Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Oktober 03, 2009

8 rumah panjang Iban di Engkelili adakan rumah tertutup tolak PKR.

Biasanya dalam bulan-bulan perayaan seperti sekarang ini yang masih lagi dalam suasana bulan Syawal dimana umat Islam di Malaysia ada lagi antaranya yang mengadakan rumah terbuka untuk menyambut tetamu yang berkunjung tetapi lain pula ceritanya dengan penduduk di lapan buah rumah panjang di kawasan Skim Kelapa Sawit Merindun dalam daerah kecil Engkelili, Sri Aman.

Untuk dijadikan satu cerita, pada tarikh 26 September 2009 yang baru lalu... rombongan PKR yang diketuai oleh Ketua Pergerakan PKR Pusat yang juga Anggota Parlimen Ampang di Selangor YB Zuraidah Kamaruddin telah cuba untuk membuat kunjungan hari "pilihanraya" sempena bulan "16+September" kebeberapa buah rumah panjang kaum Iban disana, namun apa yang mengejutkan apabila kelapan-lapan Tuai Rumah panjang disitu iaitu Tuai Rumah Sintan, Tuai Rumah Melintang, Tuai Rumah Ta, Tuai Rumah Sibat, Tuai Rumah Bandang, Tuai Rumah Kawi, Tuai Rumah Awing dan Tuai Rumah Junting bersepakat menolak kehadiran YB Zuraidah serta rombongan beliau ke rumah mereka masing-masing.

Alasan yang diberikan oleh kelapan-lapan Tuai Rumah Panjang itu yang mewakili semua penghuni rumah panjang masing-masing sebab mengapa mereka bertindak begitu ialah jelas iaitu mereka tidak mahu diperdaya dan ditipu oleh pemimpin-pemimpin PKR serta rakan mereka dalam Pakatan Haram(PH bukan PR) dan sebab lain yang utama ialah mereka adalah penyokong kuat kerajaan Barisan Nasional sejak dari dulu lagi. Oleh itu kata mereka lagi, PKR tidak payahlah "berlakon" untuk membantu masyarakat Iban di situ. Masyarakat Iban di sana sudah tahu apa itu PKR, siapa boss PKR dan siapa lembu-lembu PKR.

Begitulah serba-sedikit kisah malang yang menimpa YB Zuraidah Kamaruddin serta lembu-lembu PKR di Engkelili yang membuat kunjungan "pilihanraya" pada Hari Raya ke-6 di kawasan Lubok Antu DUN Batang Ai. Yang menariknya didalam waktu masyarakat Islam di Malaysia merayakan Aidilfitri YB Zuraidah membuat kunjungan ke Sarawak menuju ke kawasan yang majoritinya Iban beragama Kristian dan pada masa yang sama juga Penatsihat PKR YB Anwar Ibrahim pula telah membuat kunjungan Hari Raya ke rumah terbuka Tuan Ulama Al-Gore di Amerika Syarikat.Pelik kan, terdapat adanya pemimpin PKR yang tersilap rumah. Sesat atau apakah mungkin juga mereka telah benar-benar tersesat.

Rumah terbuka Perdana Menteri sempena Aidil Fitri tiada juga muka-muka orang PKR yang hadir, mana lesapnya mereka tetapi dalam sekutu PKR dan PAS kita dapat lihat ramai diantara YB-YB dari DAP yang datang ke rumah terbuka YAB Datuk Seri Najib untuk menjamu selera mungkin juga dalam pada itu untuk memohon ampun dan maaf daripada PM kita kerana keterlanjuran kata-kata mereka dalam tahun 2008 yang lalu dan untuk tahun 2009 memohon maaf akan dapat dilakukan pada majlis rumah terbuka tahun hadapan. Terima kasih daun keladi, lain tahun buat lagi.

Arkib Blog