Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Ogos 26, 2009

BN harus ada kaedah baru untuk memperkenalkan bakal calon YB kepada rakyat.

Kekalahan memalukan bagi Barisan Nasional di DUN Permatang Pasir semalam harus diambil sebagai satu iktibar dan peringatan sepanjang masa. BN mesti mencari jalan bagaimana cara untuk meyakinkan rakyat dikawasan yang tertentu tentang bakal wakil mereka ke DUN ataupun Dewan Rakyat kelak.

Terdapat beberapa kelemahan di pihak Barisan Nasional didalam menentukan calon-calon mereka yang akan diketengahkan sebagai calon yang akan bertanding atau calon wakil rakyat. Perkara ini harus diberi tumpuan khusus agar kekalahan bersiri BN dalam beberapa pilihan raya kecil sejak akhir-akhir ini tidak akan terus berulang.

Seperti kita semua sudah sedia maklum, apabila ada sahaja pilihanraya kecil akan diadakan tidak kira disebabkan oleh kematian seseorang ADUN serta Ahli Parlimen itu atau juga kerana meletak jawatan ataupun kerana DUN/Parlimen dibubarkan, biasanya mesyuarat parti memang pasti serta kerap diadakan dari masa ke masa untuk membincang berbagai perkara terutamanya dalam soal memilih bakal-bakal calon yang akan bertanding pada pilihanraya itu nanti.

Perkara yang telah menjadi kebiasaan seperti ini seolah-olah telah menjadi satu keadaan yang sangat misteri kepada rakyat yang tentunya akan timbul banyak tandatanya dikalangan rakyat dikawasan yang terbabit, ..siapakah calon wakil rakyat kita?, ..orang manakah dia?, ..baguskah dia?, ..prestasi dia macamana?, ...dan ianya telah meletakkan persoalan seperti itu secara tidak langsung akan menjadi satu teka-teki kepada rakyat sehinggalah pada hari dimana nama calon itu diketahui setelah diumumkan sebelum hari penamaan calon diadakan barulah segala teka-teki itu terjawab.

Apabila nama individu tertentu telah diumumkan sebagai calon bagi sesuatu kawasan DUN/Parlimen, maka teka-teki itu telahpun terjawab dan rakyat hanya mampu untuk menerima saja calon yang telah diumumkan sebab tidak mungkin ada ruang untuk mereka mengemukakan sebarang bantahan kepada pemimpin parti-parti tertentu terhadap seseorang yang telah dinamakan sebagai calon pada sesuatu pilihanraya itu.

Oleh itu, saya berpandangan jika Barisan Nasional betul-betul mahu berubah maka mereka harus memulakan perubahan itu bermula dari cara-cara memilih calon-calon wakil rakyat yang akan bertanding. Jika mahu berubah, maka bermula dari situlah sebaik-baik langkah pertama untuk kearah perubahan seterusnya harus digerakkan. Maknanya, perubahan tidak boleh dilakukan secara serentak tetapi secara berperingkat-peringkat iaitu harus dimulakan dari mana ianya dirasakan mesti didahulukan.

Sehubungan dengan itu saya berpendapat agar cara memilih calon-calon yang akan bertanding pada mana-mana pilihanraya selepas ini hendaklah dibuat secara terbuka dan tidak hanya dibincang didalam mesyuarat yang tertutup seperti selalu yang hanya melibat segelintir pihak yang berkepentingan saja. Rakyat juga berhak untuk mengetahui lebih awal tentang siapa individu yang hendak diletakkan sebagai calon disesuatu kawasan tersebut supaya insiden yang berlaku terhadap UMNO di Permatang Pasir tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.

Saya mencadangkan agar kaedah baru harus diperkenalkan untuk tujuan itu. Adalah lebih baik sekiranya sebelum menetapkan nama-nama calon untuk bertanding pada mana-mana pilihanraya, pamerkan gambar individu-individu tak kira seramai mana mesti lengkap dengan biodata atau data peribadi mereka kepada umum dengan meletakkannya ditempat-tempat tumpuan orang ramai seperti pejabat pos, pejabat daerah, bank-bank, hospital, klinik, kedai-kedai atau di mana-mana supermarket. Sekurang-kurangnya sepuluh hari sebelum hari penamaan calon akan diadakan.

Langkah ini perlu bagi mengetahui tentang bagaimana reaksi rakyat setempat berkenaan dengan seseorang bakal calon itu. Jika dirasakan ada dua atau tiga ataupun empat nama yang layak untuk dipilih sebagai calon tetapi sukar untuk memilih salah seorang daripada mereka kerana berkemungkinan mereka itu hebat-hebat belaka, jadi kenalah guna kaedah atau cara itu dengan menyerah kepada rakyat bawahan untuk menilai mereka itu terlebih dulu sebelum keputusan muktamad dibuat.

Oleh itu jika dalam masa sepuluh hari berakhir itu pihak parti ada menerima banyak aduan tentang satu atau dua nama bakal-bakal calon yang telah dipamerkan kepada orang ramai itu, jadi ini bermakna pihak parti harus memilih hanya seorang yang nama beliau dikira bersih dari sebarang skandal apabila tiada apa-apa komplen yang diterima oleh pihak parti berkenaan dengan yang seorang ini daripada masyarakat tempatan ataupun daripada pihak parti lawan itu sendiri.

Jadi, seandainya BN memang ada hasrat benar-benar untuk berubah, maka gunakan masa yang semakin hari semakin dekat sebaik mungkin untuk memperbaiki mana-mana tempat yang perlu dibaiki. Bedah siasat untuk mengetahui punca kekalahan tidak perlu dilakukan, hanya membuangkan masa saja. Yang lebih penting ialah pertingkatkan segera segala kelemahan yang dirasa perlu, walaupun ada yang mengatakan bahawa memang adat pertandingan "ada yang kalah dan ada yang menang" tetapi harus diingatkan bahawa apabila kita bertanding, maka kemenanganlah sebenarnya yang kita kejar bukannya kekalahan.

Jadi, mengapa harus menerima kekalahan ? Kita berjuang hanya untuk mendapatkan kemenangan demi bangsa dan negara... ...oleh itu "Tingkatkan Prestasi, Kurangkan Kontroversi"...~~~MELODI~~~

Arkib Blog