Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, April 19, 2011

Ketua Militan PKR mengganas di N65 Senadin protes 58 majoriti

Semua orang harus terima dan wajib untuk mengiktiraf bahawa setiap satu undi itu sangat besar ertinya dan satu undi memang sangat bernilai dan walaupun ia hanya satu undi namun kuasa boleh ditentukan hanya dengan satu undi apabila kedua pihak mendapat purata undi sama-sama 50/50, jadi apatah lagi kalau dapat10 undi, 20 undi, 30 undi, 40 undi serta lebih daripada 50 undi.

Kalau bagi pihak Barisan Nasional, kalah tipis beberapa undipun tak pernah buat kecoh dan hanya akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh rakyat serta menerima sebarang kekalahan dalam semangat menjunjung amalan demokrasi di negara ini.

Tetapi lain pula dengan kelakuan yang dipamerkan oleh Tian Chua apabila keputusan pilihanraya DUN N65 Senadin tidak memihak kepada mereka apabila jumlah 58 undi telah menyebabkan PKR tersungkur dikaki Barisan Nasional yang mendapat sokongan padu daripada 7334 orang pengundi.

Tiada pilihan lain, Tian Chua terpaksa menggunakan taktik pengganas di Indonesia dengan melancarkan siri pemberontakan nekad terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan menghimpun seramai mungkin rakyat Miri untuk untuk mengganggu proses pengiraan undi yang dilangsungkan dalam Stadium Bandaraya Miri.

Sepatutnya kerajaan negeri Sarawak sudah menyenaraikan namTian Chua didalam kelompok individu yang dilarang untuk menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalang.

Datang DAP ke Sarawak mereka telah membawa perpecahan yang ketara antara kaum Cina dengan kaum Bumiputera.

Begitu juga dengan PAS, kehadiran mereka ke Bumi Kenyalang ini telah mula membawa kesesatan kepada orang-orang Islam di negeri Sarawak ini.

PKR juga yang sudah runtuh dari segi akhlak dikalangan pemimpin mereka datang ke Sarawak dengan membawa angan-angan tak sudah serta moral yang begitu rendah sekali apabila pemimpin utama mereka hampir setiap hari terlibat didalam masalah peribadi seperti video seks dan liwat.

Arkib Blog