Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Oktober 26, 2011

Mustafa Abdel Jalil & NTC mulai terima tekanan daripada Barat !

Amerika Syarikat, sebuah negara yang sedang bergelut dengan krisis ekonomi yang paling teruk sejak Presiden Barrack Obama mengambil alih pentadbiran White House dan mewarisinya daripada George W. Bush kini sedang giat berusaha untuk mengaut keluar segala hasil masyul yang ada dari bumi Libya termasuklah hasil minyaknya. Jika tidak melakukannya, Amerika Syarikat boleh terjerumus dan jatuh sebagai sebuah negara kebulur yang baru selepas Somalia.

Jadi untuk menyelamat keadaan ekonomi negaranya yang semakin merosot dan kritikal, maka mahu tidak mahu Amerika Syarikat terpaksa berusaha untuk mencari jalan keluar dan mereka harus mendapatkan satu punca lain bagi menampung lopak-lopak ekonomi negara Amerika Syarikat yang kian berlubang, oleh itu mereka perlu mencari sumber baru biar dengan apa cara sekalipun demi untuk memastikan agar Amerika Syarikat selamat dari disiytiharkan sebagai sebuah negara muflis.

Maka sasaran mereka mestilah tepat dan Libya sebuah negara yang kaya dengan sumber aslinya terutamanya hasil minyak dan emas. Amerika Syarikat sebenarnya telah lama memerhati dan melihat potensi yang ada pada negara Libya iaitu sama seperti seorang perompak yang sedang memerhati gerak-geri mangsanya dengan niat untuk merompak dan merampas barang milik mangsa. Dan begitulah gambaran tentang siapa sebenarnya Amerika Syarikat itu dan apa peranan mereka di Libya.

Dulu masa tentera Amerika Syarikat serta tentera sekutunya menyerang negara Iraq dan kemudiannya menumbangkan kerajaan Saddam Hussein, terlalu banyak harta benda warisan negara Iraq telah mereka curi dan bawa keluar dari bumi Iraq dan lebih 1000 artifak bersejarah berbagai jenis dan bentuk milik kerajaan Iraq sejak zaman-berzaman telah berjaya dikesan berada di bumi Amerika dipercayai telah dicuri dan dibawa balik oleh tentera-tentera Bersekutu pimpinan George W. Bush ke negara mereka.

Dan adalah tidak mustahil jika ini juga akan turut berlaku di Libya apabila pihak Amerika Syarikat sudah bebas untuk mengatur strategi mereka di Libya selepas ketiadaan Muammar Gaddafi. Gaddafi adalah halangan yang maha besar bagi Amerika Syarikat di Asia Barat bagi memenuhi cita-cita mereka untuk menguasai sumber kekayaan alam semulajadinya.

Dengan kematian Gaddafi, bermakna harapan dan cita-cita Amerika Syarikat yang terpendam selama ini untuk menguasai kekayaan hasil negara berkenaan mungkin akan lebih mudah untuk dicapai walaupun kerajaan Gaddafi yang sudah lumpuh dan musnah akan digantikan dengan kerajaan yang baru, itu semua bukanlah masalah besar lagi bagi Amerika Syarikat, ini kerana MustafaAbdel Jalil yang diketahui umum adalah bekas seorang Hakim, bekas Presiden Mahkamah Rayuan dan juga bekas Menteri Kehakiman dalam kabinet Gaddafi dulu dan itu semua sudah cukup bagi pihak Amerika Syarikat untuk jadikannya sebagai modal bagi menekan dan terus menekan Mustafa dan NTC supaya tunduk dan sentiasa akur kepada segala kehendak Amerika Syarikat.

Kita boleh lihat bagaimana pihak Amerika Syarikat mula memainkan peranan mereka di Libya. Pada mulanya mereka menggunakan khidmat Human Rigths Wacth (HRW) iaitu Pertubuhan Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di New York Amerika Syarikat untuk memberi tekanan kepada kerajaan sementara Libya yang dipimpin oleh Mustafa Abdel Jalil. HRW adalah satu pertubuhan hasil acuan Barat dan Amerika Syarikat iaitu ikut kepala otak mereka, mereka saja yang betul dan orang lain semuanya salah.

Selepas beberapa hari kejadian pembunuhan serentak Muammar Gaddafi, anaknya Motassim serta beberapa pegawai tinggi kerajaan Libya dan juga pembunuhan beramai-ramai para pengikut bekas pemimpin Libya itu, Human Rigths Watch sudah mulai bersuara serta menggesa agar kerajaan sementara yang dipimpin oleh Mustafa Abdel Jalil segera menghentikan serangan kejam tentera mereka terhadap para penyokong Gaddafi dan mengadakan siasatan dengan seberapa segera yang boleh bagi menyiasat punca berlakunya  kematian dipihak Gaddafi.

Kalau kita pikir balik, alangkah bodohnya HRW itu, kenapa sebelum berlakunya pertumpahan darah antara tentera kerajaan di pihak Gaddafi dengan puak pemberontak, mereka lagsung tidak menyeru agar ditamatkan segera persengketaan itu malah mereka seperti hanya berdiam diri ataupun agaknya mereka turut sama menyokong pihak NTC(Majlis Peralihan Kuasa Kebangsaan) untuk menggulingkan kerajaan Muammar Gaddafi. Tetapi kenapa setelah Gaddafi mati dibunuh barulah pihak HRW sibuk buat kecoh nak tegakkan keadilan konon.

Apa yang sedang dilakukan oleh pihak Human Rigths Watch di Libya sekarang ini hanyalah kepuraan semata-mata dan apa yang HRW lakukan itu hanyalah mengikut apa yang telah diperintah dan diarah oleh Washington bagi menjayakan misi mereka di negara utara Benua Afrika itu. Dan bersedialah Mustafa Abdel Jalil untuk dihadapkan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa kelak dan bersedia juga dengan siri kebangkitan rakyat Libya untuk kali yang kedua dan tentunya Amerika Syarikat akan berada di belakang para penunjuk perasaan itu nanti.

Arkib Blog