Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, September 11, 2012

Bicara Kampus: rakyat Sarawak tak usahlah cepat melatah !!!

Semalam RTM menerusi saluran TV1nya telah menyiarkan secara langsung sebuah rancangan berbentuk ilmiah sebenarnya namun telah membincangkan isu nasional atau yang berkaitan dengan perpaduan rakyat Malaysia bertajuk "Integrasi Nasional."

Tiga ahli panel yang diundang ke studio adalah (1) Encik Jamawi Jaafar (Exco Pemuda UMNO Malaysia) mewakili Sabah, (2) Mohd. Yusri Idrus (Mahasiswa UKM) mewakili Semenanjung Malaysia dan (3) Ftirianoviani Bt, Haji Khalid (Mahasiswi Unimas) mewakili Sarawak.

Semalam saya juga ada mengikuti siaran program tersebut dan sebagai rakyat Sarawak saya memang berminat untuk tahu apa pandangan ketiga-tiga ahli panel berkenaan perkara yang dibangkit iaitu Integrasi Nasional dan mahu tahu apakah sebagai seorang mahasiswa, orang yang terpelajar mereka dapat memahami erti sebenar integrasi nasional jika diterjemahkan ke dalam konteks masyarakat Malaysia pada hari ini.

Semalam juga saya secara peribadinya dapat mengklasifikasikan hujah-hujah ketiga-tiganya bersandarkan kepada apa yang ada pada pengetahuan masing-masing bagi melerai makna disebalik perkataan Integrasi Nasional. Penilaian saya begini, Encik Jamawi Jaafar telah ke depan dengan hujah-hujah berfakta sehingga terkesan di hati saya, sementara Mohd. Yusri Idrus pula hanya berpadukan kepada persepsi beliau semata-mata manakala Fitrianoviani Binti Haji Khalid pula seakan gagal mengingat fakta sejarah hingga teragak-agak untuk menyampaikan maksud.

Tapi semalam juga menyaksikan Mohd Yusri Idrus telah tersasar sebenarnya dari apa yang sepatutnya mereka bincangkan apabila beliau tersasul membangkitkan perkara-perkara yang agak sensitif hingga saya melihat beliau belum matang walaupun pada waktu itu status beliau adalah seorang mahasiswa iaitu seorang yang terpelajar dan terdidik. Bagaimanapun saya tidak akan terhiris dengan apa yang beliau kata tentang Sarawak dan rakyatnya kerna saya sedar beliau belum kenal betul akan Bumi Kenyalang serta penduduknya.

Saya katakan itu pada tika di mana Mohd. Yusri Idrus ada menyebut berkenaan dengan royalty minyak sebanyak 5% untuk Sabah dan Sarawak, peluang kerja di Sarawak yang diisi oleh pekerja dari luar seperti dari Semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan juga peruntukkan-peruntukkan yang tidak seimbang yang diberikan oleh kerajaan pusat antara Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah. Di situ saya melihat belum matang sebenarnya dan harap rakyat Sarawak mempertimbangkan ini dengan sebaik mungkin. Kita rakyat Sarawak juga tak perlulah tergopoh-gapah dalam menentukan sesuatu tindakan itu kerana jika kita bertindak dalam diri sedang dikuasai emosi, bukan kebaikan yang kita dapat melainkan kerugian.

Rakyat Sarawak perlulah melihat apa yang dikatakan oleh Mohd. Yusri Idrus itu semalam hanyalah satu bentuk pandangan beliau seorang dan bukannya mewakili keseluruhan warga negara yang ada di Semenanjung Malaysia. Kita juga perlu tahu bahawa tidak semua mereka yang ada di Semenanjung Malaysia yang bersetuju dengan kenyataan Mohd. Yusri Idrus itu dan apa perlunya untuk kita mahu pihak di Sarawak membubarkan persekutuan negara ini semata-mata marah kepada Mohd. Yusri Idrus seorang?

Kita kena matang juga, tak payahlah cepat-cepat nak melatah dengan apa yang berlaku...Sayangilah Malaysia ini seadanya dan pertahankan kemakmuran dan keharmonian negara yang telah kita kecapi ini sedaya upaya yang kita mampu !

Arkib Blog