Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Februari 15, 2010

Isu "Lompat Parti" pandangan 69 daripada Nik Aziz

Angka 6 jika dipusingkan kedudukannya ke kiri ataupun ke kanan akan menjadi angka 9. Dan begitu juga dengan angka 9 jika dipusingkan ke kanan atau juga ke kiri ianya juga akan kelihatan kembali menjadi angka 6. Maka begitulah juga bagi seseorang pemimpin yang suka bermain dengan kata-kata mereka sendiri.

Kadang kala apabila pemimpin tertentu itu yang suka sangat membuat kenyataan-kenyataan mengelirukan pihak lain terutamanya rakyat, tanpa pemimpin tertentu itu sedari yang mereka sendiri juga turut terkeliru dengan kenyataan mereka yang terdahulu itu hinggakan lupa dengan apa yang pernah dinyatakan oleh mereka sendiri apabila menyentuh hal-hal yang berkaitan.

Nik Aziz sebagaimana yang kita semua tahu adalah seorang pemimpin yang tergolong dalam kategori pemimpin yang suka bermain dengan kata-kata sendiri tanpa memikirkan kesannya terhadap diri beliau sendiri apabila rakyat mulai menilai pendirian sebenar Nik Aziz tentang satu-satu perkara itu samada beliau berpendirian teguh ataupun berpendirian tidak menentu iaitu akan berubah-ubah seperti cuaca yang sering mengalami perubahan mengikut musim.

Dalam mengulas isu yang melibatkan perletakan jawatan YB Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim serta keluar dari PKR misalnya, Nik Aziz Nik Mat sebagaimana yang telah diduga tampil dengan pendirian yang berbeza dengan pendirian beliau sebelum ini ketika diminta mengulas mengenai isu tersebut. Sebelum ini ketika "kempen lompat parti" yang dicanangkan oleh Anwar Ibrahim bagi menjayakan hasratnya untuk membentukkan kerajaan baru bersama dengan DAP dan PAS, namun tiadapun kedengaran Nik Aziz membantah atau mengeluarkan sebarang fatwa yang melarang rakyat supaya tidak menyokong kegiatan tidak bermoral seperti itu.

Ketika ditemui wartawan bagi mendapatkan ulasan beliau mengenai isu Datuk Seri Zahrain itu, Nik Aziz telah mengambil kesempatan dalam wawancara itu untuk meminta YB Datuk Seri Zahrain agar meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru kerana menurut Nik Aziz bahawa YB Datuk Seri Zahrain yang telah melompat parti walhal sebenarnya Datuk Seri Zahrain hanya keluar PKR tanpa menyertai mana-mana parti sebagai tidak amanah kepada rakyat.

Antara kata-kata Nik Aziz ketika menyatakan pendirian beliau berhubung dengan perkara tersebut "Undi itu amanah. Amanah yang diberikan oleh rakyat. Apabila kita melompat parti, kita tidak amanah kepada rakyat.

...Kalau 10,000 orang undi kita, ertinya 10,000 undi atas kepala. Kita jangan lompat begitu dan kalau tidak mahu letak jawatan, biar diadakan pilihan raya kecil. Ini erti kita pandai-pandai mengkhianati amanah pengundi terhadap kita," - YAB Datuk Nik Aziz Nik MAT, MB Kelantan.

Arkib Blog