Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Julai 31, 2009

PKR berjanji akan beri "Gula DADU" kepada rakyat jika Pakatan Pembangkang Menawan Sarawak.

Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak masih lama lagi, tetapi Pakatan Pembangkang khususnya PKR sudah resah gelisah untuk menghadapinya.

Begitu juga dengan DAP dan PAS yang turut sama telah mula mengaturkan langkah awal mereka bagi pilihanraya DUN Sarawak nanti.

Ketiga-tiga parti ini telah berpakat untuk menumbangkan Kerajaan BN yang sedia utuh di Negeri Sarawak tetapi dalam pada itu juga mereka mula turut bertelagah sesama mereka berkaitan dengan pengagihan kerusi kawasan yang akan ditandingi kelak.

Ketua Perhubungan PKR Sarawak, Mustaffa Kamil Ayub(rakyat Perak) ketika diminta mengulas oleh wartawan akhbar Utusan Borneo pada Khamis 30 Julai 2009 mengenai gesaan Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang juga Timbalan Presiden PBB Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang yang mahu Pakatan Pembangkang membuktikan terlebih dahulu kemampuan mereka mentadbir negeri-negeri yang telah berada didalam penguasaan mereka sebelum mereka menyimpan niat untuk merampas Sarawak daripada Barisan Nasional, beliau dengan yakin sekali menyatakan bahawa PKR bukan sekadar "suka-suka" untuk merampas pemerintahan kerajaan daripada Barisan Nasional.

Seterusnya PKR menerusi Mstaffa Kamil Ayub cuba hendak berbohong kepada rakyat Sarawak apabila beliau dipetik sebagai berkata "Jika diberi mandat untuk mentadbir Sarawak kita akan merakyatkan ekonomi negeri seperti yang dilakukan di Selangor yang diperintah kerajaan Pakatan Pembangkang pada ketika ini," katanya ketika dihubungi wartawan UB.

Mengulas lebih lanjut cabaran yang dibuat oleh Tan Sri Jabu itu, Mustaffa menambah "Kita terima baik pandangan dia(Jabu) dan memang hasrat kerajaan Pakatan Pembangkang untuk memperbaiki pelaksanaan pembangunan dan kebajikan rakyat dari masa ke semasa. "Setakat ini memang kita menjaga dengan baik negeri-negeri yang ditadbir kita," katanya lagi.

Sebagai sebuah negara demokrasi beliau berkata parti-parti dalam Pakatan Pembangkang iaitu DAP, PKR dan PAS berhak untuk menyebarkan fahaman politik di mana-mana negeri dalam Malaysia, dan berkata kenyataan Tan Sri Jabu adalah perkara normal kepada Pakatan Pembangkang.

Dalam pada itu juga beliau menyatakan bahawa PKR mensasarkan jumlah keahlian PKR di Sarawak kepada seramai 100,000 orang ahli menjelang pilihanraya DUN Sarawak nanti iaitu pertambahan sebanyak 40,000 daripada 60,000 sebelum ini sebagaimana yang beliau dedahkan.

Itulah serba sedikit cerita tentang aktiviti kurang sihat PKR serta Pakatan Pembangkang di Sarawak sempena dengan penganjuran Majlis Mesyuarat Raja-Raja Melayu ke-218 di DUN baru Sarawak.

Pandangan saya: ...saya tak nak mengulas terlalu panjang sangat berkenaan dengan angan-angan para pemimpin PKR ini, namun apa yang ingin saya sampaikan kepada Pakatan Pembangkang khususnya PKR ialah mereka harus berpandukan kepada satu perumpamaan lama iaitu "Ukur baju dibadan sendiri" ertinya sebelum seseorang itu mengukur baju yang sedang dipakai oleh orang lain, terlebih dahulu eloklah bagi dia untuk melihat ukuran baju yang sedang mereka sendiri gunakan. Maka maknanya pun lebih kurang sama, iaitu jika ada parti-parti tertentu suka mempertikaikan sumbangan pembangunan yang dibuat oleh parti pemerintah, jadi sebelum itu adalah lebih baik bagi mereka sendiri untuk melihat akan kekerurangan cara mereka mentadbir negeri-negeri masing.

Kepada saudara Mustaffa Kamil, cita-cita PKR anda itu terlalu tinggi, ..tak risau ke nanti seandainya kata pepatah Melayu Lama seperti "Yang dikejar tak dapat, Yang dikendong berciciran" akan terjadi semula ke atas Pakatan pembangkang selepas peristiwa "melencong ke Taiwan".

Ada satu lagi yang saudara Mustaffa Kamil lupa apabila beliau menyatakan bahawa Pakatan Pembangkang akan "merakyatkan ekonomi Sarawak" jika mereka berjaya menubuhkan kerajaan di Sarawak. Bagi saya itu adalah kata-kata untuk menutup kelemahan pentadbiran oleh Pakatan Pembangkang di 4 buah negeri terutamanya di Selangor.

Selepas itu juga beliau menambah bahawa Pakatan Pembangkang memang menjaga baik negeri-negeri yang mereka kuasai.

Baik yang macam mana pulak yang dimaksudkan oleh saudara Mustaffa itu ???

Arkib Blog