Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Julai 09, 2011

"Anwar koma seluruh tubuh kecuali satu organnya" - Dr Hatta Ramli

 Alaaaaa......kesiannye......
 Mana butang baju aku zah.... alaaaaaa...ciannyer....
Anwar Ibrahim ramai doktor-doktor dan peguam-peguam. Dalam ramai-ramai doktor yang dia ada, Anwar lebih suka dijaga dua orang doktor nama mereka Dr Wan Azizah dan Dr Hatta Ramli.

Dr Wan Azizah adalah doktor peribadi I Anwar yang bertanggungjawab terhadap tahap kesihatan seluruh organ yang terdapat pada tubuh Anwar manakala Dr Hatta Ramli yang juga doktor peribadi II Anwar pula adalah doktor psychiatry dan psychology yang bertanggungjawab terhadap tindakbalas pada seluruh tubuh Anwar apabila dia berada didalam keadaan yang sangat tidak boleh dipercayai atau kritikal.

Siang tadi Anwar Ibrahim turut menyertai perarakan haram bersama-sama dengan Ambabiga, Hj Abdul Hadi Awang, Mahfuz Omar, Salehuddin Ayob, Ngeh Ko Ham, Nurul Izzah dan ramai lagi pemimpin-pemimpin dari Pakatan Haram DAP, PKR dan PAS walaupun sebelum ini nama kesemua mereka telah disenaraikan oleh pihak Polis antara 91 nama yang tidak dibenarkan untuk masuk ke Kuala Lumpur mulai jam 12:00 tengah malam tadi sehingga jam 6:00 petang tadi namun jelas sekali mereka ingkar dengan arahan pihak polis.

Dalam kekecohan dan kekalutan pada perhimpunan haram itulah tadi Anwar kononnya telah tercedera tanpa diketahui akan puncanya. Ekoran dari kejadian itu, Anwar telah dirujuk ke hospital Pantai untuk pemeriksaan selanjutnya. Setiba di Hospital khabarnya keadaan Anwar semakin kritikal dan separuh sedar. Hrrmm sabar lah. Sepanjang Anwar di bawa ke hospital berkenaan, beliau sentiasa ditemani oleh kedua orang doktor peribadinya. Sekok betina sekok jantan.

Namun orang ramai diberi taklimat oleh salah seorang doktor peribadi Anwar iaitu Dr Hatta Ramli yang memberitahu bahawa walaupun keadaan Anwar yang koma dan masih berada didalam keadaan yang sangat kritikal seperti itu tetapi semua penyokong Anwar disaran agar tidak terlalu risau dan bimbang kerana masih ada lagi bahagian-bahagian ditubuh Anwar yang sentiasa aktif dan cergas malahan sentiasa berada didalam keadaan seperti sediakala iaitu akan cepat bertindakbalas bila kena sentuh apatah lagi kalau yang jambu-jambu yang memberi sentuhan istimewa.

"Harap ahli-ahli PKR serta para penyokong Anwar jangan gelisah, Anwar tak apa-apa, dia sihat..ya banyak sihat, kadangkala urat-urat dia sering kekejangan, tu tandanya dia sihat walafiat, tadi Chua Jui Meng pun ada cakap macam tu," - Dr Hatta Ramli.

KJ juga ikut Nurul Izzah ke hujung dunia ke bintang kejora !

Itulah, orang tua dah berpesan...jangan main hari hujan, nanti demam..tapi degil. Tengok tu, kalau dah kena tarik telinga dengan bro-bro Polis macam tu...siapa yang susah.,,,kan menyusahkan diri-sendiri, bini dan anak.

Tapi kan, agaknya memang itulah yang dimahukan oleh Ketua Pemuda UMNO/BN tu, sebab sebelum ini Nurul Izzah pun dikatakan akan turut serta dalam perarakan haram BERSHIT 2.0, jadi mahu tak mahu KJ terpaksalah juga buat sesuatu demi untuk membukti betapa ***** dan ********* beliau pada anak sang petualang negara itu.

Cuba hayati sekejap senikata lagu ni "Fantasia Bulan Madu" :-))

Demi cintaku padamu...
Kemanapun kaukan ku ikut...
Ke Stadium Merdeka atau Stadium Shah Alam...


Demi cintaku padamu...
Ku korbankan maruah BN...
Biarpun harusku renang lautan bara...


BERSHIT 2.0 anjuran Ambiga...
Tiada yang setuju..
BERSHIT 2.0 akupun tak setuju...
Tetapi kerna Nurul...
Sanggup aku buat apa saja...
sebagai bukti cintaku padamu....selamanya...

Kalau dulu Nurul bidas Tun M, diapun ikut bidas Tun M, kata macam-macam juga. Dulu Nurul kecam Datuk Ibrahim Ali, diapun buat sama macam Nurul, kecam Datuk Ibrahim Ali macam-macam. Dulu Nurul kata dia ada terima SMS ugutan, diapun kata ada juga terima SMS ugutan dan sama macam Nurul buat laporan polis. Nah sekarang, Nurul ikut petualang negara berdemo atas jalanraya...diapun ikut sama sampai sanggup pula memperalatkan Pemuda UMNO bagi tujuan yang tak pasti begitu. hrrrmmmmmmmmmmmmmmmm

Sokongan padu buat PDRM dan ATM !!! Pertahankan kedaulatan Malaysia !

Gambar ini hanyalah hiasan semata-mata. Tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup atau yang akan dan telah mati. Sekiranya ada persamaan, anggaplah ianya sebagai satu kebetulan sahaja.
Musang Berjanggut jangan mare!!!
Apakah anda mengalami kesukaran untuk mencukur janggut & misai?
Anda mahu kelihatan bersih?
Adakah anda mahu terus kelihatan selekeh dan tidak terurus?
Seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, kesejahteraan serta keharmonian dalam negara sentiasa akan memberi sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada seluruh anggota beruniform dalam pasukan Polis Di Raja Malaysia serta pasukan Angkatan Tentera Di Raja Malaysia dalam mengawal dan menjaga keadaan di dalam negara supaya sentiasa aman dan makmur.

Jangan takut dan tunduk terhadap tekanan yang datang dari luar atau dari negara asing yang jelas sengaja mahu keadaan yang tidak stabil berlaku didalam negara ini. Negara Malaysia negara kita, hanya kita yang berhak untuk menentukan nasib dan masa depan rakyat serta negara ini tanpa perlu untuk kita mengikut telunjuk Barat bagaimana cara hendak menguruskan negara ini. Jika negara boleh berdikari dalam banyak perkara, mengapa tidak Malaysia. Tentu sekali Malaysia Boleh melakukannya !

Kepada rakyat Malaysia yang telah bertukar kulit menjadi pengkhianat dan petualang negara, masa masih banyak untuk kalian berfikir tentang kesilapan yang telah anda lakukan dan masih ada waktu untuk kembali ke pangkal jalan dan harap jangan biar kesilapan terus bersarang dan menjadi inti perjuangan yang tidak membawa sebarang faedah untuk Malaysia.

Tindakan tegas dan berani daripada pihak Polis dan Tentera pada petang ini untuk menghalang sebarang usaha pihak BERSHIT 2.0 bagi mengadakan Protest jalanan adalah sangat diharapkan. Bagi mereka-mereka yang sudah dikenalpasti adalah ketua atau dalang kepada perhimpunan haram BERSHIT itu nanti, tangkap saja dan sumbat terus ke dalam lokap. Kenakan tindakan undang-undang yang cukup berat kepada penganjur BERSHIT itu. Kalau boleh, jika mereka disabitkan dengan kesalahan kerana ingkar kepada arahan polis, maka diharapkan dapat sekiranya mereka itu dikenakan hukuman buang negara dan lucut status kewarganegaraan mereka sebagai seorang rakyat Malaysia.

Arkib Blog