Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Januari 11, 2012

Liwat II: Anwar Ibrahim tersentak dengan kebangkitan bapa Mohd Saiful !


Baru saja Anwar Ibrahim serta konco-konconya berkira hendak menjelajah ke seluruh negara bagi meraikan pembebasan beliau oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lepas atas tuduhan meliwat pembantu peribadi merangkap pembancuh kopinya, tanpa pihak Anwar sangka dan duga bapa kepada Mohd Saiful Bukhari iaitu Azlan Mohd Lazim hari ini telah tampil menggesa pihak Peguam Negara agar memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Rayuan untuk diteliti semula semua hujah sepanjang perbicaraan kes liwat II yang berlangsung selama hampir tiga tahun serta juga menilai semula keputusan penghakiman oleh hakim Datuk Zabidin Mad Diah.

Disamping itu juga Azlan Mohd Lazim turut membidas pihak Majlis Peguam yang dilihat cuba mempengaruhi Peguam Negara terutama Tan Sri Ghani Patail berhubung dengan cadangan rayuan atas keputusan kes liwat II dimana Majlis Peguam sedang berusaha untuk menghalang kemaraan pihak Mohd Saiful dalam mendapatkan keadilan bagi diri serta keluarganya.

Walau apapun diharapkan sangat agar pihak Majlis Peguam duduk diam baik-baik dan tidak perlu cuba menghasut pihak lain untuk terpengaruh dengan permainan kotor mereka. Sebelum inipun kita sedar betapa Majlis Peguam adalah dalang atau penyokong kuat kepada dua perhimpunan haram iaitu BERSIH 2.0 dan juga Seksualiti Merdeka namun kali ini hari ini Majlis Peguam perlu menjauhkan diri mereka dari terlibat dalam mengatur pendirian yang akan dbuat oleh Peguam Negara berhubung dengan gesaan yang dibuat oleh bapa Mohd Saiful.

Majoriti rakyat Malaysia akan terus memberi sokongan padu kepada perjuangan Mohd Saiful sehingga beliau mendapat keadilan yang sewajarnya !

Liwat II: ulasan tepat Papa Gomo tentang keputusan Hakim Mee Segera !

Ada dua baris kenyataan bagi alasan penghakiman yang dibuat oleh Hakim kes liwat II yang membawa kepada pembebasan Anwar Ibrahim dari dikenakan tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan terus dipersoalkan oleh ramai orang.

Tak apa, ini negara demokrasi, kita bebas untuk memberikan pendapat masing-masing selagi ianya tidak mengancam keselamatan negara dan selagi apa yang kita nyatakan itu tidak melampaui batasan undang-undang negara.

Saya yakin pihak berkuasa akan bersikap adil dengan semua pihak. Jika selama ini puak-puak Pakatan Haram dibiarkan bebas untuk mengeluarkan bermacam-macam kenyataan menerusi media-media yang kadangkala memang keterlaluan tanpa sebarang tindakan, apa salahnya kita yang pro-kerajaan sekali-sekala diberi layanan serupa agar apa yang terbuku dikalbu dapat dikongsi bersama dengan yang lain.

Ok, berbalik kepada kenyataan atau alasan penghakiman kes liwat II, saya amat tertarik dengan ulasan yang dibuat dua kali berturut-turut oleh saudara blogger hebat Papa Gomo dimana ulasan beliau yang berkisar kepada dua alasan berikut saya dapati amat tepat sekali dan pihak berwajib perlu ambil perhatian mengenainya.

Alasan pertama;
"Mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA yang dikemukakan sebagai bukti tidak terusik"

Alasan kedua;
"dalam kes seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan mangsa, Mohd Saiful Bukhari Azlan"

Kepada Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail, tolong baca ini dan dapatkan keadilan untuk mangsa liwat Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan ! Jangan nafikan hak beliau untuk mendapat keadilan yang sebenar ! bertahun-tahun beliau memperjuangkan keadilan untuk satu kebenaran namun akhirnya cuma dalam masa 3 minit harapan itu seakan-akan telah punah...

Arkib Blog