Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, April 22, 2011

DAP semakin kaya setelah berjaya kumpul banyak tanah NCR di Sarawak...

Yang kenyang antara ketiganya adalah DAP. Parti yang diwarisi daripada kerajaan Singapura itu kini telah mempunyai lebih banyak kerusi di DUN Sarawak selepas berjaya menambah bilangan kerusi yang mereka ada sebelum pihanraya Sarawak yang ke-10 16 April lalu.

Jika sebelum DUN Sarawak dibubarkan pada 21 Mac 2011 lalu, tanah NCR milik DAP di Sarawak hanya ada 6 coupe block iaitu di Ncr blok 10 Pending, Ncr blok 11 Batu Lintang, Ncr blok 12 Kota Sentosa kesemuanya di Kuching, Ncr blok 40 Meradong di Sarikei, Ncr blok 45 Bukit Assek di Sibu dan Ncr blok 59 Kidurong di Bintulu.

Tetapi setelah selesainya pilihanraya umum negeri yang ke-10 yang diadakan secara bebas pada 6 April 2011, DAP sekali lagi berjaya mempertahankan kesemua tanah NCR yang mereka menangi sebelum ini malahan bukan saja setakat bertahan DAP juga berjaya menambah 6 lagi coupe block baru tanah NCR setelah berjaya merampas tanah berkenaan daripada parti kerajaan dan menjadikan kesemua tanah NCR yang mereka miliki kini adalah sebanyak 12 coupe block.

Pada pilihanraya umum negeri Sarawak ke-10 itu DAP berjaya merampas tanah NCR di Ncr blok 9 Padungan(yang ditukar ganti dengan PKR untuk Ncr blok 11 Batu Lintang), Ncr blok 13 Batu Kawah di Kuching, Ncr blok 39 Repok di Sarikei, Ncr blok 46 Dudong, Ncr blok 48 Pelawan kedua-duanya di Sibu, Ncr blok 63 Piasau serta Ncr blok 64 Pujut di Miri.

Yang hanya berputih mata tak lain dan tak bukan adalah PAS. Walaupun telah membida dengan menawarkan harga paling mahal untuk mendapatkan 5 coupe block tanah NCR di Sarawak namun PAS tetap juga terus gagal dalam perebutannya bersama DAP, PKR, SNAP, PCM serta Bebas dan PAS hanya mampu menggigit jari tengah saja. PAS yang mengidam 6 coupe block tanah NCR iaitu di Ncr blok 3 Tanjung Datu, Ncr blok 15 Muara Tuang di Kuching, Ncr blok 20 Sadong Jaya di Kota Samarahan, Ncr blok 22 Sebuyau, Ncr blok 24 Beting Maro di Sri Aman.

Berbeza pula dengan PKR yang awal-awal lagi telah menunjukkan sikap tamak halobanya apabila telah menetapkan sebanyak 49 coupe block tanah NCR untuk dirampas daripada kerajaan Barisan Nasional namun akhirnya PKR terpaksa akur dengan kegagalan setelah hanya berdaya mendapat 3 coupe blok tanah NCR iaitu di Ncr blok 11 Batu Lintang di Kuching, Ncr blok 34 Krian di Sri Aman dan Ncr blok 70 Ba'Kelalan di Lawas.

Itulah, betapa untung dan bertuahnya DAP sejak berkawan dan bersahabat baik dengan PAS dan PKR. Manyak Ong. Manyak Magut. Semakin kuat pelukkan PAS semakin majulah juga bisnes DAP di Sarawak. Semakin erat dakapan PAS dan PKR terhadap DAP maka begitu jugalah eratnya dakapan DAP terhadap tanah Hak Adat Kroni DAP di Sarawak ini.

DAP tak akan kisah samada PAS atau PKR selepas itu hendak melarat ke hendak merempat ke apa yang penting bagi DAP adalah selagi PAS dan PKR sentiasa bersedia dan selalu rela bahu atau kepala mereka untuk dijadikan sebagai tempat DAP berpijak maka selama itu jugalah kerjasama antara mereka bertiga akan kekal terjalin.

Lihatlah betapa bertuahnya DAP apabila berjaya mendapat kesemua kawasan-kawasan tanah NCR yang sudah begitu pesat membangun, lengkap dengan segala keperluan asas masyarakat di bandar. Barisan Nasional yang telah berdekad-dekad lamanya dalam keadaan yang bersusah payah membangun kawasan bandar seperti di Padungan, Pending, Batu Lintang, Kota Sentosa, Batu Kawah, Repok, Meradong, Bukit Assek, Dudong, Pelawan, Kidurong, Piasau dan Pujut dengan begitu mudah saja penduduk yang leka dengan segala kemewahan didalamnya menyerahkan 12 kawasan berkenaan kepada DAP.

Celcom wajib mengutamakan kepentingan negara !

Melihat kepada pendekatan yang telah diambil oleh pihak syarikat telekomunikasi negara iaitu Celcom dalam usahanya untuk meningkatkan pendapatan serta meraih keuntungan sehingga menyebabkan mereka dilihat telah terlupa tentang tanggungjawab sebenar serta kewajipan sebagai sebahagian daripada rakyat di negara ini apabila seolah-olah sengaja mengundang persoalan kenapa setelah berjaya muncul menjadi sebuah syarikat telekomunikasi terunggul didalam negara hasil sokongan kuat daripada rakyat Malaysia sendiri tetapi kini nampaknya Celcom seperti sudah mula lupa dan leka dengan kejayaan yang dikecapi.

Kalau anda sudi meluangkan sedikit waktu untuk mendail ke nombor Celcom Careline iaitu 1111 atau ke 1-300-111-000, anda tentu akan terkejut dan tertanya-tanya, apakah anda sedang berada didalam satu wilayah di negara Indonesia kerana bahasa yang telah ditetapkan pada bahagian operator yang menyambut panggilan pertama daripada para pelanggan adalah menggunakan bahasa Indonesia dan bukannya Bahasa Malaysia sebagaimana yang sepatutnya.

Sebagai rakyat Malaysia saya berharap agar pihak yang berwajib seperti pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan melihat perkara ini sebagai satu isu yang wajib untuk ditangani dengan segera kerana apa gunanya bagi pihak kerajaan sendiri yang selama ini bermati-matian berjuang mempertahankan kedaulatan Bahasa Malaysia selain menyeru semua lapisan masyarakat di negara ini agar sama-sama dengan pihak kerajaan ke arah memartabatkan bahasa kebangsaan sedangkan ada pihak lain lagi yang sanggup memperlekehkannya.

Cegahlah BARAH sebelum merebak menjadi lebih parah lagi !!!

Arkib Blog