Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, September 25, 2011

"Lebih baik bersama UMNO dan BN, daripada bersama PAS dan PKR," - LGE

Kekerapan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (LGE) yang sering kelihatan muncul bersama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam majilis-majlis yang tertentu yang dianjurkan oleh kerajaan Pusat sejak kebelakangan ini seakan-akan telah menyentap kesabaran Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Baru-baru ini lagi semasa Majlis Sambutan Merdeka Raya Peringkat Persekutuan yang diadakan dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh, Lim Guan Eng serta hampir kesemua ahli-ahli Exconya juga turut menghadiri majlis berkenaan dan mereka kelihatan sangat mesra bertemu dengan Perdana Menteri, Menteri-menteri Pusat yang hadir dan juga dengan pemimpin-pemimpin BN Negeri.

Begitu juga dengan beberapa majlis-majlis yang lain anjuran kerajaan Barisan Nasional sebelum ini sekiranya ianya melibatkan negeri Pulau Pinang tentu sekali Lim Guan Eng seperti tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama-sama dengan Perdana Menteri serta pegawai-pegawai daripada kerajaan Persekutuan dalam memeriahkan lagi majlis yang diadakan.

Perkembangan ini jelas sekali memang tidak disenangi oleh Datuk Nik Aziz sehinggakan beliau akhirnya terpaksa mencabar kepimpinan DAP apabila beliau secara terbuka telah menyatakan pendiriannya untuk menghidupkan semula dasar perjuangan PAS yang asal iaitu untuk menegakkan undang-undang Islam atau hudud di negeri Kelantan.

Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang tersentak dengan kenyataan terbaru oleh Mursyidul Am PAS itu tiba-tiba naik angin dan beliau tidak menduga sama sekali bahawa Datuk Nik Aziz dalam masa yang begitu singkat sanggup menukar pendirian parti yang baru saja menguburkan dasar negara Islam mereka apabila menggantikannya dengan dasar baru iaitu Negara Berkebajikan namun telah menggali semula dasar Negara Islam demi perlaksanaan hukum hudud yang telah tertangguh sekian lama di negeri Kelantan.

Karpal Singh sendiri mengakui bahawa yang beliau sangat bingung dengan keadaan itu dan tidak tahu apakah sebab sebenarnya sehingga mendorong Datuk Nik Aziz sanggup untuk berbuat demikian sehinggakan membelakangi semangat kerjasama gabungan tiga parti DAP, PAS dan PKR dalam Pakatan Haram apabila mahu bertindak diluar dari apa yang telah digariskan didalam buku Jinggay yang mereka telah lancarkan pada penghujung tahun lepas.

Namun Datuk Nik Aziz yang semakin berang dan cemburu dengan keakraban antara Perdana Menteri dengan Ketua Menteri Pulau Pinang sepertimana yang cuba ditunjukkan oleh Lim Guan Eng kepada seluruh rakyat Pulau Pinang terutama sekali ketika lawatan yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib ke negeri berkenaan, telah menyebabkan Datuk Nik Aziz gagal mengawal emosinya sehingga terkeluar perkataan-perkataan yang pasti menambahkan lagi luka sedia ada di dalam hati Karpal Singh.

Kelukaan hati Karpal Singh bertambah parah lagi apabila anak guamnya sendiri iaitu Anwar Ibrahim yang cuba dibela beliau dari tuduhan meliwat seorang pekerja lelaki juga turut menyokong kenyataan serta pendirian oleh Datuk Nik Aziz itu. Anwar Ibrahim ketika masih memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri iaitu sebelum berlaku pemecatan ke atasnya, beliau nyata menentang perlaksanaan hukum hudud oleh PAS Kelantan namun bagaimana di episod-episod akhir perbicaraan kes liwatnya, sokongan beliau terhadap Datuk Nik Aziz ternyata sudah membuat Karpal Singh bertambah sedih dan marah.

Hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi telah membuat darah Datuk Nik Aziz mendidih bagaikan air panas yang tengah menggelegak yang dimasak atas api dapur gas dengan api yang sangat kuat. Pagi tadi di Pulau Pinang berlangsungnya acara berbasikal menjelajah tempat-tempat tertentu di Pulau Pinang yang diketuai oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib bertujuan bagi mengutip dana untuk disumbangkan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina di negeri itu.

Kelihatan bersama dengan Perdana Menteri dalam acara itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang. Lim Guan Eng mengenakan baju T berwarna kuning, agaknya beliau masih ingat pasal perhimpunan haram Bersih 2.0 dulu. Tapi apa pula reaksi Datuk Nik Aziz selepas ini apabila dia mendapat tahu bahawa Lim Guan Eng semakin menjadi-jadi dan melampau sehinggakan semua program yang dianjurkan oleh UMNO dan BN Pusat semua dia mahu ikut serta, lebih-lebih lagi apabila melibatkan Datuk Seri Najib ?

Agaknya, tentu sekali Datuk Nik Aziz akan menjadi semakin marah dan macam-macamlah kenyataan yang akan ditimbulkan beliau manakala Karpal Singh pula akan menjadi semakin panas hati terhadap Anwar Ibrahim apabila Ketua Pembangkang itu terus-menerus menyebelahi Datuk Nik Aziz dan akhirnya Karpal Singh terpaksa menarik diri dari menjadi peguambela kepada Anwar Ibrahim...

P.213 Mukah: apa bezanya Dr Leo dengan DS Mahmud ? Sama saja !

Semalam sekumpulan penduduk di Mukah berkumpul berdekatan dengan pasar basah iaitu pasar yang menempatkan para peniaga yang menjual berbagai jenis barang makanan berasaskan sumber laut dan juga hasil pertanian. Perhimpunan itu diketuai oleh Tuan Haji Siri Dani, iaitu seorang aktivis masyarakat terkenal di bahagian Mukah. Berita selanjutnya boleh juga lihat di sini

Mereka berkumpul kononnya untuk menunjukkan kepada pemimpin atasan BN Sarawak serta juga BN Pusat tentang sokongan mereka kepada Datuk Seri Mahmud Abu Bekir iaitu anak lelaki sulung Pehin Sri Taib yang sebelum ini dikatakan akan menjadi calon PBB/BN bagi Parlimen P.213 Mukah menggantikan tempat penyandang sedia ada YB Datuk Sri Dr Muhammad Leo Toyad.

Kepada penduduk di Mukah amnya dan juga penyokong BN di bahagian itu khususnya, janganlah terlalu ghairah dan teruja untuk menerima wakil rakyat yang baru lebih-lebih lagi apabila mengetahui dianya adalah anak kepada Ketua Menteri Sarawak sendiri, tetapi mereka harus ingat bahawa Mukah sebagai bahagian yang ke-10 dalam Sarawak dan terletak pula dalam kawasan SCORE(Koridor Tenaga Boleh Di Perbaharui Sarawak) sangat memerlukan seorang wakil rakyat yang benar-benar memahami isu setempat dan peka dengan kehendak rakyat dalam kawasan yang diwakili.

Rakyat di Parlimen P.213 Mukah tidak perlu dipaksa untuk memilih seseorang yang hanya bergantung kepada populariti atau mereka yang datang dari keluarga bangsawan untuk menjadi seorang wakil mereka di Dewan Rakyat tetapi biarlah nanti calon BN bagi Parlimen Mukah merupakan anak tempatan, yang memang lahir di dalam wilayah Mukah, datang dari keluarga yang sederhana, tahu tentang kisah suka duka kehidupan rakyat di Mukah serta tahu bagaimana cara untuk membawa pembangunan kepada rakyat di dalam kawasan Parlimen yang diwakilinya.

YB Dr Muhammad Leo sudah lebih tujuh penggal diberi kepercayaan oleh para pengundi di kawasan Parlimen Mukah untuk menjadi wakil kepada mereka namun sepanjang tempoh itu, apakah usaha yang telah beliau lakukan untuk pembangunan di Bahagian Mukah ? Tiada... melawat rakyat dalam kawasan yang di wakili memang kurang sekali malah boleh dikatakan dalam setahun juga seakan-akan tidak pernah.

Jadi, jika rakyat Mukah tidak mahu berlaku pisang berbuah dua kali, maka eloklah jangan terlalu taksub sehingga kita dilihat sanggup untuk turut mengabaikan nasib masa depan rakyat di kawasan Mukah semata-mata kerana kita terlalu bangga dengan keturunan wakil rakyat yang kita idam-idamkan. Oleh itu adalah sangat diharapakan agar rakyat di Mukah tidak membiarkan undi kita itu nanti sebagai lesen bagi membolehkan mereka menambahkan lagi harta kekayaan.

Arkib Blog