Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Oktober 30, 2012

Taufan Sandy: Amerika Syarikat terima hukum karma !

Sikap pilih kasih serta layanan berat sebelah dan juga ketidakadilan oleh kerajaan Amerika Syarikat terhadap negara-negara Islam khususnya negara di sebelah Asia Barat seperti Palestine, Iraq, Iran, Syria, Libya dan beberapa buah negara Islam yang lainnya selama ini kini seakan-akan mula mendapat pembalasan daripada Tuhan Yang Maha Esa.

Antaranya dengan tindakan kerajaan Amerika Syarikat selama ini dalam memberikan sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada pencerobohan serta penaklukan rejim pengganas Zionis ke atas wilayah rakyat Palestine, menzalimi penduduk Palestine, merampas tanah dan juga meroboh rumah kediaman penduduk Palestine, menyiksa serta membunuh rakyat Palestine yang menentang mereka seolah-olah telah mendapat restu daripada kerajaan Amerika Syarikat.

Apakah selepas dibadai taufan ganas Sandy akan menyedarkan kerajaan Amerika Syarikat bahawa selama ini kerajaan mereka sebenarnya telah silap dalam mempertahankan satu dasar yang tidak adil kepada masyarakat dunia, dasar luar yang nyata menindas pihak yang lemah dan bersubahat dengan pengganas seperti Israel yang terbukti kejam serta zalim.

Taufan dasyat Sandy yang kini sedang melanda dan menyerang beberapa buah negeri di Amerika Syarikat seperti New York, New Jersy dan lain-lain lagi sepatutnya akan membuka hati dan mata kerajaan Amerika Syarikat betapa perbuatan mereka yang berdekad-dekad sanggup bersekongkol dengan rejim Zionis menganiaya dan menzalimi rakyat Palestine perlu menerima pembalasan yang berlipat kali ganda dari apa yang telah mereka lakukan ke atas penduduk Palestine.

Ibadah korban: Abby Abadi kena tegur dalam siaran Salam Baitullah 2012

Seperti biasa setiap malam bermula 10 Oktober 2012 jam 9 hingga 10 malam saya akan ikuti rancangan Salam Baitullah musim ke-3 yang diterbitkan siarannya oleh RTM TV1. Semalam, 29 Oktober adalah malam terakhir bagi seluruh krew Salam Baitullah yang bertugas dalam menjayakan rancangan berkenaan baik di dalam negara mahupun yang membuat liputan secara terus dari Tanah Suci Kota Mekkah.

Pada malam 27 Oktober, Salam Baitullah yang dikendalikan oleh Prof Madya Dr Mohd Reedhuan Tee Abdullah telah mengundang bekas Mufti Perlis YBhg Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin ke studio bagi mengupas satu topik yang disediakan oleh TV1 iaitu "Kembali Fitrah."

Saya mengikuti program Salam Baitullah ini adalah kerana atas dasar minat terhadap rancangan tersebut sama seperti rancangan lain seperti Forum Perdana Ehwal Islam juga terbitan RTM dan juga siri Jejak Rasul terbitan TV3 yang mana bagi saya ianya merupakan racangan ilmu yang paling sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat di negara ini.

Berbalik kepada siaran pada malam 27 Oktober 2012 itu, tajuk yang dipilih "kembali fitrah" seperti tepat sekali rasanya apabila di akhir rancangan Dr Mohd Reedhuan Tee telah bertanya tentang pendapat daripada Datuk Dr Mohd Asri atau Dr Maza berhubung dengan kenyataan yang dibuat oleh bekas pelakon drama Gerak Khas Abby Abadi tentang perihal ibadah korban yang dilakukan oleh umat Islam setiap kali menjelang hari raya korban pada setiap tahun sepertimana yang disebut dalam akaun twitter milik pelakon berkenaan.

Dr Mohd Asri secara peribadi menasihatkan Abby Abadi sekiranya beliau benar-benar ingin berubah demi agama maka beliau haruslah terlebih dahulu belajar serta mendalami ilmu agama daripada mereka yang betul-betul pakar dalam bidang agama sebelum mengeluarkan kenyataan yang begitu dangkal sekali mengenai hukum-hakam agama.

Yang lucunya iaitu pada suatu ketika apabila Dr Mohd Asri secara sepontan turut menyelar kenyataan Abby Abadi itu sebagai orang yang tidak tahu membeza antara bangkai haiwan dengan daging sembelihan. Menurut Dr Mohd Asri, daging ternakan yang melalui proses penyembelihan adalah halal untuk dimakan manakala daging haiwan ternakan yang dibunuh disembelih ikut hukum agama Islam adalah haram dagingnya untuk dimakan.

Arkib Blog