Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Ogos 21, 2010

Pentadbiran DS Najib patut bangkit dari trauma 2008...


Bukan bertujuan untuk mengukur sejauh mana kemampuan, kehebatan serta kebolehan memimpin bagi seseorang pemimpin utama negara kita ketika berdepan dengan berbagai isu yang serupa didalam tempoh pemerintahan mereka masing-masing, bagaimana mereka mengatasi sebarang masalah yang timbul, adakah mereka tegas, berani bagi memastikan tiada masalah sampingan akan timbul daripada isu-isu yang sengaja dibangkit oleh pihak-pihak yang tertentu.

Malaysia selama tempoh pentadbiran Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad memang diakui akan kehebatannya bukan saja oleh rakyat negara ini sendiri malah oleh rakyat serta para pemimpin negara luar baik oleh negara membangun maupun oleh negara maju.

Berani menyuarakan apa yang benar tanpa rasa bimbang akan risiko yang bakal dihadapinya, tegas dan tidak pernah teragak-agak serta pantas didalam mengambil sebarang tindakan bagi memastikan apa-apa jua keadaan didalam negara kita sentiasa berada ditahap yang paling selesa dan memuaskan..., itulah YABhg Tun Dr Mahathir.

Malang sekali selepas peralihan kuasa berlaku pada 2003 apabila Malaysia menerima seorang Perdana Menteri yang ke-5 YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau seolah-olah telah gagal untuk mempertahankan apa yang telah diwarisinya daripada YABhg Tun Dr Mahathir.

Malaysia dibawah pentadbiran YABhg Tun Abdullah selepas itu jelas semakin gagal mengawal keadaan yang sepatutnya harus segera bertindak lebih awal terhadap sesiapa saja yang sengaja membangkit perkara-perkara yang sensitif didalam masyarakat majmuk dinegara ini.

Kini, Malaysia dibawah kepimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang telah mengambilalih kuasa daripada YABhg Tun Abdullah kelihatan masih gagal untuk bangun serta bangkit apabila sehingga kini tidak banyak yang dapat dilakukan dalam menghadapi golongan 'pendesak' yang sepanjang masa tidak jemu-jemu membangkitkan berulang-kali perkara-perkara yang telah termaktub didalam perlembagaan persekutuan.

Tidak juga hendak mengatakan yang corak kepimpinan Perdana Menteri sebagai kurang berbisa ketika berdepan dengan isu-isu yang memerlukan tindakan yang tangkas tetapi keadaan seperti sekarang juga banyak bergantung kepada tindakan pantas tanpa rasa ragu-ragu atau benar-benar tidak teragak-agak oleh seseorang Menteri yang telah diberi tanggungjawab terhadap kementerian yang diserahkan kepada mereka dalam memastikan keamanan, kesejahteraan, keselamatan, keharmonian serta kestabilan negara kita terus terjamin.

Apa yang boleh dikatakan setakat ini ialah, barisan Menteri kabinet DS Najib kurang bermaya, kurang cergas serta kurang menyerlah. Ada diantara menterinya yang tercungap-cungap ketika menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Parlimen semasa Dewan Rakyat bersidang atau pertanyaan oleh para Senator di Dewan Negara.

Lebih parah lagi apabila desakan demi desakan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin pembangkang terhadap tuntutan yang mereka bawa gagal untuk dipintas dengan berkesan oleh Menteri yang berkaitan sehingga kini perkara seperti ini bukan lagi hanya seolah-olah terbiar malah semakin lama tuntutan yang dibuat semakin bertambah hingga membabitkan perkara yang lain pula.

Kita lihat bagaimana tuntutan serta desakan oleh pemimpin baik dari pembangkang maupun dari dalam komponen BN sendiri yang mahu segala hak keistimewaan Melayu dan hak kaum Bumiputera di negara ini dihapuskan dan kita boleh percaya pada masa lain nanti sekiranya kelompok 'pendesak' ini tidak tangani dengan tegas adalah tidak mustahil untuk satu masa nanti negara kita akan terus berdepan dengan perkara yang lebih rumit lagi dan jika ini berlaku, apa yang kerajaan dapat lakukan?

Isu terbaru yang melibatkan seorang pengetua di sebuah Sekolah Menengah di negeri Johor yang didakwa sebagai 'perkauman' apabila kenyataan beliau kononnya dianggap sebagai membangkitkan sentimen perkauman oleh golongan pendesak lalu segera diambil perhatian oleh kerajaan tetapi bagaimana pulak dengan kenyataan yang selalu dibuat oleh DS Chua Soi Lek dan juga aktivis rasis Namewee? Ada kerajaan berani bertindak keatas mereka ini?

Ingat lagi tak dengan kes ADUN Bukit Bendera YB Datuk Ahmad Ismail yang digantung keahliannya daripada UMNO untuk tempoh beberapa tahun atas desakan Gerakan dan mereka yang sama waktu dengannya? Kesalahan beliau dimata golongan pendesak ini ialah kerana menyebut perkara yang ada fakta tetapi tetap dianggap sebagai bersalah besar tetapi kenapa DS Chua Soi Lek yang terang-terang telah mengungkit perkara yang dilarang dan yang telah dipersetujui bersama tiga kaum terbesar Malaysia didalam perlembagaan persekutuan tidak juga dikena sebarang tindakan. Anehkan?,,pelik sekali...

PKR, lupakan saja hasrat untuk tumbangkan Taib Mahmud di DUN Balingian ~~

 

Tidak kira siapa yang akan diletak oleh PKR untuk menentang ADUN Balingian dalam Parlimen Mukah YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud pada Pilihan Raya Negeri yang akan datang, maka adalah lebih baik mereka lupakan saja niat untuk menumbangkan Ketua Menteri di situ.

PKR harus maklum bahawa kehadiran Pehin Sri di DUN Balingian adalah diatas kemahuan majoriti penduduk serta pengundi di kawasan DUN tersebut yang mahukan perubahan dari segala segi dalam kawasan mereka.

Kini dengan YAB Pehin Sri Taib sebagai wakil mereka di DUN berkenaan, rakyat dapat menyaksikan perubahan yang begitu pantas berlaku dalam tempoh dua penggal YAB mewakili rakyat di kawasan DUN Balingian yang sebelum ini kawasan tersebut kelihatan sangat mundur dan ketinggalan dalam segala bidang.

Balingian DUN dalam kawasan Parlimen Mukah majoriti penduduknya Melanau beragama Islam merupakan daerah asal keluarga YAB Pehin Sri Taib dan merupakan kubu kuat PBB/BN sejak dulu lagi dan walaupun sekiranya ada terdapat sedikit sebanyak tentangan tetapi sebenarnya golongan seperti mereka tidak tersisihpun daripada pembangunan yang dibawa oleh BN di kawasan mereka dan semuanya mengecapinya sama seperti yang penyokong BN perolehi.

Namun, kepada PKR...negara kita adalah sebuah negara demokrasi, kebiasaan masa pilihan raya pasti akan ada pertandingannya dan sesiapa saja bebas untuk mengemukakan borang pencalonan asal cukup syarat dan jika PKR benar-benar berhasrat untuk meNentang dasar "politik pembangunan" yang diperjuangkan oleh Pehin Sri Ketua Menteri... silakan saja~
Posted by Picasa

Arkib Blog