Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Julai 24, 2011

Sudahlah masuk menceroboh, PPP berani pula mengugut BN Sarawak !!!

Ekoran kejayaannya melebarkan sayapnya di Bumi Kenyalang iaitu setelah mendapat kebenaran daripada pihak tertentu di Putrajaya, Parti Progresif Penduduk (PPP) kini telahpun mempunyai 72 cawangannya di seluruh Sarawak dan daripada jumlah tersebut, 13 cawangan sudahpun diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (ROS).

PPP pimpinan presidennya Datuk M.Kayveas yang masuk menceroboh ke negeri Sarawak melalui pintu belakang tanpa segan silu telah menyerahkan sikap sebenar pemimpin parti itu yang memang tidak tahu erti bagaimana untuk menghormati adat resam serta budaya masyarakat Sarawak dan juga tidak mahu mempedulikan sentimen para pemimpin kerajaan di Bumi Kenyalang ini.

Dengan membelakangi semangat setiakawan sesama anggota dalam komponen Barisan Nasional, Datuk M. Kayveas, Presiden PPP yang memang terkenal dengan sikap keras kepalanya itu kini semakin berani bertindak melangkaui prinsip Barisan Nasional yang harus dipegang bersama oleh semua parti yang bernaung didalamnya apabila terbaru beliau tampil mengugut BN Sarawak sekiranya PPP tidak diberikan sebarang kerusi DUN mahupun Parlimen di Sarawak, beliau bertegas akan tetap meletakkan calon bebas bagi menentang BN dan juga pembangkang.

Saya pikir apabila kemasukan PPP ke Sarawak yang awal-awal lagi sudah mendapat tentangan daripada berbagai pihak di negeri ini, adalah satu perkara yang tidak mustahil apabila dengan kehadiran parti Datuk M. Kayveas itu kelak hanya akan menambah lagi berbagai-bagai masalah perpecahan dalam masyarakat di Sarawak yang kini sudahpun nampak ketara tanda-tanda ke arah itu sejak kedatangan DAP, PKR dan PAS.

Dan, jika tiada sebarang usaha diambil oleh pihak di Sarawak untuk menyekat lebih awal berkenaan dengan kemasukan PPP ke Bumi Kenyalang ini maka bermakna rakyat Sarawak pada akhirnya nanti juga tidak akan mampu untuk menolak serta mengelak perpecahan dari berlaku dan seterusnya hanya akan memusnahkan perpaduan kaum yang telah lama wujud di negeri ini.

Pikirkanlah, kehadiran PPP tidak akan membawa sebarang kebaikan untuk rakyat di Sarawak khususnya bagi kaum Bumiputera. PPP pasti tidak akan menyumbang sesuatu yang berfaedah untuk Sarawak keseluruhannya kecuali perpecahan dan PPP bukanlah pilihan yang terbaik buat kaum Bumiputera di negeri ini sebab lihatlah golongan dari kaum mana yang awal-awal lagi telah menguasai PPP Sarawak walaupun ianya diumumkan sebagai masih baru bertapak di Bumi Kenyalang.

Arkib Blog