Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Januari 25, 2013

Bakar Injil: kenyataan Tok Him telah disalah-ertikan !

Saya tetap yakin bahawa kenyataan Presiden Perkasa YB Datuk Ibrahim Ali yang didakwa mengancam mahu membakar Injil berbahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah sengaja diselewengkan hingga menimbulkan rasa salah faham di kalangan sesetengah orang-orang Kristian di negara ini.

Tetapi dalam isu ini orang-orang Kristian di negara ini hendaknya mengambil sikap bertenang dan tidak usahlah terburu-buru apabila menerima atau disorong dengan berita-berita yang tidak dikenalpasti sumbernya dan tidak perlulah bertindak balas kerana untuk mendapat kepastian haruslah mendengar dari kedua-dua pihak dan tidak hanya mendengar dari sebelah pihak saja.

YB Datuk Ibrahim Ali semalam telahpun menjelaskan bahawa beliau tidak pernah berkata untuk melakukan perkara sedemikian tetapi malangnya kenyataan beliau terlebih dahulu telah diputar belit oleh pihak tertentu dan disamping itu Datuk Ibrahim Ali juga menjelaskan bahawa maksud beliau ialah hanya merujuk kepada Injil yang diedarkan seperti yang berlaku di SMK Jelutong Pulau Pinang baru-baru ini sekira benar ianya mengandungi kalimah Allah dan bukannya Injil yang digunakan oleh para penganut agama Kristian di Malaysia.

Harap umat Kristian di negara ini faham dengan penjelasan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pasir Mas itu dan sebagai seorang wakil rakyat yang berpengalaman seperti beliau kita perlu sedar tentu amat mustahil sekali bagi orang yang berusia seperti Datuk Ibrahim Ali boleh mengajak dilakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan prinsip beliau selaku seorang Ahli Parlimen apatah lagi mewakili kawasan Parlmen yang rakyatnya terdiri daripada mereka yang berbagai bangsa dan agama.

Sebagai orang Kristian saya berharap sangat supaya isu ini dapat diselesaikan dengan segera secara muktamad dan tak perlu diperpangkan lagi dan juga berharap pihak kerajaan agar bertegas terhadap mana-mana individu tanpa mengira apa jua latar belakang mereka yang cuba terus memainkan isu ini, ambil tindakan tegas dan dakwa mereka di mahkamah kerna jika dibiarkan seperti sekarang perbuatan tidak bertanggungjawab seperti itu hanya akan merosakkan perpaduan rakyat di negara ini.

Arkib Blog