Pada 9hb February 2010 lepas, salah seorang blogger yang berasal dari Negeri Di Bawah Bayu, Sabah iaitu pemilik kepada sebuah blog yang dikenali sebagai Pipit Pekepa pernah menerbitkan sebuah artikel yang sangat mengejutkan saya apabila posting beliau pada tarikh tersebut telah mendedahkan apa yang sebenar berlaku di sebalik kesukaran rakyat Sabah untuk mendapatkan sebarang pekerjaan di negeri kelahiran mereka sendiri walaupun mempunyai kelayakan yang melebihi daripada pra-syarat yang telah ditentukan.Pembaca semua boleh mengetahui selanjutnya tentang keluhan yang telah didedahkan oleh penulis blog tersebut mengenai masalah yang dihadapi oleh anak negeri Sabah yang boleh diibaratkan bagai mengemis pekerjaan di tanah tumpah darah mereka sendiri menerusi http://pipitpekepa.blogspot.com/2010/02/kaum-imigran-agih-agihkan-harta-dan-hak.html . Artikel beliau yang bertajuk "KAUM IMIGRAN AGIH-AGIHKAN HARTA DAN HAK RAKYAT SABAH."
Posting tersebut sangat menarik perhatian apabila ianya secara tidak langsung telah cuba untuk menyentuh mengenai hak-hak sebenar rakyat asal yang menduduki negeri Sabah sejak sebelum merdeka lagi dan seterusnya selepas pembetukan Persekutuan Malaysia berjaya direalisasikan kini seolah-olah cuba untuk dinafikan dan seakan-akan mula untuk dikawal oleh rakyat yang taraf kewarganegaraan mereka kurang jelas walaupun mereka ketika ini telah diberi kuasa untuk memegang sesuatu jawatan yang sepatutnya hanya boleh diberikan kepada anak watan atau peribumi.
Apabila Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Ybhg. Datuk Sukarti Wakiman yang pada waktu ini beliau sedang melakukan lawatan muhibah ke Negeri Sarawak untuk beberapa hari, ini telah mengingatkan saya semula kepada apa yang telah ditulis oleh Pipit Pekepa sebagaimana didalam blog beliau mengenai diri sebenar Datuk Sukarti Wakiman.
Jika diteliti dari apa yang telah ditulis oleh Pipit Pekepa itu, saya boleh memahami bahawa dari artikel tersebut terbukti ada sesuatu yang tidak kena diatas perlantikan Datuk Sukarti Wakiman sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah. Apa yang boleh dikatakan disini ialah dimasa yang akan datang diharap agar setiap kerajaan negeri di Malaysia bukan hanya di Sabah apabila mengambil keputusan untuk melantik orang yang tertentu ke jawatan yang sangat penting dalam pentadbiran kerajaan negeri hendak berhati-hati dan lebih teliti terutamanya berkaitan dengan taraf kerakyatan mereka.
