Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Jun 01, 2013

Warga Sarawak & Sabah perlu ingat, 'Demokrasi' bukan tiket untuk bertindak tanpa kawalan

Biarpun bukan semua, namun masih ada segelintir rakyat di Sarawak mahupun di Sabah mudah dipengaruhi dengan slogan demokrasi oleh pihak pembangkang sebagai senjata mereka dalam meraih kepercayaan daripada rakyat kedua-dua negeri berkenaan.

Malangnya, bagi mereka yang kurang memahami makna sebenar di sebalik istilah demokrasi yang dilaung-laungkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang dalam setiap siri ceramah mereka sudah tentu akan mengikut apa saja kemahuan pihak tidak bertanggungjawab ini secara membabi-buta.

Sedangkan sekiranya rakyat bijak menilai demokrasi dalam konteks politik sudah pasti mereka tidak akan mudah diperdaya oleh pihak lain yang seringkali mengatakan demokrasi di Malaysia sudah teruk dan hampir musnah padahal ruang untuk mereka bercakap pada ketika itu sebenarnya wujud disebabkan demokrasi telah membuka jalan kebebasan menerusi proses pilihan raya bebas setiap lima tahun sekali kepada seluruh rakyat Malaysia memilih kerajaan mana yang mereka suka tanpa sebarang tekanan dari kerajaan semasa.

Adalah lebih baik bagi seluruh rakyat Sarawak dan juga rakyat Sabah untuk menjauhkan diri dari pihak yang sering mendakwa mereka sebagai pejuang demokrasi dan keadilan di negara ini walhal kalau benarlah seperti yang mereka dakwa bahawa demokrasi semakin lenyap di negara ini adalah amat mustahil mereka boleh mengeluarkan berbagai kenyataan sebebas-bebasnya di negara ini.

Yang penting ialah agar rakyat kedua-dua negeri ini sedar dan tahu bahawa hidup dalam sebuah negara yang berpegang kepada sistem demokrasi terbaik seperti Malaysia tidak bermakna kita boleh bertindak mengikut sesuka hati dalam menyuarakan apa jua bentuk pandangan tanpa memikir kesan dari apa yang diucapkan.

Arkib Blog