Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, April 19, 2010

Penagih alkohol tidak layak jadi wakil rakyat !


Apabila pendedahan telah dibuat oleh beberapa orang rakan blogger yang pro-BN mengenai tabiat buruk calon PKR untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen 094 Hulu Selangor iaitu Datuk Zaid Ibrahim maka saya menjadi sangat hairan, mengapa individu seperti beliau telah dipertaruhkan untuk bertanding bagi merebut kerusi tersebut sedangkan saya percaya masih ramai lagi ahli-ahli PKR yang lainnya boleh diketengahkan.

Arak atau alkohol memang diharamkan dalam agama Islam malah dalam agama-agama lain benda tersebut juga turut ditegah agar semua penganutnya menjauhi sesuatu yang memabukkan. Tetapi oleh kerana tuntutan hidup yang sentiasa berubah, manusia juga tidak terlepas daripada terperangkap apabila bermula dengan ingin mencuba sesuatu yang dilarang, lepas itu suka-suka sehingga kemudiannya membawa kepada ketagihan yang sukar untuk ditinggalkan.

Datuk Zaid Ibrahim adalah bekas Menteri Ex-gratia yang bertanggungjawab membazirkan wang rakyat sebanyak RM10.5 juta untuk diagih-agihkan kepada enam individu yang dipecat jawatan masing-masing namun mendapat wang pencen juga atas belas ihsan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu adalah Perdana Menteri Malaysia.

Mengapa saya katakan bahawa seseorang yang hidupnya bergelumang dengan ketagihan alkohol yang sukar untuk dipulihkan tidak layak samasekali untuk dilantik sebagai seorang pemimpin, baik ia sebagai ketua kampung, penghulu, ketua kaum, ketua masyarakat, kaunselor apatah lagi sebagai seorang wakil rakyat tak kiralah di Dewan Undangan Negeri ataupun di Dewan Rakyat adalah kerana saya melihat selagi rakyat mempunyai seorang pemimpin yang sedemikian maka selama itulah juga nasib rakyat turut terabai serta terbiar.

Rakyat tidak boleh mempunyai seorang pemimpin yang mabuk atau yang kaki minum. Saya sudah terbiasa melihat dengan mata kepala saya sendiri bagaimana malangnya nasib masyarakat di sesebuah tempat itu apabila mereka mendapat seorang ketua yang telah menjadi penagih arak atau alkohol yang tegar. Masalah atau keluh-kesah serta sebarang aduan penduduk cuma didengar namun tiada satupun tindakan diambil malah yang lebih teruk lagi apabila selama pemabuk masih menjadi ketua di sesuatu tempat itu masalah sosial semakin bertambah serta menjadi-jadi dan bukannya berkurangan.

Oleh itu, apabila saya melihat kepada gambar Datuk Zaid Ibrahim yang sedang memegang sebotol arak jenis whisky sebagaimana yang telah disiarkan dalam laman blog GAP, PISAU, Yeop Perak, AIDC dan lain-lain lagi tengah hari tadi, lalu saya terfikir bagaimanakah agaknya penerimaan rakyat di Hulu Selangor terhadap bakal pemimpin mereka di Parlimen kelak, adakah mereka mahukan pemimpin yang jelas terlibat dalam penagihan arak yang nyata akan membawa kemunduran atau sekiranya rakyat di Hulu Selangor mahukan perubahan kepada kebaikan maka mereka haruslah melihat kepada calon MIC iaitu saudara P. Kamalanathan lalu memberikan sokongan padu dengan memberi undi kepada Barisan Nasional.

Kepada rakyat di Hulu Selangor, UNDILAH BARISAN NASIONAL UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT. HIDUP BN!!!

Arkib Blog