Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Ogos 01, 2009

Wakil-wakil Rakyat Yang Terlibat Dalam Demonstrasi Anti-ISA Harus Letak Jawatan.

Tidak tahu nak kata apa lagi, apabila pihak polis telah mendedahkan bahawa ramai dari kalangan wakil-wakil rakyat baik mereka yang sebagai ADUN ataupun Ahli Parlimen telah turut serta didalam perhimpunan Gerakan Mansuhkan ISA hari ini 01hb. Ogos 2009 di Kuala Lumpur. Malah jika menurut polis, jelas ada diantara wakil rakyat-wakil rakyat terutamanya dari Pakatan Pembangkang telah berucap dikhalayak ramai mungkin bertujuan untuk mengapi-api kan semangat penyokong mereka agar terus bergerak dan bertindak jika ditegah.

Di antara nama-nama wakil rakyat seperti mana yang disebut oleh Ketua Polis Kuala Lumpur ialah Pesuruhjaya PAS Pusat YB Datuk Mustapha Ali, Ahli Parlimen Batu YB Tian Chua, Ahli Parlimen Pokok Sena YB Mahfuz Omar, Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang YB Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, YB Saifuddin Nasution, Ahli Parlimen Ipoh Timur YB Lim Kit Siang dan mungkin ramai lagi.

Jika kita ingat semula dengan demonstrasi mansuhkan PPSMI yang baru lalu yang diketuai oleh dua tokoh Sasterawan Negara iaitu Datuk A. Samad Said, Datuk Hassan Ahmad serta turut disokong oleh Tan Sri Professor Ismail Hussein dan Pofessor Firdaus Abdullah. Pada ketika itu kita dapat melihat bahawa wakil-wakil rakyat dari Pakatan Pembangkang terlibat secara langsung dan telah menjadi penyokong kuat kepada gerakan itu untuk mengadakan demonstrasi dengan berarak beramai-ramai di atas jalanraya.

Pada pendapat saya, jika sudah beginilah caranya wakil-wakil rakyat untuk memperjuangkan sesuatu tuntutan atau perkara, adalah lebih baik bagi mereka-mereka semua itu untuk melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat, kosongkan saja kerusi yang sedang mereka sandang sekarang ini dan berikan ianya kepada orang-orang yang benar-benar untuk berkhidmat kepada rakyat serta Negara, dan setelah itu jika mereka bukan lagi sebagai wakil rakyat maka mereka bolehlah teruskan saja buat "demonstrai haram" di atas jalanraya jika itu cara yang mereka suka tanpa mereka untuk memikirkan lagi tanggungjawab sebagai seorang Yang Berhormat yang sudah semestinya menuntut tumpuan khusus kepada hal ehwal rakyat di kawasan yang mereka wakili.

Sangat pelik gelagat wakil-wakil rakyat daripada Pakatan Pembangkang ini, apakah mereka tidak tahu bagaimana caranya untuk menyuarakan bantahan suara ramai ketika berada didalam Dewan Rakyat ataupun DUN. Sepatutnya wakil-wakil rakyat daripada Pakatan Pembangkang ini harus sedar akan kesannya daripada tindakan mereka apabila menyertai atau mungkin juga mendalangi perhimpunan dan perarakan secara haram pada hari ini tadi jika ianya akan mencetuskan rusuhan dasyat.

Apakah mereka langsung tidak memikirkan tentang keselamatan mereka sendiri, keselamatan kedua kumpulan iaitu pro-ISA dan Anti-ISA, orang ramai disekeliling serta harta benda yang ada terdapa di sekitarnya ???

Sekali lagi saya mencadangkan agar mana-mana wakil rakyat yang telah didapati terlibat secara langsung didalam 'perhimpunan atau perarakan haram Anti-ISA' harus segera meletakkan jawatan dan segera mengosongkan kerusi YB yang sedang mereka duduki sekarang.

Arkib Blog