Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Oktober 14, 2009

Muntazer al-Zaidi : Wira yang bangkit menentang kezaliman.

GENEVA 13 Okt - Wartawan Iraq yang pernah dipenjara selama sembilan bulan kerana tindakannya membaling kasut ke arah bekas Presiden Amerika Syarikat(AS), George W. Bush, tiba di Geneva hari ini dimana beliau berhasrat menubuhkan sebuah yayasan bagi membantu mangsa-mangsa peperangan.

Stesen televisyen Switzerland menyiarkan Muntazer al-Zaidi yang berang ketika satu sidang akhbar di Baghdad Disember lalu, tiba di lapangan terbang Cointrin di Geneva dari Beirut.

Beliau dijemput oleh abangnya Maythen dan Peguam Geneva, Mauro Poggio yang memberitahu stesen televisyen tersebut bahawa Muntazer telah menggugurkan permohonannya untuk mendapatkan perlindungan di Switzerland bagi memperolehi visa pelancong untuk tempoh 90 hari.

Visa kemasukkan berganda tersebut akan membolehkan beliau berada diantara kawasan sempadan Schengen di Eropah yang merangkumi semua negara Kesatuan Eropah(EU) selain Britain, Ireland, Switzerland, Norway dan Iceland - Reuters.

Sedikit ulasan daripada anakmerdeka: Apa yang sangat menarik tentang wartawan ini ialah tatkala ada terdapat ramai orang disesetengah negara lain dan tidak terkecuali juga di Malaysia ini bila terdapat segelintir orang begitu bertungkus-lumus berlumba-lumba untuk dicucuk hidung oleh pihak Amerika Syarikat, Muntazer pula telah bertindak disebaliknya.

Bayangkan jika ada rakyat Malaysia terutamanya mereka-mereka dipihak yang sering melaungkan kata-kata "keADILan" sanggup melakukan tindakan serupa sebagaimana yang telah dilakukan oleh Muntazer atau bolehkah kita bayangkan jika ada sesetengah daripada rakyat di Indonesia yang sering mengakui diri mereka lebih sempurna dari segala segi juga sanggup bertindak tegas terhadap "penjenayah nombor satu dunia" George W. Bush.

Adakah mereka berani ? Adakah mereka sanggup berbuat sedemikian demi mempertahankan maruah diri dan negara dari terus dipijak oleh pihak Amerika ? Apa yang kita dapati dari tindakan Muntazer itu adalah merupakan satu gambaran dimana tidak semua keputusan yang telah dibuat oleh para pemimpin mana-mana sekalipun akan dipersetujui oleh rakyatnya terutama dalam soal hubungan dua hala dengan negara Amerika Syarikat yang telah lama dilihat lebih gemar menindas negara-negara yang lemah dan tidak berdaya.

Jadi bagi saya, apa yang telah digambarkan oleh Muntazer itu melalui tindakan berani beliau itu sepatutnya diambil sebagai satu peringatan kepada pihak-pihak tertentu di Malaysia ini yang berlagak bagaikan "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong" dengan pihak Amerika Syarikat agar jangan terlalu mudah untuk mempertaruhkan maruah negara kepada agen-agen Amerika Syarikat seperti International Republikan Institute(IRI) dan lain-lain lagi.

Mereka juga harus mengambil contoh dengan banyak tindakan yang telah dibuat oleh Muntazer selepas peristiwa itu dan yang paling menarik juga ialah dia tidak pergi ke negara Turki dan jauh sekali untuk mendapatkan perlindungan di Pejabat Kedutaan Turki di Iraq seperti yang pernah dilakukan oleh seseorang di Malaysia pada suatu ketika dulu.

Jadi kepada kepada sesetengah rakyat Indonesia disana, contohilah cara bagaimana untuk menegakkan perjuangan jika kita merasakan bahawa kita perlu untuk melakukannya. Tak payah bawa buluh runcing, tak payah hina negara orang lain, tak payah buat fitnah terhadap negara orang lain tetapi memadailah dengan cara berdepan atau bersemuka seperti yang telah ditunjukkan oleh Muntazer al-Zaidi.

Muntazer al-Zaidi ketika membaling kasut emas beliau kepada George W. Bush, dia tidak pernahpun menutup muka beliau dengan kain seperti yang selalu dibuat oleh pengikut-pengikut parti Pakatan Haram tak kira PAS, DAP atau juga PKR. Para penyokong Pakatan Haram ini apabila ada saja Pilihan Raya tak kira besar atau kecil, kita pasti akan terlihat mereka akan menutup muka mereka dengan scaff atau sebarang kain sambil memegang benda-benda tertentu dengan tujuan mungkin untuk menakutkan orang-orang Barisan Nasional.

Itulah serba sedikit pandangan saya mengenai seorang pejuang keadilan iaitu Muntazer al-Zaidi. Saya sangat berbangga dengan beliau yang telah ternyata dan terbukti mampu memalukan hampir keseluruhan rakyat Amerika Syarikat yang sentiasa memikirkan bahawa negara merekalah yang paling dihormati oleh dunia.

Pada 14 Disember 2009 kelak, maka genaplah setahun ulang tahun George W. Bush menerima anugerah kasut emas daripada rakyat Iraq yang negara mereka pernah dan telah beliau hancurkan dahulu. Tarikh itu juga sepatutnya harus dikenang oleh rakyat Iraq sebagai hari kemenangan moral bagi seluruh rakyat Iraq yang hidup dalam dalam serba kesukaran gara-gara dasar penindasan oleh George W. Bush ketika menakluki Iraq dulu.

Arkib Blog