Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Januari 20, 2012

Rayuanthon: Karpal mendahului Anwar melepasi garisan penamat!

Di Mahkamah Rayuan hari ini rupa-rupanya ada satu lagi perkara yang amat penting telah berlaku selain daripada Peguam Negara yang memfailkan rayuan terhadap keputusan membebaskan Anwar Ibrahim oleh Hakim Datuk Mohd. Zabidin Md Diah dalam kes liwat II pada 9 January awal tahun ini.

PUTRAJAYA 20 Jan - Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan peguam terkemuka, Karpal Singh membela diri terhadap tuduhan dibawah Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan perkataan berunsur hasutan terhadap Sultan Perak.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Ahmad Maarof yang bersidang bersama Hakim Datuk Clement Allan Skinner dan Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pendakwaraya. Seterusnya di Utusan Online

Karpal dituduh mengeluarkan perkataan berunsur menghasut terhadap Sultan Perak di firma guamannya, Tetuan Karpal Singh & Co di Jalan Pudu Lama di ibu negara di antara 12 hingga 12:30 tengah hari pada 6 February 2009. Namun pada 11 Jun 2010 Mahkamah Tinggi telah melepas dan membebaskan Karpal Singh tuduhan tersebut. Isu berbangkit ketika pertikaian mengenai perlembagaan negeri Perak selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Haram di negeri itu awal tahun 2009.


Nampaknya Karpal Singh terlebih dulu telah merintis jalan di Mahkamah Rayuan yang kemudiannya akan turut disusuli oleh Anwar Ibrahim. Karpal Singh telah diarahkan oleh Mahkamah untuk membela diri dan kiranya Anwar Ibrahim juga dikehendaki berbuat demikian oleh pihak Mahkamah Rayuan jadi bermakna harapan Karpal Singh untuk menjadi peguambela kepada Anwar sudah tiada lagi kerana telah tertutup rapat.

Izwan Pilus meninggal dunia di Hospital Ampang !!!

Ketika sedang memandu dalam perjalanan pulang dari membeli-belah di pasaraya sebentar tadi saya tersentak seketika sebaik saja DJ radio memaklumkan bahawa penyanyi serta pengacara program di RTM Izwan Pilus telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang Selangor lebih kurang jam 6 petang tadi akibat komplikasi paru-paru.

Jika benar berita ini, harap seluruh keluarga beliau tabah dan sabar dalam menghadapi situasi ini dan bersama-samalah kita mendoakan agar roh beliau akan dicucuri dengan rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Yeahhh!!! ...akhirnyaaa... terima kasih banyak-banyak Peguam Negara !

Bagaikan menanti pasukan Harimau Malaya mengisi gol kemenangan untuk Malaysia ketika menentang pasukan kebangsaan Indonesia pada temasya Sukan Sea tahun lalu maka begitu jugalah perasaan seluruh rakyat Malaysia ketika menunggu tindak balas daripada Peguam Negara setelah pertimbangan dari segenap sudut diambilkira berhubung desakan agar beliau segera memfailkan rayuan atas keputusan kes liwat II yang menyaksikan Anwar Ibrahim dilepaskan oleh hakim Datuk Mohd. Zabidin Md Diah dari pertuduhan.

Dan ketika pasukan Harimau Malaya berjaya mengatasi pasukan lawan dengan kelebihan satu gol yang merupakan jaringan penamat, rasa lega, terharu, gembira tak terkata bercampur-aduk dalam sanubari seluruh rakyat Malaysia ketika menerima kemenangan pasukan bolasepak negara dan begitu jugalah rasanya apabila mendapat berita bahawa YABhg Tan Sri Abdul Ghani Patail akhirnya bersetuju untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan demi memperjuangkan satu keadilan buat seorang insan yang hampir teraniaya oleh keadaan.

Tidaklah terlalu awal rasanya untuk semua barisan bloggers yang cintakan keadilan dan kedamaian untuk menyampaikan ucapan jutaan terima kasih kepada Peguam Negara yang kacak bergaya Tan Sri Abdul Ghani Patail atas kesudian beliau menyetujui apapun bentuk desakan yang ramai pihak seru sebelum ini terhadap beliau agar segera memenuhi harapan semuanya yang mahu supaya kes liwat II dibawa ke mahkamah yang lebih tinggi dan di kesempatan ini juga saya secara peribadi memohon ampun dan maaf kepada YBhg Tuan Peguam Negara andaikata terdapat tulisan saya dan yang lainnya di blog masing-masing yang nampak agak terlalu emosi serta telah menyinggung pihak tuan. Mohon Maaf!

Terima Kasih.

Liwat II: apakah TS Ghani sedang bermain 'dam raja' dengan pihak PKR?

Memang sangat sukar untuk meramalkan apakah bentuk tindakan seterusnya yang akan dibuat oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail berhubung desakan demi desakan oleh berbagai pihak yang mahu beliau mengemukakan rayuan secepat mungkin di Mahkamah Rayuan atas keputusan hakim 9 January lalu yang membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan melakukan hubungan seks luar tabiie dengan pekerjanya sendiri Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sebabnya sehingga kini Tan Sri Ghani terus membisu seribu bahasa berkenaan perkara tersebut walaupun telah berulang kali diaju soalan oleh para wartawan yang mahu kepastian daripada beliau sendiri mengenai pendiriannya serta tindakan yang bakal beliau ambil setelah keputusan mahkamah memihak kepada Anwar Ibrahim. Cuma sebagai rakyat biasa kita akan sentiasa mengharapkan agar sesuatu yang lebih meyakinkan kepada kita semua akan dilakukan oleh Tan Sri Ghani dalam masa yang terdekat ini.

Arkib Blog