya kita bertambah tambah kerana beliau adalah keturunan Melayu.

Mungkin kerajaan boleh dengan apa cara sekalipun memberi sumbangan keatas kejayaan Melayu dalam bidang yang kurang di terokai bangsa Melayu dimasa ini.

Kami Melayu sangat berbangga. Kini kita boleh mensifatkan kejayaan ini membuatkan bangsa Melayu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa bangsa termaju di dunia ini.

Jeffry berkata...

PENYOKONG ANUWAR ANGGAP DIA SEORANG PEJUANG

GOLONGAN GAY PUN ANGGAP DIA PEJUANG

GOLONGAN HETEROSEXUAL PUN SAMA

LESBIAN JANGAN CITER LA. JIJAH PUN SOKONG. KALAU TAK MASAKAN DIA BIARKAN ASSMIN & BINI JADI MADU DIA

KEHKEHKEHKEH

masbi berkata...

Salam Hahn,

Kau kenen kepada siapa neh....Best punya....

hilbert berkata...

Hanh, t/kasih bro,
tapi saya rasa bangsa lain takkan anggap bangsa Melayu semua seperti itu hanya kerna perbuatan seseorang namun itulah hanya kerna setitik nila rosak susu sebelanga.

T/kasih bro Jeffry, salam..,
pejuang kesongsangan agaknya adalah he he..

Masbi,
ada rasanya yg tersirat disebalik komen brader Hahn...hanya dia saja yang tahu ;-)

Adi Satria berkata...

aku rasa UMNO dah bayar pada CEO facebook dan twitter supaya padam tweet DSAI pada jam 9.20pm hingga 10.40 pm.

Amacam? Suruh DSAI guna alasan ni.

Nasib baik la Facebook dan tweeter bukan ciptaan dan milik rakyat Malaysia.

kalau tidak mesti puak pakatan kata UMNO dah bayar ceo facebook dan tweeter.

wolff

hilbert berkata...

ye lah Adi, kalu facebook atau twitter BN yg punya...pasti teruk lg BN kena fitnah mereka :)

Arkib Blog