Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Januari 30, 2013

PAS anti-Hamas !

Hanya kerana menyertai lawatan kemanusian Perdana Menteri Malaysia ke Gaza Palestine, tindakan drastik telahpun diambil oleh PAS terhadap bekas Timbalan Presidennya YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Beliau telah digugurkan dari menjadi ahli Majlis Syura Ulama dan nama beliau juga tidak lagi disenaraikan bersama bakal-bakal calon PAS yang akan bertanding pada PRU ke-13 nanti.

Inilah hukuman yang paling tidak berperikemanusiaan yang pernah dilakukan oleh PAS terhadap mana-mana ahlinya yang didakwa ingkar dan tidak mematuhi prinsip kabur Pakatan Pembangkang. Jika sebelum ini ketua pembangkang Anwar Ibrahim secara jelas mengiktiraf kerajaan  Israel serta berjanji akan menyokong sebarang usaha untuk menjamin keselamatan Israel dan ini turut dipersetujui oleh PAS tetapi mungkin dengan tindakan Ustaz Nasharuddin yang ikut serta dalam rombongan Datuk Seri Najib ke Gaza telah membuat PAS jadi tergamam dan terkejut kerna ini pada anggapan mereka telah menyalahi persefahaman yang PAS jalinkan bersama DAP dan juga PKR maka itu Ahli Parlimen Bachok itu harus dikenakan tindakan tegas.

Nampaknya tindakan tergesa-gesa PAS terhadap Uztaz Nasha hanya kerana beliau mengikuti rombongan Perdana Menteri ke Gaza atas nama lawatan kemanusiaan, kalau selepas ini PAS tidak dapat tanganinya dengan cermat sudah pasti akan membinasakan parti itu sendiri, orang ramai ataupun sesetengah daripada ahlinya tentu akan bertanya apa salah Ustaz Nasha ke Gaza sedangkan Gaza dipimpin oleh Hamas dan Hamas pula telah lama menjadi rakan baik PAS iala lama sebelum parti itu membentuk kerajaan di Gaza dan apa pula tanggapan Perdana Menteri Ismael Haniyeh terhadap jika beliau tahu PAS pecat ahli partinya hanya kerana datang ke Gaza?

Selasa, Januari 29, 2013

SCORE: tenaga siapa yang diperbaharui Sarawak ?

Laporan pada pagi ini oleh akhbar harian Sarawak iaitu Utusan Borneo menyebut bahawa 100 orang bekas pekerja yang bekerja dengan sebuah syarikat di tapak Taman Industrial Samalaju atau Samalaju Industrial Park (SIP) di Bintulu telah berkumpul sejak jam 5.30 pagi lagi di hadapan jalan masuk kawasan perindustrian tersebut kerana membantah tindakan majikan yang memberhentikan khidmat mereka tanpa sebarang notis dan tempat mereka telah digantikan dengan tenaga kerja asing. Baca di sini

Protes oleh bekas pekerja syarikat berkenaan segera mendapat perhatian seorang Anggota Dewan Negara Senator Pau Chiong Ung yang turut berada di lokasi (gambar atas) namun pihak majikan dikatakan tidak muncul-muncul ketika protes tersebut.

Apa yang rakyat Sarawak harap sangat daripada pihak kerajaan negeri ialah agar mereka turut campur tangan di dalam hal-hal kebajikan para pekerja tempatan yang sering menjadi mangsa penindasan seperti itu di mana peluang kerja yang sepatutnya di nikmati oleh pekerja tempatan telah di berikan kepada pekerja-pekerja asing sedangkan tujuan sebenar SCORE diwujudkan adalah bertujuan untuk membuka peluang lebih banyak kerja kepada rakyat tempatan sendiri tetapi malangnya peluang tersebut terpaksa dikongsi bersama dengan pekerja asing dan yang lebih menyedihkan apabila berlaku seperti kejadian pekerja tempatan dibuang dan diganti pula dengan pekerja asing.

Dalam hal seperti ini kerajaan Sarawak harus hanya berpeluk tubuh, tetapi pihak kerajaan harus berbuat sesuatu agar mana-mana pekerja tempatan yang menjadi mangsa penindasan majikan yang tidak bertanggungjawab seperti itu mendapat pembelaan yang sewajarnya dan kerajaan tidak harus membiarkan perkara seperti ini dari terus berulang kerana kewujudan SCORE mestilah mendahulukan kepentingan tenaga kerja tempatan sebelum melihat kepada keperluan mana-mana majikan untuk mendapat tenaga kerja warga asing.

Selain itu kerajaan Sarawak sebelum memberi sebarang projek kepada mana-mana syarikat yang ingin mengambil bahagian di dalam apa jua projek SCORE haruslah diingatkan agar mereka mengutamakan rakyat tempatan untuk mengisi jawatan yang tertentu dan kerajaan negeri harus tetapkan itu sebagai salah satu syarat yang perlu dipatuhi oleh para majikan yang mana syarikat mereka turut terlibat di dalam SCORE tenaga diperbaharui Sarawak.

Isnin, Januari 28, 2013

Apahal Tok Guru PAS sambut Maulud di rumah Karpal Singh ?

Lihatlah kepada objek-objek yang terdapat di dalam rumah kediaman Pengerusi DAP Kebangsaan YB Karpal Singh tempat di mana Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyambut ulang tahun hari kelahiran beliau yang ke-82 tahun.

Salah satu objek yang jelas kelihatan di belakang Karpal Singh iaitu yang terletak di atas meja sebelah kiri adalah sebuah patung yang menyerupai dewa tertentu mengikut kepercayaan para penganut agama Hindu.

Berikutan peristiwa tersebut, hanya satu soalan yang ingin dilontarkan...apakah hukumnya bagi seseorang yang beragama Islam yang meraikan harijadi beliau di dalam rumah orang bukan Islam yang mana di dalam rumah berkenaan terdapat berbagai jenis benda atau objek yang menyerupai makhluk dan adakah perbuatan tersebut boleh mendatangkan syirik kepada orang Islam sekiranya benar mereka melakukannya?

Jumaat, Januari 25, 2013

Bakar Injil: kenyataan Tok Him telah disalah-ertikan !

Saya tetap yakin bahawa kenyataan Presiden Perkasa YB Datuk Ibrahim Ali yang didakwa mengancam mahu membakar Injil berbahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah sengaja diselewengkan hingga menimbulkan rasa salah faham di kalangan sesetengah orang-orang Kristian di negara ini.

Tetapi dalam isu ini orang-orang Kristian di negara ini hendaknya mengambil sikap bertenang dan tidak usahlah terburu-buru apabila menerima atau disorong dengan berita-berita yang tidak dikenalpasti sumbernya dan tidak perlulah bertindak balas kerana untuk mendapat kepastian haruslah mendengar dari kedua-dua pihak dan tidak hanya mendengar dari sebelah pihak saja.

YB Datuk Ibrahim Ali semalam telahpun menjelaskan bahawa beliau tidak pernah berkata untuk melakukan perkara sedemikian tetapi malangnya kenyataan beliau terlebih dahulu telah diputar belit oleh pihak tertentu dan disamping itu Datuk Ibrahim Ali juga menjelaskan bahawa maksud beliau ialah hanya merujuk kepada Injil yang diedarkan seperti yang berlaku di SMK Jelutong Pulau Pinang baru-baru ini sekira benar ianya mengandungi kalimah Allah dan bukannya Injil yang digunakan oleh para penganut agama Kristian di Malaysia.

Harap umat Kristian di negara ini faham dengan penjelasan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pasir Mas itu dan sebagai seorang wakil rakyat yang berpengalaman seperti beliau kita perlu sedar tentu amat mustahil sekali bagi orang yang berusia seperti Datuk Ibrahim Ali boleh mengajak dilakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan prinsip beliau selaku seorang Ahli Parlimen apatah lagi mewakili kawasan Parlmen yang rakyatnya terdiri daripada mereka yang berbagai bangsa dan agama.

Sebagai orang Kristian saya berharap sangat supaya isu ini dapat diselesaikan dengan segera secara muktamad dan tak perlu diperpangkan lagi dan juga berharap pihak kerajaan agar bertegas terhadap mana-mana individu tanpa mengira apa jua latar belakang mereka yang cuba terus memainkan isu ini, ambil tindakan tegas dan dakwa mereka di mahkamah kerna jika dibiarkan seperti sekarang perbuatan tidak bertanggungjawab seperti itu hanya akan merosakkan perpaduan rakyat di negara ini.

Isnin, Januari 21, 2013

PAS dalam dilema, ditelan pahit dibuang sayang!!

Tekanan yang sedang dihadapi oleh para pemimpin tertinggi PAS daripada Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, Mursyidul Am sehinggalah kepada para Ulamak sungguh hebat sekali. Dalam waktu mereka berpura-pura mempertahankan kalimah Allah agar dilihat seperti benarlah mereka sebuah parti yang mendokong perjuangan Islam namun pada saat yang sama mereka juga terpaksa menerima desakan dan tekanan dari rakan sekutu dalam Pakatan Haram iaitu DAP yang mahu PAS mengkaji semula keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Syura pada 13 Januari lalu berkenaan dengan isu kalimah Allah.

Pemimpin DAP yang rata-rata bukan beragama Kristian seperti Karpal Singh yang beragama Hindu, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang beragama Buddha, Prof Dr P. Ramasamy juga beragama Hindu namun begitu terlalu berlagak mahu dilihat sebagai hero di kalangan masyarakat Kristian apabila cuba tampil mempertahankan kalimah Allah yang terdapat di dalam Kitab Injil atau Bible. Akibat terima tekanan daripada Karpal Singh berhubung dengan isu berkenaan Datuk Seri Hj Abd Hadi Awang dan Datuk Nik Aziz gagal membuka mulut malah terus diam membisu dan membiarkan pemimpin lain keluar bersuara.

Ahad, Januari 20, 2013

Empangan Bakun membebaskan Sibu dari masalah banjir besar..

Dengan siapnya projek mega kerajaan iaitu Empangan Hydroelektrik Bakun yang terletak di Balui dalam Bahagian Bintulu di Sarawak sekurang-kurangnya telah menyelamatkan Bandar Sibu khususnya dan kawasan-kawasan rendah yang berdekatan amya dari masalah banjir besar yang sebelum ini saban tahun sering melanda bahagian tersebut terutamanya pada musim tengkujuh.

Projek Hydro Bakun pada peringkat awal cadangan dan dalam peringkat pelaksanaannya telah mendapat berbagai bantahan daripada penduduk setempat serta tentangan hebat daripada pihak pembangkang yang mendakwa kononnya projek berkenaan akan mendatangkan bencana alam yang sangat teruk sekiranya empangan tersebut pecah dan  mengakibatkan banyak penempatan penduduk di bahagian hilir projek berkenaan seperti Bintulu, Kanowit dan Sibu menerima risiko ditenggelami air deras apabila empangan berkenaan runtuh dan akan mengancam kehidupan penduduk yang terlibat.

Walaubagaimanapun kini Empangan Bakun yang telah siap sedia untuk beroperasi sepenuhnya pada penghujung tahun ini tidaklah sepertimana yang dituduh oleh pihak Pakatan Pembangkang selama ini malahan projek Bakun Hydroelektrik mulai dilihat sebagai penyelamat kepada keadaan terutama ketika masalah banjir besar yang seringkali melanda bandar Sibu pada setiap kali tiba musim hujan namun semenjak Empangan Bakun mula melakukan kerja-kerja penakungan air pada 13 Oktober 2011 dan kemudiannya melakukan pelepasan air secara berterusan mengikut jadual iaitu dalam jumlah 500m air bagi setiap kali operasi untuk membolehkan kenderaan air seperti bot ekspress bergerak, maka penduduk Sibu boleh melihat perkembangan berbeza kesan dari projek empangan tersebut apabila tiada berlaku sebarang banjir besar berlaku di Sibu sepanjang tahun 2012 yang lalu.

Sabtu, Januari 19, 2013

Nik Abd Aziz calon terbaru PAS untuk PM Malaysia

Para penyokong PAS sudah jelas tidak lagi yakin kepada ketua pembangkang Anwar Ibrahim untuk dilantik ke jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia sekiranya DAP, PKR dan PAS berjaya membentuk kerajaan pada PRU13 kelak.

Jika sebelum ini mereka begitu bersungguh-sungguh mencadangkan kepada pihak Pakatan Haram itu supaya Presiden PAS Datuk Seri Hj Abd Hadi Awang diberi kepercayaan untuk menerajui kerajaan jika ketiga-tiga parti itu ditakdirkan menang dan menawan Putrajaya daripada kerajaan Barisan Nasional.

Tetapi malangnya, belum apa-apa lagi para penyokong PAS sudahpun mengubah pendirian awal mereka yang sebelum ini mahukan Datuk Seri Hadi namun kali ini mereka mahu agar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat pula dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia seandainya Pakatan Haram itu menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Inilah dilema yang sedang dihidapi oleh para penyokong PAS mahupun PKR ataupun DAP, mereka kini benar-benar berada di dalam situasi yang sungguh mengelirukan, jiwa kacau, pikiran terganggu kerana tidak tahu siapa lagi antara pemimpin tertinggi di dalam parti mereka yang layak untuk diberi kepercayaan menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia.

Kasihan dengan para penyokong PAS dan PKR kerana terpaksa berkongsi rasa serba salah sesama mereka akibat krisis kepimpinan dalam Pakatan Haram pembangkang yang sentiasa tidak pernah menemui kata putus tentang siapa sebenarnya yang paling layak menjadi Perdana Menteri andaikata nasib menyebelahi mereka pada pilihan raya itu nanti.

Jumaat, Januari 18, 2013

10 tahun kerajaan Sarawak leka dan lalai..

Saya ingin mengangkat satu berita yang dimuatkan dalam akhbar arus perdana negeri Sarawak hari ini di sini yang menyiarkan keluhan serta harapan daripada salah seorang anggota kabinet kerajaan Barisan Nasional negeri Sarawak tentang isu kemalapan industri pelancongan di Bumi Kenyalang.

Beliau adalah YB Datuk Lee Kim Shin daripada parti SUPP. Harapan beliau ialah mahu agar kerajaan pusat memberi perhatian serius kepada kerajaan Sarawak dalam membangunkan industri pelancongannya dan tidak hanya mengutamakan negeri Sabah semata-mata.

Sepatutnya kerajaan Sarawak lebih awal menyedari perkara ini sebaik saja pengunduran YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad dari jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana hakikat yang perlu diketahui bahawa pelancongan negeri banyak dibantu oleh kepimpinan Tun Dr Mahathir ketika itu, beliau banyak berusaha untuk memperkenalkan Sarawak di mata dunia.

Namun sesudah beliau bersara nyata sekali industri pelancongan negeri juga turut menjadi muram dan seakan-akan sudah hilang punca sehingga tumpuan pelancong luar mula beralih dan secara beransur-ansur bertumpu ke negeri Sabah dan ini merupakan satu tamparan kepada para pengusaha pelancongan di Sarawak.

Malah yang lebih malang apabila terdapat beberapa produk pelancongan negeri Sarawak secara senyap-senyap seperti cuba untuk diperkenalkan oleh pihak tertentu di Sabah sebagai budaya negeri mereka tanpa sebarang respon dari para pemimpin di negeri ini.

Isnin, Januari 14, 2013

Majlis Syura Ulama: kenapa mereka semua lari keluar ikut pintu belakang?

Menarik untuk diulas dengan panjang lebar sikap ahli-ahli Majlis Syura Ulama PAS yang enggan ditemuramah oleh para wartawan sebaik selesai bermesyuarat pada malam Ahad 13 Januari 2013 semalam sebagaimana yang telah dilaporkan oleh blog Media Wangsa Maju yang dianggotai B.I.S, KLboyz, Suara Lensa, BN4MW, U.G, Malay Delima, Papa Gomo, Gelombang Wangs Maju, Gelombang Rakyat dan Badut Rakyat

Kita berasa hairan dan merasa sangat pelik, apa benda yang sangat ditakuti oleh mereka iaitu ahli-ahli Majlis Syura dan badan Tertinggi PAS sehinggakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz dan timbalan beliau Datuk Dr Haron Din terpaksa keluar ikut pintu belakang bangunan, ya..lagak bagai seorang pesalah yang takut berdepan dengan pihak berkuasa.

Mereka berbincang dan memanggil mesyuarat pada malam tersebut adalah atas perkara yang sangat penting bagi umat Islam iaitu untuk mencapai kata putus berhubung dengan penggunaan Kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negara ini samada hendak membenarkannya ataupun tidak.

Mesyuarat dilaporkan berlangsung selama dua jam yang bermula jam 9 malam dan maknanya mesyuarat berakhir pada jam 11 malam dan diluar tempat mesyuarat ramai para wartawan menuggu sidang media untuk merekod kenyataan oleh pemimpin Ulamak PAS.

Malangnya tiada sebarang kenyataan akhbar yang dibuat oleh pemimpin Ulama PAS selepas itu kerana kesemuanya sudah lari keluar dari bangunan yang terletak di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur secara sembunyi-sembunyi dan sudah tentu yang sangat kecewa dengan tindakan pengecut pemimpin Ulama PAS itu adalah golongan wartawan yang telah banyak membuang masa menunggu untuk kenyataan rasmi daripada Datuk Nik Aziz mahupun Dr Haron Din mengenai mesyuarat berkenaan.

Walaupun hanya mendapat salinan kenyataan akbar yang diedar mengenai keputusan mesyuarat Majlis Syura Ulama dan badan Tertinggi PAS yang dikatakan telah tidak membenarkan Kalimah Allah untuk digunakan oleh orang bukan Islam tetapi persoalannya disini ialah adakah mencukupi kenyataan yang bukannya keluar dari mulut Datuk Nik Aziz ataupun Dr Haron Din boleh menjaminkan keputusan itu akan kekal sekiranya kepimpinan dua sekutu PAS iaitu DAP dan PKR bersuara serta menuntut penjelasan daripada PAS tentang keputusan mesyuarat Majlis Syura itu.

Apa yang kita pikirkan sekiranya Datuk Nik Aziz terpaksa menjawab kebimbangan DAP mengenai keputusan Majlis Syura kalau mengikut kenyataan akhbar yang ditandatangani oleh Mursyidul Am PAS dan timbalannya yang menolak orang bukan Islam daripada menggunakan kalimah berkenaan adakah kita fikir Datuk Aziz mengakuinya ataupun seperti biasa beliau menafikannya dengan menuduh kenyataan beliau telah diputar belit oleh pihak tertentu dan meminta DAP usah percaya?

Saya fikir dalam isu ini Menteri Besar Kelantan itu telah memilih jalan selamat bagi dirinya sendiri biarpun terpaksa bertindak seperti seorang pengecut kerana lari dari bertemu para wartawan dan hanya menyerahkan kepada wartawan sendiri untuk membuat tafsiran tentang keputusan mesyuarat yang baru saja selesai dan sikap yang enggan menyatakan kebenaran dihadapan umum langsung tidak menggambar sikap pejuang agama yang harus berani dalam apa juga keadaan.

Ahad, Januari 13, 2013

Himpunan Shamsidar target lari jaaauuuhhh!!!

Semalam pelaburan jangka panjang pihak Yahudi di negara ini nampaknya rugi besar, mereka mengharapkan petanda yang baik datang dari Perhimpunan Shamsidar yang dianjurkan oleh Pakatan Pembangkang DAP, PKR dan PAS namun segalanya hancur musnah akhirnya apabila target mula kedatangan para penyokong adalah sejuta orang dan sekurang-kurangnya seratus ribu orang tetapi malangnya sebaik selepas perhimpunan selesai dilaporkan cuma lebih 45 ribu orang saja yang hadir memberi sokongan setelah melalui proses kira tolak, campur dan darab.

Pada perhimpunan semalam saja, kita tidak dapat menjangka berapa besar jumlah wang yang digunakan oleh pihak Pakatan DAP, PKR dan PAS untuk menganjurkan perhimpunan tersebut, dari dana asing yang mana satu, adakah IMF, adakah Amerika Syarikat, adakah Israel dan lain-lain lagi yang mahu melihat Malaysia jatuh ke tangan para pengkhianat negara seperti pemimpin gelojoh dan gila kuasa seperti yang ada dalam PR itu.

Tentunya pihak asing yang iri hati dengan kemakmuran Malaysia akan sentiasa sanggup menunaikan kemahuan pihak PR ini dengan syarat mereka tidak berputus asa dari terus menimbulkan keadaan yang huru hara di dalam negara sehingga kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat tumbang dan jatuh ke dalam tangan mereka. Pihak asing pastinya tidak teragak-agak untuk memberi modal awal kepada PR untuk tujuan itu kerana percaya sekiranya Kerajaan BN jatuh maka mereka juga tentu sekali akan dapat habuan yang lebih besar daripada kejayaan PR yang merampas kuasa secara paksa.

Apa-apapun petanda awal dari perhimpunan semalam sudahpun meresah semua pihak di dalam PR mahupun pihak-pihak yang pernah dan telah menaja kerja gila mereka selama ini. Petanda kehancuran pakatan mereka juga sudah semakin jelas dan rakyat sudah semakin ramai yang sedar cara politik yang dibawa oleh oleh Pakatan Pembangkang merupakan politik yang bermutu rendah sekali dan tidak akan mampu membawa negara ini ke arah yang lebih baik malah jika tersilap langkah boleh menjerumus Malaysia ke arah kehancuran.

Sabtu, Januari 12, 2013

Gugurkan kalimah Allah dalam Injil dan gantikan dengan 'Ilah' ataupun 'Elohim"

Sudah tiba rasanya masa untuk pemimpin-pemimpin Kristian di Malaysia untuk membuat keputusan sendiri berhubung penggunaan kalimah Allah yang sekian lama digunapakai dalam kitab Injil berbahasa Indonesia namun ianya tetap juga diguna sehingga ke hari ini oleh para penganut agama Kristian daripada kaum Bumiputera khususnya di Malaysia Timur.

Saya cuma ingin sekali berkongsi pandangan mengenai perkara ini dan bagi saya adalah lebih baik mengemukakan cadangan daripada memberi kenyataan-kenyataan yang akhirnya hanya membangkitkan rasa kurang senang di antara kedua-dua pihak yang sehingga kini sering bertelagah dan bercakaran mengenai hak ke atas Kalimah Allah itu.

Secara ringkasnya saya tujukan saja kepada pihak sebelah saya sendiri iaitu pihak Kristian. Apa kata buat saja cetakan baru untuk versi baru kitab Injil untuk kegunaan Gereja-gereja seluruh Malaysia dengan menukar setiap mana-mana perkataan "Allah" di dalamnya sebagaimana versi sebelum ini kepada perkataan "Elohim" ataupun "Ilah.

Saya dapat beberapa bukti bahawa kalimah Allah itu memang bukan satu perkataan yang asal dalam kitab Injil lama dan contoh yang boleh dijadikan fakta ialah antaranya ialah Injil Yohannes 1:1 In the beginning was the Word, and the Word was with Elohim, and the Word was Elohim (Pada mulanya adalah Firman, Firman itu bersama-sama dengan Elohim dan Firman itu adalah Elohim), namun dalam Injil berbahasa Indonesia ianya telah ditukar berbunyi seperti ini "Pada mulanya adalah Firman, Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah."

Apa-apapun untuk rujukan fakta hal yang berkaitan boleh juga dibuat di sini dan lihat juga pengakuan terbaru seorang Paderi Kristian dari Indonesia tentang perkara yang sama iaitu apabila turut bersetuju akan hakikat bahawa kalimah Allah hanya untuk Islam di sini

Bersama-samalah kita berfikir secara waras bagaimana agar keamanan serta perpaduan di kalangan masyarakat majmuk di negara dapat terus dipelihara dan tidak rosak hanya kerana beberapa perkara yang pada dasarnya boleh diselesaikan secara bermuafakat antara dua kumpulan berbeza tanpa perlu menimbulkan bermacam-macam isu sampingan yang tidak sepatutnya.

Jumaat, Januari 11, 2013

Akhir zaman: Yesus datang ke dunia sebagai seorang Islam!

"Maaf terlebih dahulu dipinta daripada saudara-saudara Kristian semua kiranya tersinggung dengan artikel yang ditulis kali ini namun atas rasa ingin tahu dan mahu mencari kebenaran tentang ketuhanan Nabi Isa a.s. atau Yesus Kristus maka saya sebagai umat Kristian juga berhak untuk mengetahuinya biar dari sumber mana sekalipun" - Anak Merdeka.

Sebelum itu sama-sama kita rujuk di sini untuk tahu lebih lanjut kisah tentang kedatangan Yesus ke dunia sebelum Hari Kiamat.

Hal pertama yang akan dilakukan Nabi Isa a.s. atau Yesus setelah turun dari langit adalah menunaikan solat sebagaimana yang dijelaskan hadis-hadis. Nabi Isa a.s. akan menjadi makmum dalam solat yang diimamkan oleh Imam Mahdi.

Adapun lokasi turunnya Nabi Isa a.s. dijelaskan oleh Rasullah SAW dalam sebuah hadis berikut: "Isa ibn Maryam akan turun di Menara Putih (Al Manaratul Baidha) di Timur Damsyik," [HR Thabrani dari Aus bin Aus]

Kedatangan Nabi Isa a.s. akan didahului keadaan dunia yang dipenuhi kezaliman, kesengsaraan dan peperangan besar yang melibatkan seluruh penduduk dunia. Setelah itu kemunculan Imam Mahdi yang akan menyelamatkan kaum Muslimin, kemudian kemunculan Dajjal yang akan berusaha membunuh Imam Mahdi. Setelah Dajjal menyebarkan fitnahnya selama 40 hari, maka Nabi Isa a.s. akan diturunkan dari langit untuk menumpaskan Dajjal.

Turunnya Nabi Isa a.s. ke Bumi mempunyai misi menyelamatkan manusia dari fitnah Dajjal dan membersihkan segala penyimpangan agama, Baginda akan berkerjasama dengan Imam Mahdi membenteras semua musuh-musuh Allah.

Salah satu tugas Nabi Isa a.s. setelah membunuh Dajjal adalah menyelamatkan umat manusia dari fitnah Yajuj dan Majuj (Gog dan Magog - edisi Injil) 

Nabi Isa a.s. akan menunaikan Ibadah Haji : "Demi Dzat yang diriku ditanganya, sesungguhnya Ibn Maryam akan mengucap tahlil dengan berjalan kaki untuk melaksanakan haji atau umrah atau kedua-duanya dengan serentak. [HR Ahmad & Muslim dari Abi Hurairah]

Nabi Isa a.s. akan wafat sebelum dunia kiamat : Janji Allah pasti akan berlaku pada semua umatnya, semua yang bernyawa pasti akan mati, begitu juga Nabi Isa a.s.

Setelah menjadi pemimpin yang adil di akhir zaman, Allah SWT akan mewafatkan Nabi Isa a.s. Hanya Allah SWT saja yang tahu bila dan dimana Nabi Isa a.s. akan diwafatkan. Setelah wafatnya Nabi Isa a.s. dunia akan mengalami kiamat.

Khamis, Januari 03, 2013

Lepas ni Datuk Nik Aziz setuju dengan Karpal Singh pulak.. tunggu & lihat sajalah!!

Lanjutan kesediaan Presiden PAS Datuk Seri Hj Hadi Awang untuk menjelaskan segala isu yang berbangkit berpunca dari amanat beliau yang mengkafirkan orang-orang UMNO pada tahun 1981 jika diberi ruang satu jam untuk muncul di dalam media elektronik milik kerajaan iaitu rtm tv1 mahupun tv2 ataupun tv swasta tv3 telah mendapat sokongan kuat daripada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat tambahan pula setelah Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim menyatakan persetujuan bagi pihak kementeriannya berhubung dengan hasrat Hj Hadi itu. Tetapi bagaimana pula nanti sekiranya sekutu mereka dalam PR seperti  Karpal Singh, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng membantah dan menentang cadangan itu? ..apakah Datuk Nik Aziz akan menarik balik sokongan beliau dan bersekongkol semula dengan DAP lalu menuding jari kembali kepada UMNO dan BN? Untuk rekod, Menteri Besar Kelantan itu bukanlah seorang pemimpin yang pernah berpegang kepada apa yang beliau perkatakan kerana suka bertukar pendirian apabila sudah terperangkap di dalam sesuatu keadaan.

Arkib Blog