
Saya bukan apa, bilamana kita dah terbiasa dengan tindak-tanduk pemimpin dari jenis yang cepat sejuk dingin atau lebih tepat lagi seperti kata bidalan jenis yang hanya 'hangat-hangat tahi ayam' seperti YB Datuk Dr Hassan Ali, YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan juga YB Sdra Zulkifli Noordin sendiri ini, saya rasa macam kurang yakin dengan apa yang mereka katakan. Mula-mula bukan main, cakapnya berapi-api tapi lambat laun...hmmmm...
Tengoklah nanti terutama dalam krisis terkini YB Zulkifli dengan Anggota Parlimen Shah Alam YB Khalid Samad yang telah merebak hingga ke dalam balai polis, apakah kita yakin yang YB Zulkifli tidak akan menarik balik laporan polis yang telah beliau buat terhadap YB Khalid Samad sebaik saja bahunya kena tepuk oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim ?
Walau apa-apapun kita semua hanya perlu tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya apa yang akan berlaku, adakah kah betul YB Sdra Zulkifli akan melaksanakan apa yang beliau sendiri katakan untuk mengkaji semula kedudukannya dalam PKR sekiranya pendirian pucuk pimpinan PKR terus tidak senada dengan beliau dalam soal mempertahankan isu kalimah Allah ?