Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Disember 11, 2010

Nazri kencing berdiri Namewee kencing berlari - Rabu depan kabinet ada mesyuarat !

Kalau alasan sebab kenapa Namewee tidak dapat diambil tindakan walaupun apa yang pernah dilakukan oleh beliau sangat bertentangan dengan nilai-nilai murni yang perlu dan wajib ada pada setiap rakyat kelahiran Malaysia adalah semata-mata kerana tiada sebarang laporan telah dibuat oleh pihak yang menjadi sasaran penghinaan Namewee misalnya seorang Pengetua Sekolah di Johor.

Jadi sekiranya begitu kenapa pula dahulu ada tuduhan yang melibatkan dua orang blogger iaitu pengendali blog Dimensi, sdra Jeffry Damien dan seorang lagi Aduka Taruna yang kita semua sudah maklum apa punca mereka ditahan adakah laporan polis telah dibuat oleh empunya badan seperti Anwar Ibrahim dan Nik Aziz yang mana gambar keduanya digunakan oleh saudara Jeffry untuk artikel dalam blog beliau setelah diolah mengikut kesesuaian maklumat yang hendak disampaikan kepada pembaca namun semua itu telah membuat sebahagian besar daripada penyokong PKR dan PAS menjadi histeria dan memberontak sehingga memaksa mereka membuat laporan polis terhadap saudara Jeffry Damien.

Yang menjadi tandatanya saya ialah, dalam insiden berkenaan Anwar Ibrahim dan Nik Aziz Nik Mat tidak ada membuat laporan polis padahal sepatutnya merekalah yang harus berbuat demikian tetapi sebaliknya laporan polis telah dibuat oleh orang lain iaitu oleh para pemimpin bawahan PKR serta PAS dan kelihatannya polis bersedia pulak bertindak ke atas saudara Jeffry tetapi kenapa dalam isu Namewee ini kalau mengikut penjelasan Nazri Aziz bahawa tindakan tidak dapat dilakukan ke atas Namewee kerana orang yang menjadi sasaran penghinaannya iaitu Cikgu Aishah tidak ada membuat laporan polis, jadi mana satu yang betul ? Adakah Nazri Aziz berbohong dan sengaja cuba untuk memperbodohkan rakyat ?

Malang sungguh Barisan Nasional punya Menteri yang seumpama ini !!! PRU-13 dah semakin hampir, adakah ini sebahagian dari tranformasi yang dijanjikan oleh BN???

Nazri Aziz menuba, Namewee menjala !!!

Apabila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB Nazri Aziz yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal berkaitan dengan Parlimen telah memutuskan bahawa rappers Namewee sebagai tidak bersalah kerana menurut beliau lagi bahawa diri Namewee telah disalahertikan oleh masyarakat khususnya orang Melayu/Bumiputera dan karyanya juga turut telah disalahtafsirkan sebagai berunsur perkauman maka kepada saya sekiranya sudah begitu pendirian Nazri berkenaan dengan isu yang melibatkan Namewee jadi sudah tentulah saya bersetuju dengan tulisan seorang blogger baru, sdra Yuseri Yusoff yang telah menggambarkan Nazri Aziz sebagai telah mendahului mahkamah dalam menentukan kedudukan isu Namewee itu.

Dalam perkara lain yang berkaitan dengan Namewee, Nazri Aziz juga berjanji akan membawa ke pengetahuan Perdana Menteri dua permohonan rappers berkenaan iaitu satu daripadanya untuk bertemu dengan YAB Datuk Seri Mohd Najib secara bersemuka manakala satu lagi ialah permohonan Namewee untuk mendapatkan peruntukkan daripada kerajaan bagi membiayai pembikinan video 1Malaysia dan kedua permohonan tersebut difahamkan akan dibawa serentak oleh Nazri pada mesyuarat mingguan kabinet pada Rabu depan.

Jika beginilah cara kerajaan menangani sesuatu isu sebagaimana yang cuba diamalkan oleh Nazri Aziz berkaitan dengan isu Namewee, saya berkeyakinan apabila kerajaan Barisan Nasional yang sebelum ini sudah menyimpan hasrat untuk mendapatkan semula majoriti 2/3 di Parlimen tidak akan tercapai malah kemungkinan besar BN akan gagal untuk mendapat kembali Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang pada PRU-13.

Rakyat bawahan khususnya mereka yang terdiri daripada kaum Bumiputera sentiasa akan menjadi keliru dengan tindak-tanduk kerajaan dalam menangani isu-isu sensitif seperti isu perkauman, mana tidaknya..ternyata dalam isu Namewee ini beliau bagi sebilangan besar orang Melayu dan Bumiputera telah melukai dan telah mengguris hati dan perasaan mereka dengan karya-karya yang dihasilkannya yang jelas menghina namun sayang sekali apabila kerajaan melelui Nazri Aziz tidak melihat itu sebagai satu perkara yang boleh memudaratkan perpaduan kaum di negara malah lebih teruk lagi apabila pihak yang telah menjadi sasaran Namewee sebelum ini pulak yang dikenakan dengan tindakan.

Arkib Blog