Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Januari 18, 2011

Peraturan laporan Polis "boleh" selepas 24 jam kejadian wajar dikaji semula.

Terlebih dulu saya ingin menyampaikan salam takziah kepada seluruh keluarga adik Allahyarham Taufik Abdul Rahim yang telah menjadi mangsa pembunuhan kejam oleh kumpulan sindiket mencuri motosikal di Sadong Jaya Kota Samarahan Sabtu lalu dan diharap semua ahli keluarga allahyarham tabah dan bersabar dalam menghadapi keadaan yang sedemikian.

Adik Taufik Abdul Rahim 15, merupakan seorang pelajar Tingkatan 3 di sebuah SMK Kota Samarahan telah didapati hilang oleh bapanya Abdul Rahim pada hari Sabtu apabila tidak balik ke rumah pada waktu yang sepatutnya sebagaimana kebiasaan sebelumnya.

Oleh kerana bimbang sesuatu terjadi  ke atas anaknya maka Abdul Rahim telah mengambil keputusan untuk membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya namun beliau tidak dapat berbuat demikian mungkin telah dinasihat oleh pihak polis bahawa laporan mengenai kehilangan orang hanya akan dapat dibuat selepas 24 jam kejadian berlaku menyebabkan beliau hanya membuat laporan polis pada jam 1 petang hari berikutnya.

Saya melihat sekiranya peraturan atau pendekatan yang sedang diamalkan oleh pihak polis pada masa ini berhubung dengan kes-kes yang memerlukan perhatian segera tetapi malangnya apabila semuanya tetap tertakluk dibawah peraturan sama iaitu 'selepas 24 jam' barulah laporan polis yang dibuat oleh para pengadu mengenai sesuatu kes seperti kehilangan orang hanya akan dapat diterima dan polis baru boleh memulakan siasatan jadi alangkah baiknya kalau peraturan yang sedemikian dapat diubahsuai atau dikaji semula bagi memudahkan setiap urusan oleh semua pihak.

Dalam kes seperti ini telah menjadi satu tandatanya kepada saya iaitu sekiranya benar-benar kejadian kehilangan berlaku yang disebabkan oleh perlakuan jenayah seperti kejadian yang menimpa adik Taufik Abdul Rahim tetapi pihak polis masih enggan untuk menerima laporan kerana kejadian belum sampai tempoh waktu yang ditetapkan adalah tidak mengapa kerana kejadian masih belum melewati masa '24 jam' tetapi apakah tiada cara lain yang pihak berkuasa dapat berikan kepada pihak pengadu atau keluarga mangsa dalam mencari jawapan kepada teka-teki tentang kehilangan ahli keluarga mereka sementara tempoh '24 jam' laporan polis boleh dibuat seperti menubuhkan satu 'penyiasat' yang dianggotai oleh polis dan disertai oleh anggota RELA ?

Pada saya, membiarkan apa yang berlaku sehingga melepasi waktu '24 jam' barulah boleh bertindak adalah satu perkara yang kurang sesuai lagi pada masa ini. Dalam apapun jua keadaan adalah lebih baik sekiranya tindakan segera dapat dibuat dan laporan patut diterima dan direkodkan sementara menunggu tempoh '24 jam' supaya pihak yang telah menjadi mangsa akan segera terbela nasib mereka.

Mustahil seorang peguam tak tau beza antara azan dengan ceramah !

Saya bukanlah cuba untuk mempertikaikan cara permohonan maaf yang telah dibuat oleh seorang peguam Ng Kian Nam terhadap seluruh umat Islam di Malaysia serta kepada orang Islam di Kampung Kerinchi khasnya ekoran bantahan besar-besaran yang dilakukan oleh umat Islam berikutan satu memorandum yang beliau hantar kepada Pejabat Perdana Menteri yang mahu supaya laungan suara azan di perlahankan.

Bagi saya adalah paling bagus dan patut dipuji akan sikap sandara Ng Kian Nam kerana sanggup untuk bertanggungjawab di atas kesilapan dan keterlajuran yang telah beliau lakukan sehingga melukakan hati seluruh umat Islam di negara ini tetapi ada satu perkara yang saya lihat tidak masuk akal ialah alasan tentang sebab utama beliau menghantar memorandum bantahan suara azan itu kepada Perdana Menteri iaitu 'tidak tahu untuk membezakan antara azan dengan ceramah atau kuliyah subuh.'

Ng Kian Nam adalah rakyat Malaysia, warganegara Malaysia..lahir di Malaysia, membesar di Malaysia, belajar di Malaysia dan dia bukannya rakyat negara asing yang datang ke Malaysia dengan membawa bersama segala dokumen-dokumen perjalanan yang diperlukan sebagaimana yang dikehendaki oleh kerajaan Malaysia terhadap rakyat negara luar yang baru mahu memasuki negara ini dan oleh kerana itulah maka dia harus menunjukkan kepada rakyat Malaysia yang lain yang pengetahuan meluas beliau mengenai Malaysia tidak boleh dipersoalkan tetapi kenapa pula dia seperti orang yang baru tersedar dari tidur tentang budaya dan amalan masyarakat tertentu di negara ini ?

Yang utama sekali ialah Ng Kian Nam adalah seorang peguam dan sudah tentulah dalam banyak hal dia sudah semestinya faham bahawa setiap sesuatu itu mempunyai perbezaan di antara satu sama lain, maksudnya tidak sama. Dalam kes yang melibatkan kematian misalnya, ada kes orang yang terbunuh, ada orang yang kena bunuh dan ada orang yang sengaja membunuh dirinya sendiri dan begitulah jugalah dengan lain-lain kes apabila ianya berlaku pasti ada perbezaan di situ.

Sebagai seorang peguam, saya rasa tentu sekali Ng Kian Nam tahu untuk membezakan antara laungan suara azan dengan ceramah atau kuliyah subuh dan belum pernah lagi saya mendengar ceramah yang disampaikan dalam masjid turut diperbesarkan suaranya menggunakan pembesar suara sehingga kedengaran sejauh satu kilometer melainkan ceramah politik memang iya dan oleh itulah saya rasa sangat mustahil untuk Ng Kian Nam tidak tahu untuk membeza antara suara azan dengan ceramah. Saja alasan untuk selamatkan diri.

Arkib Blog