Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Februari 01, 2011

Pemberontakan di Mesir adalah kemenangan Amerika Syarikat !

                                                          (Presiden Hosni Mubarak)

Siri rusuhan yang semakin membesar berlaku di Mesir pada waktu ini merupakan satu kemenangan serta kejayaan yang begitu bermakna dan penuh erti bagi negara pengganas nombor satu dunia iaitu Amerika Syarikat.

Apa yang telah berlaku di negara Mesir saat ini turut menjelaskan kepada kita semua betapa pihak Amerika Syarikat hanya akan terus menyokong serta memerlukan seseorang pemimpin dari negara-negara yang tertentu selagi pihak Amerika Syarikat merasakan seseorang pemimpin itu masih boleh dipergunakan untuk kepentingan mereka.

Akan tetapi sekiranya pihak Amerika Syarikat sudah mulai merasakan yang seseorang pemimpin negara yang tertentu itu sudah mula kehilangan sokongan daripada rakyat dan kuasa pula semakin menurun maka tanpa rasa segan silu pihak Amerika Syarikat boleh dengan tiba-tiba berubah angin dari sebelum ini menyokong tetapi bila ada masalah akan bertukar menjadi penentang pula.
                                                        (anak Hosni Mubarak, Gamal)

Jelas sekali nampak muslihat Amerika Syarikat yang sebenarnya. Jika sebelum ini mereka begitu menghormati Hosni Mubarak sebagai Presiden Mesir dan sentiasa memberikan sokongan tanpa berbelah bagi kepada beliau tetapi sejak beberapa hari yang lalu ekoran tercetusnya rusuhan di Mesir, pendirian Amerika Syarikat pun sudah mulai berubah terhadap kepimpinan Presiden Hosni Mubarak.

Dahulu pihak Amerika Syarikat sentiasa memandang Hosni Mubarak sebagai sangat penting kepada mereka dalam usaha untuk memastikan kerajaan pengganas Israel dapat terus meluaskan pengaruh serta penempatan haram mereka di Tanah Palestine dan tanpa sokongan Hosni Mubarak adalah mustahil bagi pihak yahudi Israel dapat merampas hak rakyat Palestine dengan sewenang-wenangnya.

Saya tidak mahu mengulas terlalu panjang mengenai situasi yang sedang berlaku di Mesir ketika ini tetapi cukuplah untuk kita semua ambil apa yang berlaku terhadap Presiden Hosni Mubarak sebagai iktibar atau pengajaran bagi kita seluruhnya betapa seseorang pemimpin sesebuah negara yang begitu mudah diperkudakan oleh kuasa asing akan begitu mudah juga untuk dijatuhkan biar tidak dengan cara lembut maka akan digunakan dengan cara kekerasan oleh pihak asing seperti apa yang pernah Amerika Syarikat lakukan di Iraq dulu.

Arkib Blog